RSS Feed

Berkebun

45

June 20, 2013 by

Sejak dua menjak ni, saya terasa nak berkebun dan bercucuk tanam.
Semua gara2 menghadap gambar kebun dan hasil tanaman di blog uncle etuza dan kak nong andy.

Masa dikolumpo, ada jugalah tanah. Ibunda saya suka tanam bermacam pokok bunga. Sampai jiran depan rumah pun puji, "membiak nyamuk ke apa?" hahaha. Setiap pasu, lain2 jenis tanamannya.

Butchart Gardens. Sumber: Google

Saya pun pernah cuba. Saya kumpul biji dari buah betik, selepas tu lempar kat tanah belakang rumah. Lemparan yang penuh dengan keyakinan dan harapan, "Nanti boleh la ada pokok betik, tak yah beli". Imaginasi kanak2 ribena waktu ini.

Dalam banyak2 biji tu, ada la yang menjadi, tapi tak sempat tengok ia berbuah. 
Kami dah pindah rumah.

Dan sejak tu, tanah makin jauh dari saya. 
Dah duduk rumah bertingkat ini, tang mana nak berkebunnya.


45 comments »

Tukang Karut said...

berkebun di pc je la...

Nana Liena said...

sama la..biji buah2 masa kecil2 kumpul lepas tu tanam belakang rumah..tapi tak tumbuh sbb dah simen semua..Allah..benci betul.. T___T

Teena Tna said...

Saya tak pernah berkebun, pernah jugak baling biji kacang botor sja2, lepastu tumbuh terus & mak Teena petik buat ulam, seronok rasa time tu..

Noh Kodiang said...

hahaha...baca tajuk pon aku nak tergelak dah...btw, boleh je berkebun...buat la portion tanah kat tepi tingkap...senang gitu...tanam la pokok kecik2 cam terung atau tomato...

Azie Namico said...

Salam Lana !
lana awk suke tanah ! azie lagi suke..nak2 lagi tanaman bunga..memang minat jugak tanam menanam nie lana...

sebab apa yg kita tanam tu tetiba mengeluarkan hasil..perghh ! lana..terujer tau...muehahaha

ary_lee said...

rumah tingkat senang kalau simpan kaktus. HahahaXD

miranadia said...

boleh tanam cili. ehhe.

S.K.A said...

he3..beli je pasu..berkebun dlam pasu :) ada je org bt cm2 ble tggl kt rmah bertgkat2 ni..

caliph shuriken said...

wktu kecik2, sy lepas mamam limau suka kumpul biji limau.. pastu baling dlm pasu bunga.. x lama pastu tumbuh pokok limau ^___^

Chic Na said...

semangat dia nak berkebun. berkebun dalam pasu jelah. tu pun pokok kecik2 aje. ;)

Fana Aqim said...

kalau da duduk rumah bertingkat2 nih..ssh la nak jumpe tanah lana..hehe..takpe,tggu ada rumah sendiri nanti okay :)

Nong Andy said...

Tak lama lagi akak pun duk rumah bertingkat... wuwuwu.....

Tu bukan kebun akak... tu kebun ayahda hehehe... akak ni sambung jaga je kekekekeke...

Tu pun.. 2-3 bulan sekali baru jejak kaki ke sana.. 2 jam setengah perjalanan dari kk nak ke kebun ayah tu lana oi... kekekeke...

ANNA MARIANA said...

cantik pemandangan :)

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

berkebun satu aktiviti yg sihat...

paripariputih said...

sungguh kurang asam mulut jiran tu hahahaha lain kli jawab tak nak membiakkan dinosaur... tu la lana akak minat pokok bunga.. tapi x minat dgn ulat ulat :P

the malay male said...

boleh cuba hidroponik. tanam guna bekas air je... huhu

kalau rajin dan ada ongkosnya lah :-)

hana hadi said...

hana suka berkebun tapi masa xda..mesti best makan hasil tamanam sendiri kan.. lana beli yang bekas hidroponik punya tu. boleh tanam tanpa tanah. suatu hari nanti hana pun nak try gak beli hidroponik tu.. entah mahal ke x

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Kalau duduk umah bertingkat, leh tanam dlm pasu. CUma bukan pokok buah la...heheh.

