Couple Seminggu

Tengok dari satu sisi, apa yang berlaku pada seorang adik yang baru couple seminggu ni, memang kelakar. Saya cuma baca dua status saja berkaitan isu berkenaan, videonya pun belum ditonton.

Di sisi lain, kita tanya diri kita pula.
Lebih2 lagi, kita yang lebih tua dari dirinya.
Apa yang kita dah buat dan apa yang boleh dibuat untuk generasi muda sepertinya.

Tentunya apa yang sudah berlaku, memberi kesan mendalam pada dia dan orang sekelilingnya.

Tidak mustahil, perkara sama boleh berulang dalam kalangan keluarga terdekat kita.

Comments

aizamia3 said…
Tengok pun sepintas lalu video dia tu + parody yang dibuat oleh pelbagai version.. tu tak masuk dalam blog dia lagi.. kesian pulak dengan situasi yang dia hadapi.

Moga dia jadikan pengajaran dengan apa yang telah berlaku.
mrpolie said…
Mmmm... apa2 pon pengalaman ni akan membuatkan derang lebih dewasa...
Unknown said…
sy tak sanggup nak tengok video tu sampai habis.

Kesian jugak kat adik tu.. dihentam teruk.. patutnya sbg org yg lagi tua nasihat la elok2, bimbing dia.. tapi.. hmmm..

mudah-mudahan dijauhkan perkara2 yg mcm tu.. huhuhu
fana.akim said…
yup!betol tuh..bukanla bermakna sokong dgn tindakan die..cuma kite sebagai org lebih dewasa bagi peluang kat dia, tegur dengan cara berhemah bukan dengan kutukan :)
Unknown said…
rasa lawak sangat bila tengok video dia tapi bila dah lama2,malu itu mula muncul..^_^
nurdani said…
zaman teknologi. dulu pun ada yang upload kat youtube fasal rasa sayangnya dekat kekasih hati dia. sekarang adik puteri tu pulak. harapnya apa yang berlaku tu jadi pengajaran. cuma sesetengah orang ni suka hentam daripada tegur cara elok.
Athirah said…
kesian kat budak tu, tetiba jadi famous sebab video tu,,, macam2, doa yang terbaik je la buat dorang..

p/S
akak, header dh pasang,,hehe.... thanks akak (^__^)
ary_lee said…
Alamak.. No komen lah lana sebab ary pun ada troll kan budak tu gak= ="
puteri kasih said…
puteri tak faham kenapa ramai yang nak mengutuk adik tu..siap berparodi bagai. Kalau anggap diri dah sempurna, berilah nasihat dan tunjukkan tauladan yang baik. Betul tak lana?

Mungkin hari ni adik tu buat silap..entah esok lusa kita pula yang buat silap.
NasQ said…
agak2 la... budak2 lagi pun...
Unknown said…
assalamualaikum kak lana.

hehe. tia dah tengok videonya. lepas tengok, tia lebih kepada rasa kesian. kesian pada empunya diri dan keluarganya.

rasa nak menangis pun ada. terfikir. inikah generasi muda kita sekarang? ALLAH :'(
caliph shuriken said…
sama laa, sy blom tgk lagi vc budak ni, huh...
Zawiah said…
saya cuma baca ulasan entry blogger jer . klu nak tgk video tu krg sudi . nanti kuota cepat habis ...
Fais-SKA said…
kalau bnda yg Allah xsuka..msti Dia tegur melalui hambaNya..tgoklh, kn da malu adik 2..ntahlah bdak2 zaman skrg ni..hu3..pelik pn ada :D
Teena Tna said…
Rasa kesian pun ada kat budak tu, patutnya kita yg dewasa ni nasihat baik2 bukan kutuk semata-mata.
Unknown said…
betul tu kak.. sy tgok terlampau byk sgt manusia yg bg nasihat kat budak tu seumpama dorang xpernah buat kesalahan. biasalah tu kak.. dia mungkin belum matang lagi. tu yg buat tindakan terburu-buru.

tp jujur sy ckp, byk sangat perbezaan budak remaja zaman sekarang, dengan zaman sy. kalau dlu mmg la still ada cintan cintun, tp xde la smpai gitu gayanya. takat buat surat cinta siap letak bedak kasi wangi, selit dlm buku si dia tu ada la.

adik sy ada lg 2 org. dua2 perempuan. takut kalau dorg berdua terpengaruh sgt dgn benda2 xelok. mintak2 dijauhkan. amin...
Sop said…
terus popular adik tuh hehhe
mana silap kita?
Unknown said…
tengah hangatkan sekarang?

kesian pensil tengok dia. tapi tulah, manusia bukan kita boleh menghalang, menegur je mampu.
Anonymous said…
assalamualaikum lana....

