Berbuat baik


Daripada menanti orang buat baik pada kita,
Ada baiknya, kita yang terlebih dulu menggerakkan diri berbuat baik pada semua.

Di akhir hayat kita, masyarakat akan mengenang apa yang kita lakukan sepanjang kita hidup.
Mereka akan bercerita tentang jasa dan sumbangan sewaktu kita masih bernyawa.

Mereka tidak bercerita betapa banyaknya photoshoot kita.
Tidak peduli berapa pendapatan kita.
Mereka juga tiada masa mengira berapa kali kita keluar masuk penjara.

Buat baik maksudnya bukan disuruh pakai purdah dan jadi ustazah.
Tak jugak disuruh pakai kopiah, jadi ustaz dan beri ceramah.

Buat yang ringkas saja.


Comments

nurdani said…
berbuat baik sesama kita tak kira siapa
Unknown said…
buat yg ringkas jer? contoh terbaik?? @_@
Unknown said…
nak buat baik... tanpa mahukan balasan :)
Unknown said…
Salam lana...
Buat baik heh...buat baik ngan lana lah...amacam?
Unknown said…
yang penting ikhlas :)
Chic Na said…
jaga diri dr buat benda2 tak baik.
hazwan hairy said…
berpada2 lah jwpnnya..muehhe
Unknown said…
setuju 200% ... berbuat baik didunia... buat baik pada semua makhluk... tak rugi paper pun...
caliph shuriken said…
budak baik yg publish en3 ni ^^
MalizaMah said…
tangan yang memberi lbh baik drpd tngn yg menerima.
leeza cuba berbuat baik dgn semua org. biarlah buat seketika ini ada yg mahu mengambil kesempatan di atas kebaikan, kerna waktu itu sgt terhad dan masa akan misahkan saya dan mereka.
Apai said…
ikhlas tapi jauh~ ohooooii
Zul De Alexis said…
buat baik pada owg walaupun owg buat jahat pada kita :)
Nong Andy said…
pepatah kata


"buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"

buat baik tak ada ruginya :D
NasQ said…
aku tengah baik hati ni...
aizamia3 said…
baik pun berpada-pada jugak.. takut ada yang amik kesempatan.. ;)
Shida Radzuan said…
setuju..bt baik xmstinya kena pkai baik2 juga kan..jnji hati mau ikhlas maa :)
sebagai contoh perkenalan kita?? ahaks!!

gua sedang berbuat kebaikan dengan merapatkan ukhwah walaupun secara maya. bukankah merapatkan ukhwah itu juga kebaikan??
Ooh Deo said…
Err.. shidaR, buat baik mesti memakai yang baik-baik supaya ianya boleh menjadi teladan untuk orang yakin mengikuti sesuatu yg baik, cuma maksud Lana, tidak perlulah nak nampakkan baik itu dengan memakai purdah atau kopiah.. sesiapa sahaja boleh berbuat baik, tidak semestinya dia dikalangan ustaz mahupun ustazah.. dan tidak semestinya nak jadi baik kena jadi ustaz mahupun ustazah..

Popular Posts