Wan minat gila tanam pokok bunga. Wan mula minat lps tanam pokok bunga raya. Jadik semangat lps nmpk bunga. Lps tuh, umah wan trus penuh pokok.

aisya said...

ingatkan kebunnya dlm gmbr tu. heheh..

kopi pasta said...

ler, duk umah bertingkat pon masih boleh berkebun la. kan ada kaedah hidropinik tu... nanti boleh la bercucuk tanam padi. jimat skit nak beli beras...

Rosniyati othman said...

cantik nya garden tue...
rose pun ada bercita-cita nak tanam pumpkin untuk aisya sebab dia suka sgt makan pumpkin...tapi...tak cukup tanah

Badrina Ibtisam said...

bestnya kan kalau ada kebun! hihi
buah-buahan, bunga2 cantik.
buah-buahan yg sedap and tanaman yg menghijau, warna-warni.. SubhanAllah.
<3

boni kacak said...

buat batas sendiri dalam rumah. pasti boleh bercucuk tanam..hehe

Mime MF said...

sebut berkebun teringat pasal pokok keembung..hehe dulu masa sekolah rendah paling suka tanam pokok ni..sebab apa..mudah..lempar² je biji benih..pastu cepat pulak membesar..pengaruh subject sains ms sekolah rendah..wahaha:P

Cik Kay Jue said...

sy pun ada juga keinginan nak berkebun tu.. macam2 buah nak sy tanah.. tp apa kan daya.. sy juz ddk umh flat.. haha..

Waalid5035 ™ said...

berkebun ni byk khASiatnye...hehe..berkebun scra hydroponic plak la lana..huhu

my notes said...

beli tanah + pasu = tanam pokok . jiran india dulu selalu puji saya tgn bagus . pokok hidup . klu tgn dia panas .beli pokok dah siap kat dlm pasu pun mati ooo ... heheheee

puteri kasih said...

puteri pun pernah kumpul biji betik dan biji peria..pastu lempar. Bila dapat tengok pokok mula berbuah..rasa excited sangat..hehe

Tia Fatihah said...

assalamualaikum kak lana.
dah agak lama tia tak berkunjung ke mari. hehe..

dulu masa kecil-kecil tia pun macam kak lana. bezanya, tia tanam. bukan buah betik. buah mangga. alhamdulillah, sempat juga merasa buah yang ditanam masa zaman kanak-kanak ribena dulu.

Tinta Lana said...

TK ~ tak minat...

Nana ~ hahhaha, bleh plak camtu nana, patut campak jauh skit :D

Teena ~ Ha kan, tu yg seronok berkebun ni..bila dpt hasil tu..rsa seronok je hati ni ^_^

Tinta Lana said...

Noh ~ baca tajuk pun nak tergelak? ko sakit ea?hahahaha. Tepi tingkap? Tapi tingkap bilik ak menghadap tempat sidai baju. Tak sesuai.

Azie ~ Wa'alaikumusalam azie firman iris! mih3. Tang tu lah yg bestnya zie, tnam bunga ros, pastu bila keluar bunga..mesti wangie kan, kan, hik3

Ary ~ Lana pernah terfikir nak tnm kaktus..tpi pokok kaktus..tak brapa menarik,hahahaha, nak yg ada munge2 :D

Tinta Lana said...

Mira ~ aaa..ok gak tu.

S.K.A ~ Pastu, tang mana nak letak pasu? huhu. Kat tempat lana ni, tak leh letak pasu kat ruang legar.. nak letak dlm rumah, lagilah.. (T__T)

Caliph ~ seronok kan (^_^) camtulah bila sy tgk pokok betik sya naik (^__^)

Tinta Lana said...

Cikna ~ Aah, semangat cikna. Seronok ada tanaman sndiri.. >_<

Fana ~ Senang sbnrnya jumpa tnh,yg susahnya..tanah tu nun kat bwh, kita ni dah duk ats langit,huk3. Tunggu ada rumah sndiri jela bak kata fana.. ;)

NongAndy ~ ha? nak pindah rumah ka?hik3. Kebun ayahanda pun, dpt juga kak merasa bergolek memanjat dlm kebun tu,huhu. Adeh, lamanya perjalanan nk ksana (-_-)

Tinta Lana said...

