Persiapan Masuk UiTM

Saya kongsikan sedikit tips berdasarkan pengalaman. Tips ini sesuai untuk lepasan SPM yang bakal sambung pelajaran di UiTM dan juga universiti lain. Jika memerlukan penjelasan lanjut, boleh utarakan persoalan diruang komen.

1. Sijil, IC, Surat Beranak, Buku Akaun Bank dan lain2 Dokumen Penting.
Sila bawa, simpan dan jaga dengan baik perkara diatas. Bawa yang ori dan salinan (copy). Seeloknya simpan semuanya dalam satu fail khusus.

Anda bakal dan akan gunakan segala diatas untuk banyak perkara, dari masa ke semasa sepanjang tempoh pengajian. Lebih2 lagi semasa disemester pertama (Cth: Untuk tujuan proses pinjaman pelajaran spt PTPTN, untuk pelbagai proses pendaftaran dll).

2. Pakaian Yang Perlu Dibawa
Tips pakaian ini secara amnya merangkumi minggu orientasi dan semasa proses belajar sepanjang semester, termasuk aktiviti2 luar. 

Baju - Bawa baju formal, biasanya baju kurung (untuk perempuan), kemeja, t-shirt berkolar dan tidak berkolar, blouse, baju melayu (untuk lelaki). Baju yang dipakai bergantung pada situasi dan aktiviti ditempat belajar anda nanti. Mungkin ada hari khusus anda perlu memakai baju formal, hari lain boleh pakai t-shirt saja. 

Seluar - Bawa seluar slack, jeans dan seluar sukan yang sesuai.

Kasut - Kasut bertutup, sandal (untuk bersantai), selipar (buat pakai ke tandas) dan sport shoes.

Seeloknya, pastikan pakaian yang dipilih adalah longgar, selesa dan sederhana dari segi design, warna dan coraknya. Digalakkan membawa pakaian berlengan panjang.

Untuk lebih selamat, pemilihan warna yang digalakkan adalah terdiri dari warna2 asas spt hitam, putih dan biru korporat. Pastikan, baju, seluar dan kasut anda ada salah satu warna asas ini.

Yang lain2, seperti tudung, tuala, stoking, bahagian dalam2, itu terpulang pada anda. Saya berkongsi yang asas sahaja.

Comments

Mime MF said…
ha tips penting ni..kalau tertinggal mmg payah..tmbh² dokumen penting..huhu
Tinta Lana said…
Mime ~ aah, dokumen2 mmg penting. Kalau rumah dekat, senang nak contact family kalau ada masalah tertinggal borang ke apa. Dah kalau dapat tempat belajar jauh dari rumah,huhu.
Orientasi sy tak pernah pegi pun hahahahhaa
Teena Tna said…
Nk tmbah lg tips : Untuk elakkan bonet kereta penuh, better bwk brg yg perlu jer, next holiday baru bwk brg yg nk dibawa.
Mek Onie said…
semoga semangat baru datanggggggggggggggggggggg,selamat belajar :D
cik natasya (: said…
wahhh . good tips sys lana . nanti senang tasya nak masuk u (in shaa Allah dapat) . tak sabar ! :D
IMA SALSUZAIMA said…
wah complete.. yang dalam2 tu bawa la jangan la bawa yang gambar sailormoon pulak ek. ekekeke
Kidding :p
Unknown said…
hehehe....yang asas tu sangat penting....pastikan fizikal dan mental pun bersedia...hehehe
Latifahzainal said…
tips yg berguna utk adik2 yg akan smbg belajar..
Yaya Mohd said…
salam

tips yg bgus utk peljr2 yg bakal msuk u ni..^_^
Unknown said…
Kalau buat salinan untuk perkara no.1, sila buat banyak2 untuk persediaan awal. Pelajar akan banyak berurusan nanti. Jadi jangan bawa 'cukup-cukup makan' saja :)
Tinta Lana said…
AIS ~ Ya ke ni..hahahaha

Teena ~ Ha, betul tu teena. Bawak yang penting je dulu. Nanti, bila dapat cuti, baru bawak yang lain2.

MekOnie ~ InsyaAllah.. :)

Tasya ~ Akak doakan tasya dapat ek,hehe,insyaAllah.

Ima ~ hahaha, sailormoon ke, pokemon ke, yg penting bawak. Lau tertinggal, takkan mau pinjam pokemon org lain?yewww,hahaha
Tinta Lana said…
Azie ~ Betul tu azie. Mental lah sbnrnya, yang ini, kena banyak muhasabah diri, ingatkan diri sendiri ttg niat masuk universiti. Sebut pasal fizikal, bawak juga bekalan ubat mcm panadol, krim berubat etc. Lagi2 yg memang ada masalah kesihatan, bawa bekalan ubatan sendiri.

Latifah ~ Harapnya begitulah, semoga tips pendek ini dapat membantu yg bakal sambg belajar.

