Harga Diri

Setiap manusia ada harga diri.

Sekalipun dia berperangai keji,
teguran biarlah secara senyap, tidak "berbunyi".
Sunyi, tapi masih boleh didengari.

Jangan buka aibnya, jangan malukan dia.
Dikhalayak ramai manusia.

Dia juga manusia. Punya ego dan cita-cita.

Siapa tahu, dalam egonya yang tinggi itu, dalam dia tidak tahu malu,
Jauh nun disudut hati, dia ada kemahuan untuk berubah.

Comments

Unknown said…
Benar tu.. sekali kita buka aib orang pasti suatu hari nanti aib kita juga terbuka dengan sendirinya.. Nauzubillah..
Anonymous said…
Dinda...kanda datang blk ke sini...

Menegur biar dgn cara yg berhikmah..jgn fikir kita sempurna sehingga blh menegur org ikut suka..

Ego dgn harga diri tu dua perkara berbeza..ada org pertahankan ego yg disangkakan harga diri ...org yg mcm ni lah yg susah nak ditegur..wallahualam....
Lelaki said…
insyaallah...tapi biasala manusia.
Cik Azz said…
Senang cakap, don't judge a book by it's cover..

Lumrah alam, manusia memang suka jadi hakim di mahkamah sendiri..

Nak cakap banyakpun tak berani.. Takut nanti kena balik kat diri sendiri.. huhuhu..
penaberkala said…
kerana hati manusia milikNYA
Bila-bila masa boleh berubah
Nurul Syuhadah said…
betul tuh

Manusia itu bukan sempurna,
Kesilapan itu perkara biasa
Tp kita punya saudara
Yg mampu menegur tapi hati tak terluka. :)
Nazif Razak said…
mohon singgah dan follow. terima kasih =)

http://nazifhakim.blogspot.com/
setuju !!! jika kita jaga aib orang , Allah jaga aib kita
yups...no no no jgn buat org mcm tu...nanti aib kita Allah yg akn buka kan kan kan
erm... setuju tu.. harga diri perlu kita jaga kan lana, sekali tercemar akan jadi kenangan buat orang lain....
Khamsi Abdullah said…
orang biasanya mudah menghukum dari menegur
betul, sejahat mana pon org tu, jauh di sudut hati pasti ada kebaikannya. kalau org tu nk berubah berilah sokongan, buka hinaan. kan lana. insyaALLAH :)
Hazmin Hamudin said…
Nak tegurpun ada caranya kan.
Kalau tak kena cara tu yang boleh bergaduh tu.
Eiqa Almond said…
Suka laa baca ayat dalam entry2x Tinta Lana niee..
Ringkas tapi penuh makna..
Tinta Lana said…
@Wirda Amir

hehe, thank you kanda ^^ Saya ada baca sebuah buku prof dr. muhaya..mcm yg akk sebut, ego dan harga diri/maruah dua perkara berbeza. Ramai org sangka dia pertahankan maruah, tapi yg dipertahankan ego sebenarnya.
Tinta Lana said…
@~ Cik Azz ~

Hakim dimahkamah sendiri..
Tinta Lana said…
@penaberkala

Aah..bila2 boleh berubah krole..
Tinta Lana said…
@Nurul Syuhadah

Cuba cari seorang yg boleh tegur kita, dan kita mampu terima tegurannya..insyaAllah, hidup lebih terjaga.
Tinta Lana said…
@Aku Penghibur

Simpan diam2 ya aib org lain.
Tinta Lana said…
@Liza Izara Fazriel Fahmi

Hidup ibarat roda..kenakan org, lambat laun kita pula terkena kan liza..
Tinta Lana said…
@Norhasniza Khalid

Jadi kenangan ok lagi..jadi kebencian camna kita nak hidup nanti..
Tinta Lana said…
@Khamsi Abdullah

Bak kata kak azz, banyak hakim dimahkamah sendiri.
Tinta Lana said…
@sha (chirp chirp)

Bukan ke setiap org asalnya berwarna putih.. :)
Tinta Lana said…
@Hazmin Hamudin

Betul..takda siapa suka diterjah tak tentu pasal kan hazmin.
Tinta Lana said…
@Eiqa Almond

Suka ayat je ke..tuannya eiqa suka tak? ayt mintak pangggg (-_-)
Unknown said…
suka ayat2 kat atas....
hehe....
macam nak tuju kat someone...tapi abaikan je coz everything too late...hikhikhik.... :-P
Jie said…
Betul tuu Lana. Jangan main2 dengan harga diri ni, kalau tak arif, jangan judge sembarangan.
puteri kasih said…
Setuju sesangat dengan entri Lana ni. sejahat mana pun seseorang pasti dalam dirinya itu ada kebaikan. Dan sebagai insan yang tak sempurna..tak perlulah kita buka aib orang lain. Kerana belum pasti syurga itu untuk kita dan belum pasti neraka itu untuk mereka.
Chic Na said…
like! suka baca & banyak pengajaran disebaliknya. ;)
krole said…
sukanya baca ayat ni...moga jadi peringatan untuk kita semua...mohon share ayat..bule lana?
CD said…
betul tu.. jangan la kutuk2 sampai orang tu tak ingin nak berubah..
Tinta Lana said…
@Jie

Tapi..skrg kan ramai yg terlebih arif lagi bijaksana..
Tinta Lana said…
@puteri kasih

Lana suka ayat last puteri.. :)
Tinta Lana said…
@Chic Na

Sama2 mengajar, diajar dan belajar, hek3
Tinta Lana said…
@Nurul Farahizzati

I do believe, semua org nk berubah..tpi kdg2 ad org jenis nak hentam memanjang,smpai takut org lain dibuatnya.
Unknown said…
bab menegur ni mmg ramai manusia agak tak beradab sikit.. tegur la dgn lembut dan berhemah.. bukannya mcm nak canang satu dunia dia ni baik sebab tegur org.. kan? huhu
aizamia3 said…
eeemm.. kalau tak puas hati datanglah, jumpalah.. tegur dengan baik.. tapi kenapa lebih berani cakap2 belakang.. kenapa dicanang2 kat orang kalau tak tahu kisah sebenar..

Sedih dengan mereka yang bersikap macam tu.. :(
||aLeaSaRa|| said…
salam lana.hurm ramai yang tak takut makan 'daging' kat 'sana' nanti...

cermin diri sendiri sebelum kita sibuk2 nak aibkan orang,pahala tak dapat,dosa pulak bertambah,kan huuh...
Tinta Lana said…
@aisya

Entah..mcm dia sorang je yg paling baik didunia,eh,hahaha
Tinta Lana said…
@aizamia3

Mahu tak sedih kak..pernah kena..diorg ckp blkg..tpi tak tahu duduk perkara sbnr..
Tinta Lana said…
@||aLeaSaRa||

Wa'alaikumusalam. Diorang memang tak takut kak..kalau takut, mesti tak buat.
Cik Kay Jue said…
suka degn ayat terakhir entry ni kak..

nak tegur biar la antara kita dan dia je.. supaya dia tak rasa dimalukan tapi rasa disayangi...
Fais-SKA said…
betul 2 =) tegur secara baik adalah cara rasulullah..bila dah baik, pasti dia pn ok..silap2 terus berubah..
caliph shuriken said…
klau silap cara menegur kdg2 org berdendam dgn kita kn...

Popular Posts