Hidup Itu Simple

Hidup sebenarnya simple sahaja.

Bila penat? Pergilah berehat.
Tak tahu? Bertanya pada yang berilmu.
Lapar? Jamu perut dengan makanan.
Haus? Silakan teguk minuman.
Tak puas hati? Berbincang mencari solusi.

Realitinya.

Dah tahu penat, pergi post 'penat' kat laman sosial,
Pastu meroyan lelama disana, bertambah penat la gamaknya.

Sungguhlah tak mengerti kenapa perlu merumitkan diri.

Comments

Unknown said…
setuju...yang slalu buat benda ni org yang suka mencapub...

#truestory
nurdani said…
hahaha. macam-macam ada.
muja said…
ok,,, pedas dari lana,, hehe
ewanthology said…
selalunya yg merumitkan keadaan adalah diri sendiri
Abang Karu said…
yup...hidup ini simple je :)
ary_lee said…
HahahahaXD
People always make easy things turned into COMPLICATED. Like me= ="
Oh my gosh!
Berry Lavynia said…
haha..sinis bunyinya..
tapi itulah realiti..
kadang2 btol jugak,
"daripada 'kau' meroyan baik 'kau' duduk diam... :)"
Cik Azz said…
Laman sosial tu dia punya, biarlah dia nak post apapun asalkan tak mencarut atau memaki hamun atau letak gambar yang bukan-bukan.. Itu mungkin cara dia nak rilis tension dia..

Manusia ni tak sama cara melepaskan lelah.. Ada yang mengamuk sakan bila penat tapi kat laman sosial nampak macam santun je, ada pulak yang suka letak status macam tu kat laman sosial dia..

Kalau kita rasa penat nak tengok post dia, jangan tengok, hide je terus..

Simple je, kan.. :)
||aLeaSaRa|| said…
wahhhhh macam2 komen ada..welcome back lana!!!

itu sebabnya masa marah dan penat,tidur lagi bagus,daripada tambah dosa kering update status merepek raban...
Sop said…
skrg jadi penyait nak post kt lamn sosial
semua status nak kabo..
sbb silap laman sosial tu juga ada contoh FB ada ke dia tanya "What's in your mind?"
Unknown said…
hah..betul.. sebenarnya hidup kita ni simple je ^_^
ieta said…
tak menahan dgn ayat "meroyan" tu. haha... biag pilah dia... asalkan, dia bahagia even penat haha
Mime MF said…
lapar pun post status gak..gamaknya lepas post status lapar tu jd kenyang la kot..-_-
Unknown said…
hehe. yang senang disusahkan :)

duduk muhasabah diri lah jawabnya.
my notes said…
yg menyusahkan hidup tuh sebanarnya diri kita sendiri ...
aizamia3 said…
dari terus penat dan boleh jadi bad mood baik rehat.. ;)
lupakan sekejap laman sosial tu..
caliph shuriken said…
pastu status btukar so complicated, x gitu, hukk...
Tinta Lana said…
Noh ~ Mencapub? Pa tu..hee

Nurdani ~ Betoi, macam-macam ada, :D

Muja ~ Pedas, kalau kita telan guna rasa. Guna akal, ia akan jadi waras :D

Tinta Lana said…
T.M.M ~ Iya, kita suka merumitkn suasana, sdgkn jln penyelesaiannya mudah sahaja.

K.Jagau ~ Memang begitu :)

AryLee ~ Not only you, but me too,hahaha.
Tinta Lana said…
Berry ~ Memang realiti. Cuba tanya kembali diri, kenapa aku buat macamni?

Kak Azz ~ Takkan nak hide semata2 dia post 'penat' kak? hehehe. Kita berkawan tak boleh ikut emosi semata. Entry ini, no offences, saya cuma memberi solusi pada yg tak jumpa jalannya.

Alea ~ Yeahhh! Welcome back! eh? hehehe. Iya, itulah yg sy mksdkn sbnrnya. Bila kita post berlandaskan rasa semata (penat, lapar, marah), biasanya kita hilang arah. You got it!
Tinta Lana said…
Sop ~ "what's in your mind?" hahaha, aah, tu pun bleh jadi faktor juga abgsop.. kita plak, laju je menjawabnya,huhu

Sally ~ ^_^

Ieta ~ hahaha, tak menahan ea kak ieta :D
Tinta Lana said…
MimeMF ~ hurmmmhhh (-_-) hehehe

Tia ~ Dalam sehari, ambil masa untuk muhasabah diri.. :)

Mynotes ~ Bukan org lain yang menzalimi diri, kita sendiri yg melakukannya keatas diri sndri..

Aizamia ~ Rehat sebentar bersama2 kit kat.. :D

Caliph ~ haa, slalu jadi gitu la,hukk..hehe
IMA SALSUZAIMA said…
hahaha.terasa ok.kdg2 pernah buat. contohnya msa marah. then org akan komen. sabar2.. 2 3 minit lega sebab dh lepaskan.hilang rasa marah.hihi

dah ok. delete balik status tu. wakaka
Unknown said…
haha..betul sangat..bila lapar..

update status

'laparnya..hurm.. ' hehe.

Aimacomel said…
tu lah pasalnya. dah tau lapar g post kat fb. mcm la fb tu boleh bg makan tiba2 kan. hehehe, sabar jelah
Unknown said…
benda simple itu tak mencabar dan boring... kehidupan memerlukan kesusahan... sbb tu post status dulu sbb manusia memayahkan sesuatu...

Popular Posts