"Itu pun tak tahu??"

Some people, bila kita tanya sesuatu, they tend to answer, "la ko ni, takkan itu pun tak tahu??".

Mungkin bagi kita soalan itu simple. Tapi tidak pada yang bertanya.
Kita pula rasa macam bagus dan anggap semua orang sudah tahu tentangnya.

Hakikatnya, masih ramai yang tidak tahu.

Ilmu yang kita ada, bukan tujuannya untuk mendabik dada.
Bukan juga untuk berlagak tak tentu hala.

Tapi untuk disebarkan kepada semua.
Sebaik-baik manusia, yang memberi manfaat kepada manusia lainnya.

Comments

Dzureen Darwis said…
Auch. Rasa nya macam selalu guna ayat tu, kena tukar ni hehe
nurdani said…
Kadang2 rasa tersentap jugak bila jadi macam tu sampai malas nak tanya lebih2. huhu
Teena Tna said…
Kalau ada org cakap cmni mybe sentap kot. Tapi untuk mengetahui ilmu itu, biarlah org nak cakap apa kat kita, janji kita dah tahu.
Unknown said…
Betul tu kak Lana. Terus malas nak bertanya da. Ilmu untuk di kongsi bukan sendiri2 =D
Jajas said…
mcm emo je lana...hehe
Unknown said…
hehe biasa la tu...tapi pepatah ada cakap jangan malu kalau nak bertanya....so walaupun kena perli sebegitu hebat org yg tak tahu haruslah menebalkan kulit mereka supaya mendapat jawapan yg dimahukan...

utk org yg suka cakap "itu pon tak tau" tu pulak semoga mereka boleh ubah perangai...maklumlah budaya kita ni kalau nak ajar atau menurunkan ilmu kena bawak pulut kuning + ayam golek...camtu la susahnya org melayu nak berkongsi ilmu...hehee...tapi zaman sekarang ni rasanya ramai org melayu dah mula suka berkongsi ilmu dah...
Chic Na said…
sentap la jugak kalau jawab macam tu. huhu..
Bahulu Studio said…
adat manusia...fikir2 benda2 yg mudah
walhal setengahnya tak semudah di sangkakan
As-salam
Tinta Lana said…
Dzureen ~ Auchhh, hehehe

Nurdani ~ Ada masanya kan..

Teena ~ Memang terasa. Betul. Lana melihat dari sudut pandangan orang ketiga.
Tinta Lana said…
HB ~ Jangan malas bertanya.. Tukar, tanya kat org lain pula, hehehe

Jajas ~ Ala jas..mcm tak kenal ak ko ni,hihi. Depends on you ^_^

Lelaki ~ Memang.
Botak said…
A: "macam mana nak makan nasi?"
B: :la ko ni, takkan itu pun tak tahu?"

biasanya pertanyaan pelik² atau umum je yang akan kena camni., tapi kalau pertanyaan berkaitan ilmu jarang rasanya kena camni.. :)
Tinta Lana said…
Hatimi ~ Brotimi pasti banyak pengalaman kan.. saya setuju dengan pendapat bro, cuma saya melihat keadaan ini dari sudut pandangan org ketiga.. saya rasa kalau yang berkata "itu pun tak tau" tu benar2 mksdkan apa yang dia katakan, bagi saya, agak berlagak juga. Bergurau lainlah. Eh, bawak pulut kuning n aym golek?lain dah tu,hahahah

Cikna ~ Kita yg tak terlibat pun rasa mcm..ishh2..

Mohd PK ~ Saya banyak jumpa situasi ini sepanjang berblogwalking.
fana.akim said…
totally agree!! (Y)
sebab ianya akan melemahkan semangat utk orang lain bertanya..aku sendiri pon kadang2 kalau nak tanya pada cikgu/lecture/fasi mesti akan fikir eh!seganlah..nanti orang cakap benda senang pun tak tau..adess.. tapi bila fikir2 balik.. biaq p la orang nak cakap ape kan..andaian je tuh.. kalau orang cina, takde pon nak rasa segan2 kan..respect betol kat orang berani cam tuh :)
Fais-SKA said…
betol 2 kak..ilmu pttnya dikongsi..kalau ada yg jawab cmtu..mmg xlyan da kot lepas 2..sombong btol jwpannya
yer, mama setuju dengan lana... ilmu wajar dikongsi... baru lah ngam!!
Fifi Nadhrah said…
itu pon tak tau.. rasenye pernah gune.. lepas ni kene elakkan la.. selalunye cakap untuk gurau2 je.. tapi hati lain2 kan lana..
Unknown said…
ayat tu akan keluar bila terkejut org tu tnya.. expect dia tau tp rupanya tak tau.. tp diri sendiri pun selalu jugak kena jawab mcm tu.. hehe.. tak kisah pun.. tp lain lah kalau nada org tu mmg untuk menunjuk..
Cik Azz said…
Sama tanya pokok.. :D

