Terima kasih


Tiap kali saya baca komen anda semua, saya pasti tersenyum gembira.
Paling tidak, tersengih. Ada masanya sedikit rasa sedih.

Entry ini, saya tujukan untuk semua yang datang ke sini.
Baik blogger baru atau lama, yang singgah dalam diam, dalam terang.

Terima kasih banyak-banyak.
Saya tahu bukan mudah meninggalkan jejak, melainkan hati itu tidak digerak.

Terima kasih kerana tidak mengharapkan balasan.
Terima kasih juga kerana telus dalam memberi teguran dan cadangan.

Saya jarang buat backlink dalam entry.
Sebab saya tahu ada yang tertinggal nanti, ada juga terasa kenapa namanya tiada.

Jadi, malam ni, saya nak ucapkan terima kasih buat semua.
Satu saja pesanan saya, yakinlah Allah sentiasa melihat kita.
Bila kelihatan seolah-olah kita tidak dihiraukan, tidak dipedulikan oleh sesiapa,
percayalah, DIA sentiasa ada.  DIA sentiasa mencukupi.



Comments

Unknown said…
Terharu heh !terima kasih lana sebab sudi jadi kawan kita jugak

Dan setia dtg ke blog kita jugak...klu depan mata kita dah kiss2 awk dah...heh !mesti awk larikan...tau dah...malulah tu..ngeh3...i love u lana...cewah !
nurdani said…
hehe. saya suka entri lana sebab banyak menjurus kepada berfikir, luahkan pandangan dalam masa sama menghormati setiap pandangan orang lain.

saya suka entri yang boleh buat otak kita berkembang. tak banyak, tak sikit, at least ada perkembangan.
ewanthology said…
Ada komen yg buat lana menangis tak?? Huhu
Unknown said…
datang sbb terdengar ada org ucap TERIMA KASIH..jadinya aku mjawab la. SAMA-SAMA. keep the change :P
Unknown said…
terima kasih jg datang terjah laman Pesona
Ooh Deo said…
terima tu sy tadah, kasih tu sy simpan..hehe ^_^
mujagirl92 said…
sama-sama lana,, sentiasa suka blog lana,, insya ALLAH sampai bile2,, :D
kasut puteh said…
sebak.! sebak.! hehehe. suka blog lana sbb tu rajin skodeng :)
caliph shuriken said…
no problemo.. sy suka bW merata2, hikk..

ehh, sendiri design pic entry ni, kn? ..simple & kreatif ^^
Abang Karu said…
sama2 Lana

sentiasa mengukir senyuman walau di mana saja berada :)
Chic Na said…
my pleasure lana. kdg2 datang baca je tp tak komen sbb takde idea. :)

happy blogging.
Unknown said…
sebab....kita kan kawan.. :)
Lan Bingka said…
pertama kali datang sini.. hai
NasQ said…
Di dalam diam, aku mencintai mu.... Eh?
Unknown said…
sama sama LANA... :) terima kasih jugak sebab sentiasa bersama-sama akak.. tak kira diwaktu susah mahu pun senang... >..< tiada perkara yg lebih menggembirkan dalam hidup ni, selain dari puya teman yg sentiasa ada disaat-saat kita memerlukan.. anda I THANK U FOR THAT :)

IKHLAS
PPP
Reena Sidek said…
sama2 lana... terima kasih jugak utk lana yg sudi berkunjung keteratak sy... :)
Unknown said…
terima kasih akak ..

akak , nak tahu satu fakta tak ? AKAK SANGAT BAIK ..
sebab tulah ramai yang buat baik pada akak . akak ramah , mudah ramah ngan orang .. teruskan akak :D
shuhadaothman said…
terima kasih jgk lana. hug sikit :)
shuhadaothman said…
terima kasih jgk lana. hug sikit :)
Elih Japahar said…
First time dtg sini terus terbaca entry yg mengharukan buat pengunjung dan pengikut blog ini...salam pkenalan dan ehem...follow :)
Cik Azz said…
Terima kasih jugak kat Lana...

Betul la tu.. Allah sentiasa ada.. :)
Unknown said…
terima kasih juga pd lana sbb selalu ingat pd ayie :)
Nong Andy said…
aku suka datang... kalau tak datang mungkin aku bz.. adakala tak komen. bukan tak baca tapi tak tau nak komen apa :D

Aku suka baca.. tapi itu bergantung mood juga.. :D
Unknown said…
baru update pasai n3 macam nih..

siapalah kita tanpa mereka kan lana :)

aku pun setuju n3 ko ni..
Diari Maya said…
tersentuh jugak baca entri lana kali neh... tsk tsk
Cikpijaaa said…
sama2 lana ! Hee :)

tima kaseh jgk sebab awk pon selalu terjah, baca en3, tiggal jejak n komen kat blog comel kiter. ngee :DD

i lup u lah lana ! ;)
MalizaMah said…
sama2 lana.
welcome.. hehehe
biasa2 jer.... bw itu satu keperluan buat santai leeza.
lain org lain cara dia menghargai... wpon sekadar t.kasih..namun bsr nilainya pada yg memahami... thanks being my buddy...
dayteenlea said…
terima kasih kembali
Aimacomel said…
terima kasih jgk utk lana kerana sudi singgah blog baby walaupun baby jarang ke sini.. thanks ye. insyaAllah pasni baby akan rajin ke sini.. suka quote yg ada kat sini :)
beta punya satu prinsip dalam dunia blogging.

blog mana bg beta yg mematangkan, sah beta akan kunjung selalu. sbb beta nak beta jadi matang melalui pembacaan juga. byk membaca, byk ilmu beta dpt. dan dalam sedar tak sedar tu, dr pembacaan juga beta membina personaliti. blog skrg ni, byk merepek. yg berkisah tntg pakwe spnuhnya pn ada. yg tu annoying betul beta rasa. :'(
Shida Radzuan said…
sama lana..thanks juga selalu dtg blog usang shida tu :)

Popular Posts