Headache

I'm getting older.

Masih teringat lagi saat2 getir dalam melalui satu subjek di semester 4, diploma.
Subjek Cartography, secara ringkasnya ia berkaitan pemetaan.

Kami dikehendaki menyiapkan satu tugasan. Yang getirnya, kami hanya diberi masa yang ciput untuk menyiapkannya.

Bermula pada hari tugasan diberikan, kami bersengkang mata menyiapkannya. Masih teringat lagi, macamana saya dan roomate bergilir waktu jaga. Kami tidur paling lama 2-3 jam saja. Tugasan itu memerlukan kami menghadap komputer untuk tempoh yang lama. Keadaan ini berlarutan seminggu. 

Bukan takat bersengkang mata, tugasan punya pasal, kami juga ketepikan soal mandi dan makan. Saya tengok, ada kalangan classmate macam dah mereng2 dibuatnya.

Waktu tu masih muda. Jadi, setakat menghadap komputer berjam lamanya, takde hal. Tak makan pun ok, still kuat. Tak mandi? Tempek aje minyak wangi.

5 tahun kemudian..

La ni, baru sejam menghadap laptop, naik pening kepala. 
Belakang pun macam sengal2 je.
Tak makan on-time, mula la kan menggigil tangan.

Perghhh, kena mula serius bab kesihatan.

Comments

Aimacomel said…
memang patut care pun pasal hal kesihatan ni Lana, lg satu bahaya kan mengadap komputer lama-lama. tapi tu jgk la yg kita buat. dah tuntutan kerja, then keinginan bersosial kan. hehehe,
jaga diri ye Lana.. moga sihat sentiasa. makan kena jaga tau
nurdani said…
dulu saya kerap mengadap komputer sampai pening, mata sakit. sekarang saya dah kurang online atas faktor kesihatan. alhamdulillah pekerjaan saya pun tak memerlukan saya untuk terlalu mengadap komputer
NF said…
jaga kesihatan ye sis :)
caliph shuriken said…
mmg bole mereng klau kerap cmtu..

*sy tgh 'heart'-ache :p
ewanthology said…
penat bekerja, lepas tu balik rumah nak mengadap laptop pulak..ishh mmg tak tahan
Unknown said…
kesihatan tu penting. jangan malas2 nak mandi -_-" minyak wangi tu yang memeningkan kepala .
Unknown said…
Memang tak tahan kalau asyik menghadap laptop je kan ^_^ hehe
Chic Na said…
betul tu. waktu study selamba je stayback sampai pagi. bila dah keja langsung tak boleh kalau tak tidur. ;)
Unknown said…
bagaimana agaknya ya jika kerja hadap depan PC ja..tangan meraba tetikus sepanjang kerja...mesti ada rasa letih sakit belakang kan..kalau blogger siap entry dah siap off pc pun boleh...kalau tak Bw lah
Nong Andy said…
hahahaha.. tulah. semenjak dua menjak ni akak pun dah tak larat nak tido lewat.. pening la.. rasa nak muntah la.. kalau tak cukup tido..

dah berumur la katakan.. :)
Cik Azz said…
Zaman kerja kilang dulu, akak selalu angkat kotak yang berat2.. Kadang2 nak kencingpun tahan sebab tak cukup manpower nak kejar target..

Bila dah tua ni semua rasa keluar.. huhuhu..
Encik H said…
aku rasa sepanjang minggu ni, aku xpernah makan tengahari..

memanjang asyik lewat jer..kul 4 dah start lapar..
Mime MF said…
sibuk mcm mana pun kesihatan kena jaga tau..huhu rs hebat plak bila teringat life as student..bulih bersengkang mata wat assignment, mkn tak lalu, mandi jrg2..masuk alam kerja dh xda lg cmtuh..huhu
Ooh Deo said…
sy boleh tahan kalau tak makan Lana, tapi kalau tak mandi.. amatlah tidak selesa.. nk buat kerja pun jadi xbest.. bau busuk..hehehehe

minyak wangi bila bersatu padu dengan bau busuk leh kena migrain..hehehe
aizamia3 said…
bila umur makin meningkat, mulalah terasa kekurangan..
betul Lana.. memang kena bersiap sedia dari sekarang.. ;)

Popular Posts