Anna ~ Butchart garden tu..memang cantik anna :)

Bunda ~ Wa'alaikumusalam bunda. Yup, salah satu aktiviti yg sihat.. ^_^

PPP ~ jiran tu, mmg kurang asam, masin n manis mulot die kak,hahahaha. Tapi tahu, dia bergurau..tak minat ulat2?? comey la kak habaq gitu,hahaahha

Tinta Lana said...

TMM ~ Tq cdgn tu.. tpi..saya nak dekat ngan tanah sbrnya,huhu

Hana ~ Tapi..tak best..lana nak berkebun n ada tanah. eceh, ngade plak ak,hahaah. Ada tanah, bleh main ngan ulat2, erkk, :D Lana pun tak tahulah kos tnmn hidroponik brapa hana.

Ridzwan ~ Pokok buah mmg tak lah wan, tak pasai2 pecah lantai umah,keh3. Macam ibunda lana la tu. Bila dia kenan satu bunga, pastu tak lama, berlambakla pokok bunga. Setiap pasu, lain bunganya.

Tinta Lana said...

Aisya ~ Kalau mcm dlm gmbr tu aisya, tak beronline la lana..duk mengerjakan kebun je,haahhaha

Kopi ~ Ye lerrr, ak tau le pasal tu,hahahaha, ak nak ada tanah. Nak pegang tanah :D Amboi, terus pada beras ko,hahaha.

Rose ~ Lawa, mmg lawa taman tu. Ohh, aisya suka mkn pumpkin..ptutla duk buat pumpkin soup tu ea ^_^

Tinta Lana said...

Badrina ~ Pengalaman lana la, tengok opah berkebun n bercucuk tanam kat kampung, dia nampak lebih tenang, enjoy masa tuanya.. Berkebun ini mengingatkn diri kita pada asal usul kita, tanah.. ^_^

Boni ~ Tak smpai sehari, jahanam batas tu dikojekan bebudak kecik lam rumah ni boni,hehehe :D

Mime ~ haa, lana main campak2 biji betik tu pun sbb terpengaruh dgn subjek sains la,hahaha. Pastu, duk try hidupkan togeh, hohoho. Best giler waktu tu, balik sekolah, mesti nak cuba buat :D

Tinta Lana said...

Kayjue ~ Akak faham prasaan tu kjue..kita sama,hahaahah

Waalid ~ Takda tanah la waalid bila guna sistem tu.. kita nak pegang tanah.. dah kemaruk rindu ngn tanah ni,hahahah

MyNotes ~ Problem saya nnti kak vee, kat mana nak diletakkan pasu tu. Kat tmpt saya ni, tak leh letak sbrgn pasu kat ruang legar depan umah. Letak dlm rumah, ada budak2 kecil pula.

Puteri ~ Lana tahu, cam tak caye je pokok tu tumbuh kan?hehehe. Rasa macam usaha melempar tu mendatangkan hasil akhirnya,keh3

Wirda Amir said...

Lana..cuba tanam bunga kubis dlm pasu...best bila dah dpt hasilnya tau lana...

Qaisyara Raihana said...

kalau aku bercucuk tanam memang takkan pernah jadi rasanya. muahaha

Cik Yaya said...

hehe..samela labig kurng mcm yaya..
cmpk je bji kt belkng uma..dulu2 la..
kadang jadi..ade yg x..haha.. ;p

Aida Ismail said...

Hehe. Aida tak minat nak berkebun. Tapi suka tengok bunga cantik2 dalam pasu tu. Hee. Kat rumah ni ayah Aida dah tanam segala jenis pokok sayur. Penuh kebun.

baby comel said...

mak saya memang suka berkebun. kiri kanan depan belakang penuh dgn pokok. bunga, sayur, pokok hiasan..

Hatimi Tahirruddin said...

kalau ada rezeki boleh beli tanah untuk buat kerja2 berkebun....

||aLeaSaRa|| said...

kak lea dulu2 pun gi campak biji betik..konon2 esok lusa terus tumbuh pokok betik ngeee...ayah kak lea sekarang ni dari seorang pengarah hotel..dah jadi petani cili padi kampung.nak berbakti pada tanah katanya he3...

Powered by Blogger.