Tidur
Ibunda selalu berleter dan menegur.
Memarahi anaknya yang seorang ini, yang suka tidur, tidur dan tidur.
Saya pun tidak tahu kenapa. Saya suka aktiviti melelapkan mata.
Kalau saya ada masa senggang 10minit pun, saya dengan mudah terlena.
Saya rasa takda salahnya begitu.
Tapi tu lah, ibunda saya, "tidooooo je keje kau, mana tak kembong macam ikan buntal tu??"
Nak 'menang' punya pasal, saya balas,
"Ok apa, baik tidur. Daripada bergosip, bercerita merapu, bercakap tiada hala tuju."
Jawapan nak hebat je kan.
Sebenarnya.. lebih pada nak menenangkan fikiran, mengurangkan tekanan.
Dunia akhir zaman kan, macam-macam dugaan.
Letih akal ni melaluinya seharian.
Sumber: Google
Comments
lebih baik tidur dari buat dosa tanpa sedar:)
tido la best. tapi sekarang dah jarang dapat da :)
tergelak pula baca kata-kata si emak tu.. :D
-Nico Robin-
btw salam perkenalan dr aku..
azie pun suke tido gak...
shida pun suka tido ^_^
give me five.
akak pon suka tido :D