RSS Feed

Salah Guna

33

June 28, 2013 by

Saya tak tahu kenapa,
ada masa saya rasa kita salah guna perkataan seperti takdir, ketentuan, tawakal dan redha. 

"Dah tertulis inilah takdir hidup saya..."

"Semuanya ketentuan dariNYA.."

"Saya dah usaha buat yang terbaik, tawakal jelah lepas ni."

"Saya redha..mungkin ini yang terbaik untuk saya..."

Apa.. benar ke kita sudah berusaha sehabisnya?
Lalu bertawakal dan redha dengan apa jua yang ditetapkan olehNYA?

Lebih baik perkataan2 ini tidak disalah guna.
Bukan apa, nanti anda akan membiasakan diri 'bermanja' dengannya.

Usaha sudahlah sedikit, sekecil lalat.
Tapi ayat nak hebat "Saya dah berusaha, Allah yang tentukanNya."
No. That's not right.


33 comments »

Wirda Amir said...

assaamualaikum lana...

in sya allah...setiap orang mahu yg terbaik dalam diri dan berusaha..kalau tak guna perkataan2 tu dan tak beriman...maka lain pula jadinya...kekecewaan dlm hidup..kemurungan..ketidak puasan dan byk lagi "ke" yg negetif timbul dalam diri berbanding dgn sekadar bermanja...hehehe

jangan abaikan makan ye..kecuali sdg berpuasa...

kisah Si Dairy said...

kena kuat usaha untuk mendapatkan sesuatu..tak boleh mengaku kalah..

Tukang Karut said...

senang je kan, usaha tak berapa sangat lepas tu serah kepada Allah...

caliph shuriken said...

keempat2 tu mcm ayat dlm drama tv jaa kn ;p

aizamia3 said...

teruskan berusaha.. jangan mudah mengalah.. ;)

psstt: nak try CKT, mai datang umah.. ;)

kopi pasta said...

sebab itulah, manusia dipanggil manusia. terasa cukup padahal tak cukup lg.

trah zain said...

beribu alasan dicipta kalau dah diri tu tak nak, memutar belitkan ayat u kepentingan sendiri, lagi2 bila ayat yg berkaitan g=dengan keagamaan, na'uzubillah, Allah dah suruh usaha, usaha, usaha, baru la tawakkal dan redha... bila la kita nak maju...
(ayah selalu marah kalau kitorang malas, ayah saya garang,,hoho)

Nana Liena said...

betul juga tu..selalu juga saya fikir macam tu..abah saya pun sama mcm kak lana..huhu..tak kan kita nak pasrah ja..kena dulu buat sebelum apa2 terjadi..usaha lepas tu tawakal dan berserah..jangan sebulat2 bagi kat Allah ja..

reenapple said...

setuju.. :)

Azie Namico said...

salam lana...
itu perkataan sedapkan hati...sebab kita dah berputus asa...sebab tu ayat2 manja mcm nie selalu di salah guna kan...

hehehe..no ! that's not right...

Ayie Abas said...

assalamualaikum..lana :)

aah..memang selalu kata2 diatas disalah gunakan kearah kelemahan diri.

klu iman yakin yg benar pd Allah mantap...semua pemikiran salah itu x kan berlaku.

Badrina Ibtisam said...

Hmm. Mngkin ada jgk yg begitu.

Mmg Allah yg menentukan segalanya..
Tapi kita, as manusia yg sgt lemah dan tak perfect ni, kenalah berusaha bersungguh-sungguh.. lepas tu, berserahlah kpd-Nya.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Berusahalah, selebihnya kita serah kepada Allah.

Waalid Al-Marbawi said...

tabiat manusia yang sukar mengaku kelemahan diri...terima kasih atas ingatan..:)

aisya said...

hmmm.. bbetul jugak kan..

Asrul "iLham" Sany said...

bagi saya terpulang sebenarnya...asalkan jgn menyusahkan orang lain dikemudian hari sudehhh

||aLeaSaRa|| said...

tak tau nak komen apa,dah sebab pendapat sama je macam kawan2 kat atas he3..

~ Cik Azz ~ said...

Kadang2 ada juga manusia yang jenis malas nak fikir panjang.. Just follow the flow...


Biarlah masing2 dengan cara dan ideologi masing2 asalkan bahagia dan tidak mengganggu kehidupan orang lain..

