Persepsi

Saya tak marah kalau ada orang kata saya sombong. InsyaAllah tak marah,hehehe.
Sebab bagi saya, orang yang tidak mengenali kita saja yang akan cakap begitu.

Memang itu pun fungsi perkataan 'sombong' sebenarnya.
Bila dah kenal, kita akan cakap, "awal dulu aku tengok ko ni sombong je, skrg, heiii tolonglah, bla bla bla..." Betul kan? 

Setakat 26 tahun saya hidup ini, antara persepsi awal org lain terhadap saya, mereka kata saya serius. Tak banyak cakap. Saya terima. Memang saya serius, dan agak skema juga.

Saya cuba cool down kan sikap serius tu, kepada seorang yang suka bergurau.
Ia menjadi, berjalan lancar sehingga pada satu hari.

Saya bergurau macam biasa, tiba2 kena sound, saya disuruh diam.
Saya diam dan serius. Kembali kepada perangai lama. 

Beberapa hari selepas itu, orang yang sama, yang suruh saya diam, bertanya pada saya, "diam je sekarang, kenapa?" Dalam hati saya, "Dia nak macamana sebenarnya. Nak saya diam ke, nak saya bergurau?" 

I can't be both at the same time. So, saya pilih, jadi yang asal.

Bila kita cuba ubah diri kerana hendak mengelak persepsi orang lain, kita takkan berjaya.
Sebab memang sukar untuk berpura-pura.

Comments

caliph shuriken said…
yup, klau blue print kita mmg kategori diam, result pun kuar cmtu laa kn, hikk..

slalu sy cuba sesuaikan diri dgn sekeliling.. buka mulut bila perlu jaa, klau x sy pilih utk senyum sebagai ganti ^^
Unknown said…
dah 26 da...biler nak...oopsss...hehehe
Unknown said…
salam lana....:-D
tak payah ubah lana...be your self !
kalau awk rasa awk nak bercakap..kata kan saja lana...nak buat lawak pun buat lah...jgn takut2...berani kerana benar....lama2 org cakap tu akan biasa dengan sikap dan perangai kita...mudah !suka kawan...x suke gone...ramai lagi yg sudi kawan dgn lana...chill lana!aziekan ada...pls jgn senyap!itu bukan lana...hahaha
Unknown said…
assalamualaikum...:)

ntah kenapa..ayie rasa sifat lana ni lebih kurang mcm ayie jer...:P
setuju tu cik lana, jadi lah diri sendiri,itu yang terbaik.
ary_lee said…
Nak panggil lana sombong gak lah. Oi,sombong! Oi! Oi! Oi!

HahahahahahahaXD
Jgn marah eh,lana. Gurau je^^
Unknown said…
persepsi org terhadap akak... sombong... sampaila derang jumpa face to face baru le dia tahu rupa2nya mesra alam... la la la la la... x suka senyum x tentu pasal.. senyum depan camera jer boley?? ekekekek ^_^
imran said…
Jadi diri sendiri.......org suka or x tu persepsi masing2.......
Unknown said…
jadi diri sendiri je dah cukup.. =)
Anonymous said…
kita takkan mampu puaskan hati manusia lain. jadilah diri sendiri. kita pon manusia jugak.
azman said…
tak kenal maka tak cinta..
susah nak puaskan hati semua orang
aizamia3 said…
dia suruh diam sebab masa tu dia mesti tengah stress, kita bergurau tak kena tempat, makanya tempias tu kena kat kita, akhirnya kita terus kembali kepada sikap yang asal :(
Athirah said…
hmm.. asal saya seornag yang serius, tapi suka bergurau,
dengan yang beru mengenali, saya lebih senang bergurau, sebab, jumpa pun kadang-kadang, jarang-jarang, dengan yang memang dah hidup lama dengan saya, family dan kawan rapat, ada masa saya bergurau, ada masa saya serius, tapi yang baru mengenali setahun atau kurang, mula tak senang bila saya serius, hmm.. sedih, tapi mereka menggelarkan diri mereka teman rapat saya, tapi sukar menerima keseriusan saya,,, hakikatnya, sisi serius saya 60%, sisi humor saya 40%... sebab saya tau, hati yang banyak gelak itu gelap...

sorry, terluah pulak, tapi saya memahami perasaan tu...huhu T.T
nurdani said…
setuju tu.
saya tak suka jadi apa yang orang lain nak saya jadi sebab memang akan jadi pelik sebab kita buat sesuatu sebab nak buktikan kita ni macam apa yang dia nak.

ish ish...jadi diri sendiri je senang.hehe
CD said…
why so serious? Life is short, just smile.. hehehe ;)
Lina said…
walaupun aq baru kenal ko, aq tau ko sorang yg peramah.. ehhh...

biasalah tu, org akan kata, xkenal maka xcinta... sda kenal langsung jatuh cimnta.. ekke...

tp lebih baik diam dr bnyk ckp..
Cik Azz said…
Akakpun pernah jugak dicop sombong sebab muka akak serius je..


Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.. Tak perlu nak reka persepsi bukan-bukan sebab kita ni bukannya kenal orang tu luar dalam..


*Memang susah nak jadi orang lain.. Sebab tu digalakkan jadi diri sendiri walaupun diri sendiri tu banyak kekurangannya.. huhuhu..
Teena Tna said…
Betul tu, kadang2 sy memilih utk berdiam, sebab malas dah nak jaga hati orang, janji kita buat benda yg betul..
NasQ said…
aku pun sombong gak...
hana hadi said…
kadang2 muka kita jenis muka nampak sombong.. camna ek nak cakap. macam air muka sombong cmtu lah.. hana salah seorang daipadanya..

kalau hana senyum sikit baru nampak rupa orang yang memiliki muka ok. kalau hana xsenyum muka sombong. kalau hana senyum banyak nampak hana senyum macam org lain senyum

jadi xkan nak senyum sikit untuk nampak muka yang ok.hehe
cik natasya (: said…
Assalamualaikum . Just be urself kak lana . Original much better than spicy *eh , erkkkk :) . Jadi la diri akak , asalkan akak happy .
Fais-SKA said…
ehhhh..sombong la tuan blog ni..he3 gurau je =) besalah 2 manusia, kdg2 dia pntgkn dri sndri je..lpas 2 mula la terhegeh2 tya..stiap org msti pnh kena mcm ni..ada je org ckap sombong..kn terlebih peramah ckap bsing plak..adehhhh..
mrpolie said…
Jadilah diri kita, puaskan hati kita sendiri.....
Anonymous said…
Assalamualaikum lana..

Lebih baik jadi diri sendiri dn biar org suka kita dgn cara itu...seriuspun ok je bagi akak....akak plak prinsip hidup akak sjk dulu tak suka nak menilai org lain apalagi org yg akak tak pernah kenal...lebih2 lagi di alam maya di mana kita cuma membaca setiap tulisan tanpa nada..lain emosi orang ketika membaca lain pula tafsiran mereka....
beat said…
rendah diri amalan nabi
||aLeaSaRa|| said…
salam lana.kak lea pun tak suka hipokrit semata2 nak jadi macam apa orang nak.kita adalah kita.

kak lea ni jenis happening dan kecoh sikit kat office ada je nak borak.kadang2 moody jugak.kita tak sempurna,robot pun kadang2 meragam ngeee....
Unknown said…
tak lari ..tiap kita perlu berhati2..sebab tu ada kala berdiam diri...apapun saya ni peramah tapi masih mulut terjaga lah ya. hehehe perasan pula lah uncle ni kan.
Unknown said…
Ape org nak kata, katalah. Kita tetap kita. Kita tak boleh jd bukan kita...
Mime MF said…
first impression org kdg² jrg nk jmp yg positive...mostly negative je..sbb pa ku kata..sbb based dr pengalaman aku sndiri..huhu org akan ckp aku sombong pastu muka nak belagak je..padahal bila kenal gn kita mati dorg sbb byk gelak..haha sbb tu org kata don't jugde the book by its cover..kenal dulu baru bt kesimpulan..hehe
Unknown said…
hehe entri yg menarik lana....byk yg boleh direnung2kan daripada entri ni sebenarnya....
Aida Ismail said…
Susah kalau setiap kali nak ikut cara orang. Itu tak kena, ini tak kena. Jadi diri sendiri je. Kalau tak suka, lantakkan aje.
Yaya Mohd said…
macam yaya je..
huuu...tp biasela tu..mula persepsi org..sebab xmengenali diri kita lagi kan..
tp kate2 yg popular 'don't judge book by it's cover'..hehe

dan xkenal maka xcinta..ewahhh cinta plak...;p apapun senyum sajeeee =D
Tinta Lana said…
Caliph ~ Tu diaa, siap ade blue print lagi,hik3. Saya dulu tak reti sgt nak sesuaikan diri, ikut je pe yg org nak. Skrg, pandai2 la bawak diri ^^

Noh ~ Bilerr nak apa weh?hah?hah? *cam nak gaduh je kan,haha*

Azie ~ Wa'alaikumusalam. Katakaaannnnnnn, camtu ea zie,ok2,hahaha. u r so funny,hahahah
Tinta Lana said…
Ayie ~ Wa'alaikumusalam. Ya ke yie? hehe.

Hasniza ~ InsyaAllah..tapi tetap berusaha jadi lebih baik.. ^_^

Ary ~ Ary jahat,hahahahhah. Takda nak marahnya..syg ary tau >_<
Tinta Lana said…
PPP ~ Selama kenal akk, saya tahu akak mesra alam, mesra semesra2nya,hahahaha.

