Persahabatan
Cuti baru-baru ni, sempat menghadiri kenduri kahwin di Manjoi, Perak.
1st time saya singgah perkampungan Melayu ni. Awesome! Tak pernah lagi tengok perkampungan Melayu sebesar di Manjoi ni. Besar sampaikan MYDIN berani buka salah satu hypermarketnya dalam area ni.
Kenduri kali ini special. Ibu pengantin merupakan kawan lama ibunda.
Buat pertama kali mereka akan bersua selepas lebih 30 tahun tak berjumpa.
Sampai saja, memang adegan jejak kasih la jadinya.
Mujur takda yang berlinang air mata.
Cuma kepoh sikit suasana, sebab terlalu gembira.
Semasa saya tengok mereka berdua berpelukan, saya membayangkan,
macamanala saya ketika diumur mencapai 60-an.
Dah tentu banyak kedutan, sakit lutut dan setiap langkah semakin perlahan.
Tapi.. kenangan tetap kenangan kan..
Seronok tengok jalinan persahabatan seperti ini.
Walau jauh, lama tak jumpa, tapi tetap dekat dihati.
Comments
aduhai...sayu nyer suasana masa tu kan...?
lana umur 60 thn still cantik mcm skrg....:D
banyak muhasabah diri ni..Lana
banyak muhasabah diri ni..Lana
HahahaXD
Lana! Pakai template apa ni?? Smart dowh= ="