RSS Feed

Kamal Affendi Hashim

14

October 8, 2012 by


Saya rasa, ramai yang mengenali empunya nama ditajuk entry sebagai penganalisis jenayah. 

Berpeluang berjumpanya secara dekat, saya kira dia punya pakej sebagai personaliti yang menarik.
Punya ilmu yang luas dalam bidangnya, bijak berkata-kata, penampilan juga sederhana.


Tapi..dia juga hanya hambaNya..insan biasa. 

Selepas mengalami musibah ditetak dalam satu kejadian, sekarang beliau perlu berdepan dengan penyakit AVM (Arteriovenous Malformation).

"Secara ringkasnya, ada urat ekstra dalam kepala saya dan urat itu mengganggu fungsi koordinasi otak. Urat itu ada dalam kepala sejak lahir tetapi tidak disedari. Sekarang ini sesekali saya tidak mampu mengawal pergerakan tangan kanan, selalu berasa sakit kepala," jelas beliau (Sumber).

Beliau perlukan rawatan secepat yang mungkin. Dengan kos sebanyak RM40K.

Kepada yang berhasrat untuk membantu, boleh rujuk dilaman web Mazidul Akmal Sidik.


14 comments »

Ahmad Saufe said...

bersamalah kita berdoa akan kesejahteraan beliau.

nurdani said...

saya suka cara dia bercakap. bergaya.

tak sangka dia sakit. sama2lah kita bantu

..cik hana.. said...

dear,hana ada terbaca jugak kisah beliau kat blog mazidul tadi...sangat terkejut...sama2 la kita berdoa dan membantu meringankan penderitaan beliau.

Syazwan Che Deraman said...

wan baru tahu dia sakit.
moga dia dapat jalani rawatan tu.

Tukang Karut said...

owh... aku baru tau ada penyakit cam ni...

the malay male said...

kena tetak?? ishh bahaya malaysia skrg ni

caliph shuriken said...

dh lama x nmpak beliau, rupa2nya tgh sakit.. smoga dipermudahkan urusan bantu beliau...

Nong Andy said...

oh.. tidak di sangka. benarlah hidup ini umpama roda..

moga beliau tabah dan menghadapi ujian ini dgn reda.

*terima kasih kerana sebarkannya

~ Cik Azz ~ said...

Baru tengok dia berlakon jadi polis kat TV2 dalam drama Metro Skuad (kalau tak silap..)

Mudah-mudahan ramai yang sudi menyumbang... Hari ini hari dia.. Esok lusa mungkin hari kita pulak... huhuhu..

Moga dia cepat sembuh.. Banyak jasa dia terutama sekali kepada kaum wanita...

Zul De Alexis said...

lama x nmpk beliau nie.
sama2 kita doakn supaya beliau kuat dan dpt lawan sakitnya

paripariputih said...

owh... semoga beliau peroleh sumbangan secepat mungkin agar dia boleh menjalani pembedahan tersebut... thanks for sharing lana :)

p/s: dah jumpa cuma ayat2 cita jer lum jumpa yg sesuai ha ha ha >..<

aizamia3 said...

moga ramai yang membantu beliau..

shidaR said...

oh dia ni kenaiii hehee..kenai tgk lam tv jela hihihi :P hope ada yg sudi mmbntu dia mringankn beban~

Ruzzezanie said...

gua suka dia bila dia bagi apa-apa analisis tentang sesuatu kes jenayah tu. cara dia tu, berkarisma gituu.

mudah mudahan dia berjaya mengumpul dana tu. banyak kott! lepas gua buat kenduri satu perak! hahaha

Powered by Blogger.