ini hanya sekelumit dari kisah yg banyak berlaku sebenarnya lana...

akakpun tak tau nak cakap apa...banyakkan berdoa utk kebaikan jenerasi kita di masa akan datang...

mana videonya...?akak ada tgk kat fb kisah nih...
Khamsi Abdullah said…
Satu perkataan je saya boleh cakap..kesian
Unknown said…
Apa nak jd anak2 bangsa sekarang ni :(
Unknown said…
salam lana,
kecoh pasal video budak nie..azie pun turut tengok jugak...lawak lah sebenarnya...
YanaKhai said…
hhahaa video die ak xtgk tapi parody bobo ak tgk...sumpah nak lempang...huhu... ak pnh je kapel seminggu tp xtergamak lak nak buat video...bhahahaha...
dah tgk da sampai habis. dia pon ada buat explaination dia kat blog dia. bagi sha, setiap org pasti ada mmbuat kesilapan. apa slhnya kita nasihatkan dia, doa yg terbaik untuk dia daripada dok ngutuk, hina dia. tak gitu? kesian dia. sha tgk yg buat parody tu lagi terok lg dr yg asalnya. ish3.
Aida Ismail said…
Aida tengok ramai yang suka bash dari nasihat elok2. Kalau jadi kat family kita macam mana? Ada fikir tak? Sigh..
Unknown said…
biasa orang yang konon2 'hidup lama' yang duk bash ni cakap besar..mengumpat..huhu. kalau nasihat walaupun bahasa keras skit itu tak apa.. jangan sampai keluar kata kesat..itu naya.. mana la tahu kita kutuk2 orang tu tiba2 kena batang hidung sendiri.. uhuhu

btw..salam Ramadhan kak Lana ya
Mime MF said…
zmn serba canggih ni makin senang org nk cr salah kita...so kn lah berhati² bila nk bt sesuatu yg melibatkan teknologi..kn igt byk yg kaki condemn kt luar sn...huhu
Chic Na said…
cikna tengok video tu.. memula mmg tergelak jgk tp bila tengok dia teruk kena hentam mcm kesian pulak. doakan yg baik2 je utk dia.
Aimacomel said…
yg baik kita ambil, yang buruk jadikan tauladan. jgn kita ulang. saya xmampu nak menghukum, cukup lah saya memahami. adik tu budak, moga dia besar dan dia jadikan pe yg dah berlaku tu sbg pengajaran hidup dia.
Tinta Lana said…
Aizamia ~ Saya satu pun tak tgk lagi kak..blognya pun tak singgah..Sbb msa mula2 tahu, sy ingtkn benda ni tak diperbesarkan smpai thp camni. Bukan dia je kak, harap kita pun ambil pengajaran juga.

Fauzli ~ Betul tu polie. Dan sebenarnya, dia buat tindakan yg betul bila meminta maaf ats kelakuannya.

Aisya ~ Lana taktau sejauh mana dia dihentam aisya, tpi based on apa yg adik lana bagitahu, memang terukla juga nampaknya.
Tinta Lana said…
T.M.M ~ Bahana bila tidak pandai mengawalnya.

Fana ~ Itulah.. ramai tok guru sekarang..eh,heh3. Tegurla pelan2..sesuai dgn umur adik tu, baru belasan tahun.

Azie ~ Sebagai perempuan, terasa juga tempiasnya, huhu.
Tinta Lana said…
Nurdani ~ Bila membiarkan teknologi menguasai diri..inilah hasilnya dani. Pengajaran untuk lana gak sbnrnya. Setiap kita ada tugas untuk saling mengingatkan n menasihati org sekeliling kita.

Trah ~ Famous seantero malaysia trah,huhu.. semoga apa yg berlaku menjadi satu pedoman n kenangan buat dia.. akak dah tgk, pendek skit dari lebar blog trah..hehe. Sama2 sayang.. ^_^

Ary ~ Oh tidakkkk, hahahaha
Tinta Lana said…
Puteri ~ Lana tak faham, kenapa susah payah nak buat parody. Nampak nau takda benda lain nak buat. Setuju dengan pandangan puteri. Kita tak tahu bila pula kita tersilap langkah.

TK ~ Sebab tu lah tk patut dikasihani..

Tia ~ Wa'alaikumusalam wbt. Oh..tia pun dah tgk..Akak tak tahu la camna perasaan org tuanya tia. Hrp2 ibubapa dia tak melenting, pada usia macam dia lah, peluang untuk melakukan kesilapan tu banyak, terbuka luas. Pada usia begitu, semua benda nampk menarik. Harap ibubapa yg ada anak2 usia sebegitu, lebih dekatkan diri dgn anak2 sbg shbt.

