Mulut


Dari zaman sekolah lagi, kita pernah baca, dengar dan lihat pepatah Melayu yang satu ni,
"Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa."

Baru ni, ditempat kerja, saya kena 'hentam' dengan seorang customer.
Allah saja yang tahu..luluhnya hati..rasa macam berderai kaca ibaratnya.
On the way balik rumah, sambil memandu, kepala saya terngiang-ngiang kata-katanya.

Malam sebelum tidur, saya memaafkan sikapnya keatas saya.
Tapi sampai kehari ini, hati dan fikiran masih terkesan dengan keceluparan dia.

Sekarang, baru saya faham dengan pepatah Melayu diatas itu.
Juga faham kenapa anggota badan kita yang lain semuanya sepasang.
Dan mulut saja Allah ciptakan satu.

Saya doakan hidupnya diberkati.
Moga diberi ketenangan dan kerendahan dalam hati.


Comments

mujagirl92 said…
sabar ye lana,, nak buat macam mana,, kita hidup dalam komuniti,, memang terpaksa tahan jela, :(
ewanthology said…
Bab cuti mee celupar ni, saya dah lali.... Mula2 sedih la kena hadap benda mcm tu... Last2 ok je, hati kering.. Huhu
Unknown said…
Salam lana....kekadang kita ilang sabar dengan sikap org mcm nie....jadi lana kene tenang !ingat jgn simpan dlm hati...nanti sakit sendiri...dia lagi lah happy...

lana kene buktikan yg lana bukan mcm tu...usaha dan doa yg berterusan akan membuatkan diri lana dihormati...percayalah allah akan membalas nya nanti

happy kan diri...insyaallah lana bole !senyum sikit...weee
Unknown said…
kering keringkan hatimu dik Lana ... orang cengitu xleh dilayan sgt ... janji kita kerja betul dan ikhlas keranaNya ... everything is gonna be allright babe .... :)
Chic Na said…
dugaan tu lana. harap lana lebih sabar utk hadapi hari2 akan datang. mungkin ada yg lebih mencabar? kita xtau kan. apepun senyum sokmo. :)
Aimacomel said…
Sabar ye Lana, saya sgt memahami sebab saya juga bekerja dgn customer.. dia cakap saya celaka, dia jugak doakan saya mati.. perasaan saya? xtau nak gambarkan camne.

Anggap je apa yg dia cakap tu sbg cabaran. kalau kita betul takde apa yg perlu kita takut. jangan risau ye.. U still have others dekat sini, still punya kawan2 yg boleh jadi telinga untuk mendengar..

Maafkan, lepaskan semuanya agar kita lebih tenang.. itu yg terbaik. Senyum :)
nurdani said…
memaafkan orang tu kita akan rasa lebih tenang. saya pernah cuba buat. tak dinafikan hati lebih tenang tanpa dendam walaupun kata2 orang tu cukup menyakitkan hati.huhu. kadang2 tak dapat nak kawal amarah jugak.hehe
Hana said…
Ermm tapi hana selalu sebut terima kasih sbb ucapan terima kasih dapat tenangkan jiwa. nak maafkan tu lambat sikit.huhu geram kan..

lagipun kata-kata mmg mampu membuatkan kita sakit hati daripada kita dipukul yang hanya sakit pada masa tu sahaja. tapi kata-kata sampai bila2 akan terasa
Shida Radzuan said…
lana..situasi lana shida pun penah alami...dah selalu sgt...sbb shida kje servis line ..jmpa cstmer..so terima jela..smpai dah lali kena hentam huhuhu^^

lana bsabar ye :)
Unknown said…
You can be sad of that incident.. (it's ok nobody's perfect)... satu saja akak nak pesan.. Lana jadikan insiden itu sebagai penguat untuk kita perbaiki kelemahan diri... (tipu la klw kata kita tak terguris dgn kata2 kesat tu..) but trust me benda2 mcm ni lah yang akan mematangkan kita dalam dunia kerja... sbb i've been working say almost 25 years and still in learning process... masih kena tegur... kecewa mmg kecewa.. tapi itulah yg membina kekuatan dalam diri kita... don't be sad... ok... ^_^
Anonymous said…
aku pernah macam kau. kena marah teruk. dengan klien. padahal bukan salah aku.

ambil positif je lah. kalau kau nak rasa best, cari kawan serasi. ambil masa kutuk customer tu, kaw kaw.

mungkin lepas tu kau akan lega...
MalizaMah said…
sbb tu org ckp.. tajamnya bahasa itu lbh tajam daripada pisau yg baru diasar.
MalizaMah said…
sbb tu org ckp.. tajamnya bahasa itu lbh tajam daripada pisau yg baru diasar.
Jie said…
Mulut orang ni biase lah, kadang cakap lepas je :)
caliph shuriken said…
klau keje related customer mmg cmni.. sabar laa yer...
Unknown said…
simpati...banyakkan sabar, capailah rukyah ya ..insyaallah selamat..
Ooh Deo said…
mohon bersabar, kat luar kalu jumpa customer tu roger sy Lana.. kita ajak dia lawan main guli.. biasa dia neh..! dushh.. menci org mcmtu..
Muttallif said…
Lana, he/she will teach you how to handle customer with even more better.

believe Me :)
U will be a marvellous person if u take it as a lesson to learn :)
Nyue said…
sabar yea lana....nyue paham..
Buletin Bawang said…
Hai lana.. dah lama tak jenguk blog awak.. sabar ye.. saya pun pernah kena marah dengan customer, sampai saya berkaca2 nak nanges sebab stress.. huhuu... memang macam2 orang kat dunia ni.. semua tu ujian untuk kita.. ;)
Mai said…
aku benci perkataan customer always right even aku tak pernah berkerja lagi.
Unknown said…
memang mulut celupar ni akan buat kita rasa nak lempang2 je kan... tapi bagus sangat awak.. awak boleh bersabar dan memaafkan lagi dia... saya tabik dengan awak.. itulah perkara yang paling susah untuk dilakukan oleh seorang manusia...
Afiqah said…
lorhhh :D. mcm mna tu? hmm takpe2. sabar2 :D relax okay
aizamia3 said…
mula-mula memang rasa sedih tapi bila Lana dah lama dengan apa yang Lana buat sekarang ni, alah bisa tegal biasa jadinya..

banyakkan bersabar ye.. ;)
NasQ said…
Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam!
Apai said…
satu lg pepatah yg aku percaya kerana ianya agak benar...kerana mulut pulut abis...
semoga kamu kuat lana. beta tahu lana beta sangat tabah dan cekal dan keras!! kan? weeeee :')
APAN said…
ni keje mende lak sis?

Popular Posts