RSS Feed

Setinggan

25

March 2, 2013 by


"Asal usulku, perumahan setinggan.
Beratapkan zink, beralaskan simen, berdindingkan papan.
Kelilingku bangunan.
Aku masih ingat..disini aku disusukan, aku dibesarkan,
aku belajar tentang realiti kehidupan.
Tempat itu tiada lagi,
yang berbaki hanya secebis kenangan yang sekali sekala menjentik hati."

Terkenang pula saya zaman membesar di kawasan setinggan.
Bayangkan ditengah bandar, ada sebuah 'perkampungan'.

Banyak saya belajar sepanjang 15 tahun disini.
Antaranya, konsep hidup berjiran.

Pendapat saya, bahan binaan banyak mempengaruhi konsep kejiranan.

Duduk rumah papan, rasa orang sebelah ibarat keluarga sendiri.
Dirumah batu, orang disebelah macam 'hantu', kelibatnya sukar ditemui.


25 comments »

the malay male said...

sekarang ni jiran pun dah tak kenal... sama2 sombong :-)

cik kaki ketawe said...

pd sy kekadang hidup bersederhana dalam rumah papan atau setinggan lebih baik kut...pasal kita akan sentiasa ingat asal usul kita...manusia kadang2 mudah alpa kalau duduk rumah batu ni...hoho

Nong Andy said...

nak berkata-kata.. tapi akhirnya tak terkata-kata. apa cerita dah jadi macam tu Lana?

Etuza Ezawarna said...

sedih ja baca entry Lana..ada kebenarannya, kita pula di alam maya boleh berbicara..ukuhuwa juga namanya ni..doakan kebaikan antara kita ya..

Etuza Ezawarna said...

sedih ja baca entry Lana..ada kebenarannya, kita pula di alam maya boleh berbicara..ukuhuwa juga namanya ni..doakan kebaikan antara kita ya..

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Jiran x kenal jiran .... Huuu sbb tu mslh sosial meningkat. Org x amek tahu hal org lain. Pecah rumah pun buat x tahu.

Puteri Kasih said...

konsep hidup berjiran dah semakin hilang..kebanyakkannya dah mengamalkan sikap kau kau..aku aku..hurmm

Muttallif said...

Sekarang makna kejiranan hanya untuk dimusuhi. Tiada lagi makna tolak ansur, tolong menolong.

Pengalaman Taliff, duduk di rumah flat Shah Alam...jiran sebelah hampir 5tahun duduk tempat sama. Tapi, secebis senyuman pun tidakpernah terukir dibibir...apatah lagi nak tegur...

Yang rakan-rakan dapat, pisau nak ugut macam2...perghh...memang terbaik

Eza Boom Boom :) said...

pergi rumah jiran pun kadang-kadang sekali stahun. time raya je..

SYAH'IZZAT said...

kwsn kjiranan aku lg la, cina n serani rmai. mmg susah nk tgor..

Arham Md Ali said...

Rasa kita sendiri kot kene amek initiatif untuk kenal dengan jiran-jiran bila dah duduk dekat taman perumahan moden ni.

Sebab biasa orang yang kita anggap sombong tu sebenarnya tak sombong pun bila dah kenal.Dia malu, kita pun malu, salah sorang kene break the ice tu.

Sop Nama Saya said...

masyarakat semakin berubah..
setinggan Sop rasa lebih suasana kampung walaupun tgh bandar..
skrg... dah x der setinggan.. huhu

Ali Jasni said...

betul jugak tu.hahaha...

Tukang Karut said...

tak pernah rasa duduk setinggan...

mrpolie said...

tu lah realiti kehidupan masa kini... bagaimana keadaan generasi akan datang agaknya...?

noor liyana said...

orang zaman sekarang rumah sebelah masuk pencuri pon tak sedar..tu lah kehidupan sekarang..huhu

paripariputih said...

Hantu kak limah balik rumah ^^

miss fluffy said...

jiran...jiran dulu dengan sekarang byk sgt bezanya..

baby comel said...

Nasib masih duduk di area kg dan masih merasai situasi keadaan yg sama spt dulu. Jiran sentiasa bertegur sapa masih beramah mesra

Shida Radzuan said...

shida semua kawasan pernah skg ni..bjiran dgn cina kiri kana 2kiri 2kanan cina..blh dkatakn 1 lorong cina..tp xpenah rsa xde jiran dorg lg best ^_^

Cendol said...

oh betol tu.rumah batu jiran macam hantu.haha mmg jarang jumpa, pagar pun tinggi mana nak nampak org.naseb cina sebelah rumah tu baikkkk bagi limau bnyk heheh

Cik Zaitul said...

eh lana , aku pun duduk setinggan jugak..
dari umur 10 tahun sampai 17 tahun .
aku rase setinggan tu macam kampung aku , sbb aku kan xde kg.. seronok sgt..
meriah ,
tak macam duduk di bandar..semua bizi memandang pun payah kan...

caliph shuriken said...

area sy kampung dh smkin kurang.. semua dh btukar jadi taman perumahan, huh...

ary_lee said...

setinggan? kampung tak semestinya setinggan kan? macam situasi Lana, kira setinggan ke? Huhuhu

aizamia3 said...

bila dah bertukar rupa, makin sesak pulak jadinya.. lagi sesak dari setinggan..

Powered by Blogger.