RSS Feed

Silap

20

January 25, 2013 by


Saya ada melakukan beberapa kesilapan dalam hayat kehidupan.
Ada ketika, saya berharap masa boleh diputarkan.
Supaya saya boleh memperbetulkan keadaan.

Realitinya, harapan tinggal harapan.
Dalam filem, boleh la ia jadi kenyataan.

Tapi, disini, didunia ini, masa terus berjalan.
Masa akan terus kedepan.
Sedikit pun ia tak heran.

Diakhirnya, saya tahu, yang dah berlaku telah pun berlaku.
Ia telah berlalu.
Saya kena terus melangkah, walaupun apa yang berada didepan, saya tak tahu.

"A person who never made a mistake never tried anything new" - Albert Einstein

Sumber: Google


20 comments »

~ Cik Azz ~ said...

Kalaulah masa lampau boleh dibawa ke hadapan, pasti semua orang akan perbetulkan kesilapan masing-masing..

Tapi, jika masa asyik diundur ke belakang je, sampai bila-bilapun tak akan ada masa hadapan tu..

Arham Md Ali said...

Woah dah lain dah tempat ni. Lana apa khabar?
Normal la buat silap tu, baru harini pun am rasa am cam ada buat silap yang agak besar.

Tapi itula, kita nak tengok glass tu half full ke half empty kan?

Baik kita amek yang positif dari apa yang berlaku.

the malay male said...

jadikan kesilapan lalu sebagai pedoman di masa hadapan.

Ayie Abas said...

salam lana..:)

aik tiba2 berubah wajah blog lana..:D

salam maulidur rasul 1434H

Liyaa Mf said...

Yurp! Tak perlu harap masa boleh diputarkan ke belakang. Mungkin yang di depan lebih interesting untuk kita tahu. Kalau ada peluang kedua, maybe kita boleh jumpa pengalaman yang sama. & waktu itu, mesti kita dah tak ulangi kesilapan dulu.

Happily live your life, Lana! :D

Sally Yatiey said...

Betul2 :)
Andai saja masa boleh diputarkan.. :)

boni kacak said...

kadang-kadang kesilapan itu memang perlu kita lakukan dan lalui untuk kita belajar demi masa depan kita.. :)

Encik H said...

ada sebab kenapa masa tu xleh diputar..supaya kita tak perbetulkan benda yg dah lepas..

in case kalau kita boleh perbetulkan, rasanya setiap org akan berundur setiap hari..sentiasa nak kehidupan yg perfect, lengkap, dan tak pernah melakukan salah..

padahal kita memang manusia yg akan sentiasa buat salah..:D

Leeza dayasari [santai leeza] said...

ada cikgu sy pernah berkata, buat silap dan mengaku kesilapan tidak mengapa. drpd buat silap dan terus silap.

caliph shuriken said...

harap masa bole diputarkan jgak walaupun ia mustahil...

Azie Namico said...

salam lana , sebab itu org kata masa itu emas , sangat berharga dan x leh putarkan kembali jika kita dah terlepas hari2 yang lepas..hehehe

sabar ! mungkin kesilapan yang lama bole dijadikan semangat atau teladan.bak kata albert tu try anything yang baru ! bole belajar darinya..ahaks

Nick Nashram said...

pernah jugak terfikir kalo ade time machine konpem nak betulkan balik banyk perkara ni..hehe

Lynn Damya said...

sometimes sy ade rasa jugak mcm tu..tp nk wat mcm mane kan, semua dh terjadi, so next time kite kena lebih berhati2.. :) and yup, agree with that quote :D

Yana Sakura said...

andai kita boleh putar masa pasti kita akan ubah nbaiki kesalahan tu kan kak lana :) tp msa xboleh di undur smla..so,kita jadikan kesilapan lalu sbg panduan hidup msa kini dan akn dtg (^_^)

Cik Kay Jue said...

belajar dari kesilapan itu yang terbaik daripada kita terus mengenangkan kesilapan yang tak dapat diperbetulkan...

ary_lee said...

kesilapan..
Kesilapan hanya akan jadi lebih berharga jika kita belajar daripadanya..

Shida Radzuan said...

dear cntiklah tempalte mna cari?

Cendol said...

assalammualaikun hi lana!!!!!!!!!!!!!!!apa kabar kamu? "P
mohon rindu daku dgn bnyknye.kehkehkeh
eh silap komen lari tajuk pulok..hmm setiap org pun buat silap,cume kena lah minimum kannya

Encik H said...

errr..aku selalu datang follow up komen2 aku kat blog org..kat sini jugak tak terkecuali..tapi nampak macam komen2 aku tak pernah and tak akan berbalas..sedih aku..hehehe

Encik H said...

alaa..jangan la terasa Lana..aku bergurau jer..aku faham cara setiap org berblog tu berbeza2..:D

jangan terasa pulak..:|

Powered by Blogger.