*Ilmu yang baik sepatutnya disebarkan tanpa perlu ditanya, bukannya dikongsi bila ada yang bertanya.. Kalau takde yang tanya, dok la simpan ilmu tu.. Lama2 nanti sendiripun tak ingat..

Dan blog salah satu medium untuk berkongsi ilmu yang baik itu.. :)

Unknown said…
assalamualaikum...lana :)

bila dah kena sound mcm tu serik la nk bertanya pd org tu lagi...sampai bila2 pun...

bertanya pd org lain yg sikapnya sedia mmbantu :)
NasQ said…
ala... kalau malu bertanya sesat jalan...
Qeela said…
betul, setuju dgn Lana, sometimes even bile dgr je pun jwpn cmtu boleh buat terase kan..tp takpelah, maybe care diorg ckp mmg kasar & tak sedar ayt tu boleh menyakitkan hati org lain..huhu..tp rasenye pastu mmg takde lg la kot nk tny kt org tu? hehe.
Tinta Lana said…
Botak ~ Secara umumnya ya. Tapi saya pernah jumpa, "mcmna nak printscreen" Haa, agak2 pertanyaan itu pelik tak? hehehe

Fana ~ Tengok keadaan jugak kan.. kalau kena sergah depan org ramai..terasa tu tetap ada jugak lana rasa.

SKA ~ Kalau niat mengusik, takpa..ada yg mengherdik.
Tinta Lana said…
Hasniza ~ Baru ngam ya ma..hehe :)

Fifi ~ Yup..ada yg sensitif fifi..

Aisya ~ Ada yang niat bergurau..ada yang garau n parau..eh,heh3
Tinta Lana said…
KakAzz ~ Aha, yg itupun betul juga..simpan ilmu sorang2, taknak share..lama2 berkarat jadinya. Yup, blog salah satu medium utk berkongsi ilmu.. ^^

Ayie ~ Wa'alaikumusalam Ayie. Yes, we always have a choice. Kalau ada pilihan, tanya org lain pula.
Tinta Lana said…
TK ~ Baik.. >_<

Qeela ~ Aah..tgk jugak personaliti seseorg tu..memang ada org jenis mcmtu..
Cik Kay Jue said…
ada juga kena macam ni.. buat slamber je tanya.. nak wat macam mana, mmg tak tau...
tak tny sesat pula nanti haha.. >_<
caliph shuriken said…
klau jenis org cmni sy x berminat nk tnya utk kali kedua.. skali tu jaa kot ;p
Ooh Deo said…
Ada seorang pakar Jualan cakap kan, bila org bertanya kita berusahalah jawab dengan baik, kita anggap sahaja yg dia seperti tidak tahu apa2 cuma jgn sampai buat dia seperti org bodoh..
||aLeaSaRa|| said…
meluat kalau kawan jawab macam tu.kalau kita tau sangat pun apa salahnya ,merendah diri.jawab je soalan kawan tu hah....
Unknown said…
Hahahaaaa....topik ni eyh...
Kalau akak pernah juga cakap kat org ...tp member rapat yg +- laaa... kalau yg sensitip tu takder laa..
cth ayat: apa la hang ni, yg tu pun tak tau? hang kata hang teraa...piii raa..." (ada tiru ayat drama sket...hahaa)
Haa..kejam punya ayat...tapi itu dulu laa...
Skang tak dah...tapi klau jumpa geng balik mejadi laa...

Memang terasa la kan...tambah pulak klau kita mmg perlukan input tuh, 1st time plak..tetiba kna sound gitu...
Aisehh..klau akak mmg mkn dalam..tapi terima jelaa..." aku mmg tak tau"...

Popular Posts