CikYaya ~ Wa'alaikumussalam yaya. ^_^

Tia ~ Ya, betul tu dear. Buat salinan banyak2, memang tak rugi. Sebab memang akan digunakan nanti untuk mcm2 urusan kan.. :)
Unknown said…
nice tips..utk adik2 yang bakal masuk ke UiTM..hehe..
tapi yang paling penting tu yg benda2 asas dalam point pertama la..
yg ke2 tu pinjam2 roomate o dormmate pun tak apa..hehe
Aimacomel said…
org perempuan kalau boleh nak dibawak satu rumah pergi masuk U. Org lelaki paling relax. Kalau boleh satu beg sandang pun dah cukup (macam adik lagi saya, bila tanya semua pun tak payah katanya) Aduhaii. Thanks lana utk entri ni.
Unknown said…
Selamat belajar..:)
Azhafizah MN said…
tips penting ni nak masuk UiTM..UiTM dihatiku..teringin lak nak furtehr study di UiTM lagi :)
Unknown said…
Lain la mindset lelaki ngan perempuan bab camni. Tanyala majoriti lelaki, kebanyakan sehari nak pergi U baru akan kemas barang. Takpun mak atau akak diorang buatkan - cam am haha.
||aLeaSaRa|| said…
bagus lana...kadang2 parents dah kelam-kabut nak manage time nak pergi ke uitm...apatah lagi kalau tempat tu tak pernah pergi.

yang bakal masuk uitm tu jangan harapkan mak untuk ingatkan itu ini kena bawa.kena ada to-do-list apa patut buat..apa patut bawa,dokumen paling penting.

p/s-->ikon komen sis lana kat atas tu senang nak nampak,so klik je dan komen..senang je.suka singgah blog lana he3.

ewanthology said…
sekarang ni kalau teringin nak apply pinjaman ptptn, kena bukak akaun sspn pulak dulu.
Anonymous said…
salam lana..

in sya Allah...parent sekarang ni kebanyakannya educated...dah pernah mengalaminya..jadi mudah untuk beri ingatan pada anak2...

mana2 parent yg tak tau tu...anak2 sendiri perlu beringat..boleh baca info di blog lana ni atau tanya kawan2...
Anonymous said…
pada calon2 yang berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat IPTA tahniah dari maklong.

Semak betul dokumen2 yang diperlukan supaya tak susah nanti.
hazwan hairy said…
rindu uitm merbok..tp surat tawaran ja lah ..xpegi pun..hukhuk
Unknown said…
kak lana, ini tuto nye ye :D

http://jusmanonline.blogspot.com/2013/01/cara-membuat-popular-post-cantik.html
Tinta Lana said…
Nana ~ Betul nana, baju boleh dipinjam, Sijil n ic? mana nak pinjamnya,hehehe

Baby ~ Sama2..tapi baby..dalam kes lana..adik lelaki lana yg bawak barang mcm nak terus duduk kat tmpt dia blajar (T___T)

Embun ~ Selamat belajar..utk semua,hehehe

Tinta Lana said…
Azhafizah ~ UiTM Dihatiku..skrg ni, UiTM pun dah ada lagu baru..huhu. Sama la kita, teringin nak jejak lagi as a student kat sana..

Arham ~ Sian mak n akak am..eh?hahaha. Macam adik lana, pandai gak dia kemas sendiri2.tpi terlebih pndai pun ada rsanya..semua benda dia nak bwk,huhu

Aleasara ~ Betul kak, mcm sya lah juga dulu, tak pernah smpai arau.. berdebar je buat persediaan tu. Saya rasa, skrg dah bnyk sumber yg bleh kia rujuk. So, takda masalah sgt kot utk yg bakal sambung blaja ni. P/S: TQ akak,hehe.
Tinta Lana said…
TMM ~ Aah..bnyk benda nak kena buat.

Wirda ~ Wa'alaikumussalam kak wirda. InsyaAllah..saya pun rasakan macamtu juga..ditambah skrg ini bnyk sumber yg bkl2 student ni boleh dpt..so, saya harap, tips yg sedikit ini dapatla membantu mana yg perlu.

Maklong ~ Tahniah utk mereka semua. Mudah2an diterangkan hati utk belajar betul2.
Unknown said…
Persiapan masuk meminang macam mana pula. ehhh, lari tajuk. :P
Azwar Syuhada said…
Salam Kak Lana,

Bagus tips kak Lana ni buat yang nak sambung blajar naa.. Kalau tertinggal, meraung tak berlagulah jawabnya.. :)
Unknown said…
assalamualaikum..lana :)

apa2 pun dlm setiap urusan mcm ni..IC paling penting...kena pastikan sentasa ada...x tertinggal atau terlupa...klu tak memang masalah.

puteri kasih said…
pasti ramai students yang mencari tips ni. Kena pastikan barang keperluan semua ada. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang study jauh dari kampung halaman kan :)
Anonymous said…
In sya Allah lana...

Ilmu yg dikongsi membawa kebaikan utk kita di "sana" nanti andai dpt memberi manfaat pd org lain
Unknown said…
yup dokumen tu penting utk pelbagai urusan pendaftaran...nak lebih best bawak juga salinan fotostat yg dah disahkan dalam beberapa set....so nanti nak apply ptptn ke sng la takyah nak buat muka kesian nak mintak cop...haha
caliph shuriken said…
kdg2 diorg suka bawa bantal bucuk & teddy bear skali, kn ;p
NasQ said…
jangan lupa bawak seluar dalam lebih...
ary_lee said…
Tips nak dapat kerja ada tak? HahahahahaXD

Okie. Komen ary pendek2 je. sebab ary ngantuk waktu komen ni. Zasssss untuk tido^^

btw, missing you, my blogger buddy^^
Unknown said…
nak tanye..kalau die nak salinan spm boleh x bagi slip je..sebab sijil xambik lagi
Tinta Lana said…
@yuki sya

Salam.

Sya..yg tu akak kurang pasti dear.. Tapi akak rasa, better ambil sijil secepat mungkin, sebab banyak kegunaannya nanti.
Eimi Sukioka said…
Masa hari pendaftaran tu..pakai baju bebas ke?

Popular Posts