Caliph ~ Tak yah tgk la awk,hehe

Zawiah ~ Saya pun, hanya baca dua ulasan dari dua blog berbeza. Tak berminat untuk mengetahui yg lain2nya. Cukuplah ambil iktibar yg perlu saja.
Tinta Lana said…
SKA ~ Itulah yg dinamakan cash dari Allah. Eceh, pandai2 je aku,hehe. Maksud lana, lebih baik kita ditegur Allah secepatnya, berbanding terlalu lama hanyut dek arus dunia.

Teena ~ Betul. Berilah nasihat yg membina, jangan menuding jari saja.

Faridah ~ Bagi akak la ida, mana2 zaman pun, isu cintan cintun ni ada je. Cara je berbeza. Dan skrg ni, zaman teknologi, dah tntu cara yg diguna pun sesuai dgn teknologi yg ada skrg ni. Cuma adik itu tersilap langkah. Terburu2 pun ya juga. Bila kita tgk pda sudut lain, apa yg berlaku mengingatkan kita, supaya kawal apa yg kita nak kongsi disosial media. Terlebih berkongsi, parah jadinya.
Tinta Lana said…
Sop ~ Kalau cari mana silap kita, banyak abgsop, huhu. Yg baik jadikan teladan, buruk sbg smpadan :)

Pensil ~ Kita boleh usahakan kejadian sama tidak berulang untuk orang2 yg seterusnya. Tapi, benda dah berlaku.. tegur dan nasihatkan jelah..

Wirda ~ Wa'alaikumusalam kak wirda. Betul kak, banyak je lagi kes sbnrnya. Saya pun takda link videonya kak,huhu. Maybe akak boleh cuba taip video couple seminggu ke.
Tinta Lana said…
Rosliza ~ Tq singgah kak ros :)

Khamsi ~ Nasi dah jadi bubur khamsi..

CK ~ Setiap kesilapan mengajar kita menjadi lebih baik cikgu..harapnya begitulah.. :)
Tinta Lana said…
Azie ~ Wa'alaikumusalam. Lawak ke zie..huhu. Ala..lana belum tgk..mls nk tgk,ekeke.

MizzYana ~ Ko nak lempang sapa? bobo? keh3. Ko ni yana, pe kes citer ko kapel sminggu lak,ahahaha

Sha ~ Yg buat parody tu..lana tak tahu nak ckp apa. Yg asal pun tak tgk, apatah lagi nak tgk parody. Ya sha, stiap manusia pasti pernah buat kesilapan. Kita takkan boleh lari darinya.
Tinta Lana said…
Nana ~ Penyakit 'budget bagus' ni makin kuat melanda dlm msyrkt moden skrg ni nana. Yg 'hidup lama', yg baru nak hidup, semua ada wabak ni. Sebab ada medium mudah untuk wabak ni cepat merebak, medium itu, social media. Ya, salam ramadhan n selamat berpuasa gak ya nana :)

Mime ~ Betul, ak kalau menulis kat blog pun, brapa kali edit entry,huhu. Pastu baru publish. Silap skit, yg kondemnya ramai. Hati kalau tak kental, boleh parah jadinya.

ChicNa ~ Doakan juga untuk kita ni cikna..

Baby ~ Ya baby, apa yg berlaku, dah pun berlaku. Ada baik buruknya yg boleh kita ambil untuk diri kita dan org sekelling kita. Semoga apa yang berlaku menjadi pedoman buat diri dia terutamanya, dan semakin matang dalam bertindak.
Cendol said…
salam , lana :)

memang budak tu kene hentam teruk.ntah mcm mana lah hidup dia.haha.tapi kan,agak singkat fikirannya di situ,baru seminggu dah janji setia hujung nyawa..mcm2 budak2 zaman skrg ni..mintak simpang je la..

budak tu pun dah tobat dah tu.inshaAllah dia akan berfikiran lebih matang..hmm
Ooh Deo said…
Makin dekat/rapat/canggih teknologi makin hebat kita boleh lihat peel budak2 baru nak naik.. benda2 macam ni berlaku je zaman2 sblm mereka Lana, cuma xde medium canggih dan mudah seperti sekarang untuk expresskan apa yang mereka mahu, apa yang mereka nak 'jeritkan'

Kalau video to still ada kat youtube dan jadi viral, kompem bila budak tu tua sok malu menangis barangkali..
||aLeaSaRa|| said…
erkkk video apa lana?kak lea tak tengok pun,tapi dari komen kawan2 kat atas ni macam dapat agak je apa berlaku he3..
Unknown said…
kesian kat adik tu...apa2 pun dia sekarang dah femes...hehe blog pon dapat byk trafik....semoga kes ni jadi tauladan utk semua....

Popular Posts