Terlalu


Terlalu gembira, terlalu sedih.

Dalam dua2 situasi, saya biasanya akan berdiam diri.
Bila dah surut sedikit perasaan 'terlalu' itu, baru cerita sebenar saya kongsi.

Samalah juga bila menaip di blog ni.
Agak2 rasa macam terlebih2 excitednya, takpun terlebih2 feeling, saya lari dari sini.

Bukan apa..bila kita terlalu gembira, terlalu sedih, kita cenderung untuk bercerita.
Dah tentulah dengan niat hendak berkongsi apa yang kita rasa.

Cuma, untuk langkah berjaga-jaga, ada baiknya dibiarkan perasaan itu sedikit reda.

Kadang2 kita tidak sedar, kita terlebih bercerita, terlebih berkongsi.
Kalau yang mendengar itu, jenis baik hati.. selamatlah diri.
Kalau sebaliknya.. urmm, tak tau apa jadi.


Comments

ewanthology said…
kena tenangkan fikiran dulu baru start berkongsi, supaya ada pertimbangan yang mana boleh dikongsi dan yg mana tidak boleh.
Abang Karu said…
kesimpulan nya kita citer yg Acah Mak Labu je lah hehehehee
Unknown said…
Bila menulis ketika dalam kedua-dua situasi tersebut.. akan terbitlah n3 yang ha ha ha kadang2 nak tergelak pun ada bila baca balik.. :P

singgah sini lana :)
Aimacomel said…
betul la tu apa yg Lana cakap. memang kena ada pertimbangan bila situasi terlalu tu wujud dlm hati. kang ni takut tersalah cakap, terlebih mahupun terkurang.. apa2 pun semoga terlalu itu biarlah baik utk Lana..
Unknown said…
salam lana,

kiranya nak menulis atau bercerita kene tengok mood jugak lah kan...mana terover kang..aishhh ! payah pulak dok...
nurdani said…
ikut gaya Fatin Liyana, update entri bila hati tengah gembira je.

masa sedih, ada masalah, kena cool dulu. takut terbuat entri mengarut.

tapi kalau terlalu gembira pun, takut jadi benda sama. yang penting, fikir dulu sebelum publish.

peringatan untuk diri saya tu.hehehehe
Nong Andy said…
i just cant help it... :D

nanti menyesal..

maka delete.. hehe!
Fatindn_ said…
betul cakap akak , kang nanti tak pepasal cerita tak patut yg kelua kann
Shida Radzuan said…
diam mgkin lebih baik lana ^_^
Chic Na said…
bercerita pun kena ada limit gak kan. kalau tak mmg keluar habis la. :)
Unknown said…
so kesimpulan, TERLALU lebih, TERLALU kurang tak elok? sbaik2nya sedang2? [@_@]
Cik Azz said…
Same goes to me...

Susah kan kalau kita nak cerita kat blog, then ada yang offer diri jadi tukang sampai...

Cerita baik tak nak pulak tolong sampaikan.. Cerita tak baik laju je jadi tukang tambah nasik...

ehehh....
caliph shuriken said…
yup, settings mood kena sedang2 jaa.. klau over nanti result jadi luar kawalan, huh...
Unknown said…
hmm..saya setuju dengan awak.. :)
nasir hamzah said…
Betu gak tu lana.. thanks lana singgah blog nasir..
Mia Liana said…
kena relaz dulu... barulah mula menaip...
Mia Liana said…
alamak tersalah taip tadi *relax
Muttallif said…
Mood untuk menulis akan mempengaruhi entri blog. Kalau dimasukkan mood tersebut dalam blog, entri mungkin lebih nampak hidup.

Tapi,janganlah terlebih tambah "mood" mungkin ada yang tidak senang, betul tak Lana.

Nice insight. :)
aizamia3 said…
setuju dengan pendapat Muttalif.. ;)

samada gembira atau tidak, selagi boleh akak akan cool dulu baru boleh cerita kat dalam blog agar tak menyinggung mana-mana pihak (walaupun adakalanya agak sengaja agar seseorang tu faham yang kita geram dengan dia..)
NasQ said…
kadang2 menulis dengan emosi ni memang akan memberi kesan... tapi kalau selalu sangat akan cepat jemu dan membosankan...
Izwa Kamaruddin said…
terima kasih kerana ingtkan saya juga...
Alif Haris said…
sbb tu kalau tgh mood "terlalu" memang lebih baik diamkan diri dan jauhkan diri. hmm
APAN said…
betul tu sis...kalau terlalu gembira pun x blh gak...takut jd kelain nanti...
tunggu cool down lg baik... :)
Rain said…
i really hope that one day i can meet u.

bertentang mata. bersemuka :) mahu kenal
Liyaa Mf said…
Aah. Betul. Hilangkan dulu eksaited nak bercite tu. Sbb penah byk kali gak jadik, pas cite bila perasaan dah reda, rasa menyesal cite. Cite dlm blog boleh lg delete. Lgpun yg baca mostly tak kenal pun. Tp kalau dah cite kat telinga org, yg buruk2 tu sampai bila2 org akan igt & jadi bahan umpat.

Err biasanya yg terlepas cite tu in real life. Dlm blog tak penah terlepas cite lagi :P
Anonymous said…
assalamualaikum..

saya sangat setuju2 dgn awak.
saya penah buat kesilapan mcm ni dlu, menulis bila hati tengah sakit, tapi kesannya lebih menyakitkan..

alhamdulillah, pengalaman yg cukup mengajar utk saya jadi lebih berhati2.. :)

Popular Posts