Pujuk
Bangun saja dari tidur pagi ni, terhidu bau yang sedap sekali.
"Bau mee! Mee goreng! Mesti abah yang masak ni,hehehe!"
Saya menjerit seronok dalam hati.
Cepat2 kemas katil dan mandi.
Bukan kebiasaan ayahanda turun dapur sediakan sarapan pagi.
Bila ayahanda turun, itu maknanya dia dalam mood memujuk. Memujuk kami.
Apabila ada dikalangan ahli keluarga melakukan kesilapan, ayahanda akan bagi teguran.
Untuk meredakan keadaan, selepas menegur, ayahanda confirm akan kedapur.
Dia akan sediakan makanan, kami makan seorang sepinggan.
Kemudian kami bercerita seperti biasa.
Masing2 sudah pun lupa apa yang berlaku sebelumnya.
Comments
bersembang2 dgn ahli keluarga ketika mkn bersama2 amalan yg agak kurang diamalkan org skrg ni...
wakakaXD
Skang ni semuanya jadi kenangan...