Kak Zuu ~ InsyaAllah kak zuu.. tapi kdg2 kena tgk juga knapa diorg letak persepsi itu pada kita..kan..

Aisya ~ Tq aisya.. =)
Tinta Lana said…
Cik Gee ~ Betul, kita bagus mcmna pun, ada je yang tak puas hati.

Azman ~ Pepatah melayu pun ada tentang benda ni kan.. tak kenal maka tak cinta.. ^^

Aizamia ~ Saya akui la, masa saya bergurau tu, mungkin tak kena masa dan tempat, tapi slalunya saya tak pernah ditegur spt yg dibuat pda hari itu. Tersentap, terus senyap, terus balik pda perangai asal,hahaha
Tinta Lana said…
Trah ~ Oh..lana terbalik..lana rasa, lana seorg yg suka bergurau bila dah lama kenal, cuma agak serius bila bekerja, buat asgmnt suma. Takpa, nak luahkan panjang lagi pun bleh trah,hahaha. Hurmm..kita tak bleh puaskan hati semua..

Nurdani ~ Rasa serba tak kena kan dani, hehehe. Sebab kita buat bukan lahir dari hati, rasa terpaksa je.

Zati ~ Why so serius? lagu SHINee? ekekeke. U too zati, keep smiling, ;)
Tinta Lana said…
Lina ~ Peramah..urmm,tu pun persepsi gak tu lina, baik ko hati2, nanti ak tak ramah macamna?hahaha. Yup, kalau takda apa nak kata, better diam dari bersuara.

Cik Azz ~ Ya ke kak.. sabar je la ya.. :) Saya tahu ada yg tafsir peribadi kita melalui raut wajah..tafsir ok lagi, tpi tak pernah cuba rungkaikan betul ke tidak tafsirannya, tu yg tak best,huuhu

Teena ~ Ah, lana pun last2, diam jelah..janji keja jalan,hehehe
Tinta Lana said…
TK ~ Ko bukan sombong, ko pengarut terhebat dekad ini,keh3

Hana ~ Aha, lana faham hana. Memang ada org raut muka sombong, ada juga yg jenis muka senyum kan. Tak senyum pun, tpi still nampak mcm tersenyum aje kejanya,hehe.

Tasya ~ Wa'alaikumusalam tasya. Ini mesti baru lepas mam kepci,hik3. TQ tasya.. :)
Tinta Lana said…
S.K.A ~ Takpa, tak gurau pun takpa,hahaha. Aah..bila kita peramah, diorg ckp kita bnyk mulut plak..apa pun tak bleh,heh3.

Fauzli ~ InsyaAllah.. tq polie.

Wirda ~ Wa'alaikumusalam kak wirda. Bagus kak, ada prinsip sendiri, tertarik dgn kenalan dialam maya tu. Saya pun, cuba melatih diri, cuba untuk tidak bagi penilaian pada mana2 blogger hanya sekadar melalui penulisannya. Kadang2 apa yg cuba disampaikan lain, tpi kita yg membacanya pula, bila mengikut emosi kita, ia jadi lain pula maknanya..
Tinta Lana said…
Duniafana ~ Tq fana, ringkas dan padat :)

Aleasara ~ Wa'alaikumusalam kak lea. Itulah kak..dulu saya tak reti sgt benda2 camni, ikut je rentak org lain.. Dah lama skit, baru la pandai nak ikut rentak sndiri,hehe

Etuza ~ hehe, mana ad prasan uncle, rasa betul dah tu.. :)
Tinta Lana said…
CK ~ Kita boleh, jadi yg bukan kita..untuk kearah kebaikan. Cuma mungkin jalannya sukar.

MimeMF ~ Aah weh, knapa eh..mmg salu nampak negative je dulu,huhu. Ko pun pernah kena label ea.. sabar je lah,hehe :)

Timi ~ Tq brotimi.. hehe.
Tinta Lana said…
Aida ~ Tegas nya,hahaha. Baik aida!

CikYaya ~ macam yaya je?hehehe. Betul la tu dua pepatah tu, don't judge d book by it's cover & tak kenal maka tak cinta.. Memang salu jadi camtu kan.. ^^
ieta said…
Tu pasal arwah emak pernah kata "jgn nilai org dr pandangan pertama...." pehtu, bukan mudah nk ikut je sume kehendak org. So, jadilah diri sendiri :)
lynndamya said…
haha betul, aku mmg sombong, tp once bila aku dah start berkawan, aku agak gila...eh, gila-gila..haha, kau tgk aku komen kat blog kau ni, serabut j kan aku...excited je xmemasal, hahaha

Popular Posts