Menggapai impian

Masa saya sekolah lagi, saya teringin nak pergi ke Taman Negara Pahang.
Saya tak tahu kenapa saya nak sangat kesana. 
Mungkin sebab nature. Sesuatu yang semulajadi, adalah suatu yang misteri.

Impian kesana ibarat chipsmore. Kejap ada, kejap takda. 
Kadang saya teringat, kadang saya terlupa.

Masuk peringkat diploma, saya ada seorang roomate yang asal dari sana. 
Banyak juga cerita yg disampaikannya ttg tempat ni, terasa membuak2 nak pergi.

Nama pun chipsmore kan. Impian masih kekal impian. Masa terus berjalan..

Sampailah satu hari, ada tawaran untuk kesana. Perasaaan saya? Excited, tapi pada masa sama berbelah bagi. Antara sebabnya, saya takda geng untuk diajak sekali. Tambah, tarikh untuk kesana dah terlalu dekat dengan final exam, buat hati rasa macam 'nak tak nak, nak tak nak'.

Jawapannya, saya pergi. Saya anggap Allah akhirnya tunjukkan saya jalan untuk kesini. And, everything went smoothly.

Kita semua ada impian. Impian yang berwarna warni. Tak kira apapun warna impian anda, jangan pernah padamkannya. Biarkan seperti chipsmore. Biar terpendam tapi tak padam. Suatu masa, Allah akan tunjukkan jalan kesana, kadangkala dengan cara yang kita tak pernah duga. 


Comments

4feet8 said…
wow..pergi juga. saya pon teringin nak pergi. pon sama, takde kaki/geng yg suka aktiviti mcmtu..
ewanthology said…
nyaman je area ctu kan
Unknown said…
ajak aku pon takpe...aku relax je...tada hal member2...ekekeke
Chic Na said…
impian tercapai akhirnya. ;)
Unknown said…
Seronok bila impian tertunai kan..:)
ghost said…
mesti perasaannya seperti tidak mampu tertahan-tahan lagi. terasa ingin menjelajah dan menikmati semuanya. awak ada impian yang kuat.
mujagirl92 said…
tringat kenangan daki gunung tahan,, sob3
Nick Nashram said…
impian saya nak daki gunung kinabalu :)
Unknown said…
salam lana :)

impian lana...mcm impian ayie jugak dulu2...nak pergi ke taman negara di pahang..sambil nk daki gunung tahan...tapi sampai skrg hanya angan2 jer...
Apai said…
Salam , I've been there. Very nice place !
Tinta Lana said…
@Ayie

InsyaAllah..ayie akan sampai jugak suatu hari nanti.. :)
caliph shuriken said…
klau biarkan impian tu seperti oreo, bole x? hikk...
Ooh Deo said…
memang seronok lana pegi taman negara pahang ni.. cuma nak masuk dalam tu jauh sgt..

dan bersedialah dengan harga makan yang sgt mencekik darah.. pengalaman.
Encik H said…
impian aku..impian aku..impian aku..errr..

aku dah pernah tulis 1 entry pasal impian aku..xtau bila agaknya nak tercapai..:)

Popular Posts