*Penat la nak fikir semua ni.. :)

puteri kasih said...

yang penting kita usaha, kalau tak berjaya..terus usaha lagi. Never give up :)

Mime MF said...

don't give up...ayat tu kena tanam dalam diri..memang Allah yg tentukan..tp itu berdasarkan usaha hambanya...InsyaAllah..cepat atau lmbt rezeki Allah tu luas..:)

Tinta Lana said...

Wirda ~ Wa'alaikumusalam kak wirda. Saya faham apa yang akk sampaikan.. :) cuma..knapa..tiba2 jgn abaikan makan kak wirda? hehe. Sebab sy lewat lunch ritu ek? hik >_<

SiDairy ~ Ya dear.. kita kena betul2 usaha habis2an. Berblog pun sama, tak bleh mengaku kalah..tetiba je kan,keh3

Tinta Lana said...

T.Karut ~ Ada orang macam tu kan, senang2 je nak berserah. Usahanya ciput, kemaheng berserah.

Caliph ~ hek, pandai awak caliph :D

Aizamia ~ Yup, jgn mudah mengalah.. Ok kak, tawaran CKT tu terbuka sepanjg masa kan? hee ;)

Tinta Lana said...

Kopi ~ Maksud ko, rasa usaha mcm dah cukup, tpi sbnrnya, cukup2 mkn je kan?

Trah ~ Ayah kita jrg mrh, tpi garang melalui sinar matanya,hohoho. Itula yg lana maksudkan trah, memutarbelitkan ayat untuk kepentingan dan kesenangan diri sndiri. Bahaya, sebab untuk jngka masa lama, kita nanti galak guna tanpa berbuat apa2.

Tinta Lana said...

Nana ~ Sebab akak prasan..sekarang org suka sgt guna perkataan2 tu..sekadar untuk membenarkan apa yg mereka dah buat.. Sedangkan kita sbg manusia disuruh berusaha.

Reen ~ :)

Azie ~ Wa'alaikumusalam azie. Ayat tu tak manja zie, kita je yg duk manja dengannya >_< hehehe, yup, no, that's not right ^^

Tinta Lana said...

Ayie ~ Wa'alaikumusalam wbt. Jika iman yakin benar pda Allah mantap, semua pemikiran salah tak berlaku.. tq ayie :)

Badrina ~ Iya rina, kita memang disuruh berusaha. Memang DIA jua yg tentukannya, cuma kita tnya balik pda diri, kita betul2 berhabis dlm usaha atau cukup mkn saja.. ^_^

Tinta Lana said...

MakLong ~ Terima kasih maklong :)

Waalid ~ Sama2..ingatan buat lana gak waalid :)

Aisya ~ :)

Tinta Lana said...

AIS ~ Aha, tu pun kena pndg jugak.. berani buat, berani tanggung.

Aleasara ~ Comey je kak lea, hehe ^_^

CikAzz ~ Aha, betul kak azz, terikut2 pa org lain buat.. org lain duk ckp mcmtu, kita pun ikut sama.. Errk, dah penat ke kak?hehehe

Tinta Lana said...

Puteri ~ Betul tu puteri.. never give up, satu hari nanti pasti ada hasilnya :)

MimeMF ~ Ya mime, rezeki Allah tu banyak cabangnya. Ada org, rezekinya cepat, ada yg lambat.. kita sbg hamba, berusaha selagi ada kemampuan, Allah pasti melihat apa yg kita buat. Kalau balasannya bukan didunia, sudah tentu diakhirat sana :)

Hatimi Tahirruddin said...

tawakal bila dah usaha sehabis baik...tapi kalau gagal tu maknanya kita dah ditakdirkan yg usaha kita tu tak mencukupi...oleh itu kita redha la dgn keputusan yg kita terima....hehehehe

sy paham maksud lana tu jgn jadikan takdir, pasrah, dan redha tu sebagai alasan utk tidak mahu berusaha....tapi ni utk yg belum terjadi je....yg dah terjadi tetap telah ditetapkan....kita boleh cuba improve lagi next time....yg lepas takleh nak rewind...

Cik Yaya said...

berusha sedaya upaya,sehabis daya mungkin..lakukan yg termampu oleh diri..

Aida Ismail said...

Kadang2 kita rasa kita dah usaha sehabis baik. Orang lain je tak rasa macam tu.

baby comel said...

menyerah bukan beerti kalah.. pasrah pun bukan beerti tewas. Kadang2 kita diuji, dan mungkin ujian itu membawa satu lambaran baru utk kita,

lynndamya said...

betul, klw nk guna biar kena dgn perlakuannya...rangkap last kau mmg aku setuju sgt2

Powered by Blogger.