Novel Ramlee Awang Murshid

Peminat novel tempatan tentu mengenali empunya nama pada tajuk yang tertera.
Ramlee Awang Murshid juga diberi title sebagai Novelis Thriller No.1 Malaysia.

Saya bukan peminat novel pada asalnya.
Saya lemas, tajuk2 novel kebanyakkannya pasti ada perkataan 'kasih', 'sayang', 'cinta', 'rindu'.
Melentuk saya dengan tajuk2 sebegitu,hehe.

Beberapa hari sebelum sambung study, saya singgah dikedai buku.
Nampak satu tajuk, "Semangat Hutan".
Urmm..lain bunyi. Saya terus beli.
Lepas itu, tak toleh belakang lagi. Saya semakin kerap membeli.

Itu cerita 5 tahun lalu. Sekarang dah banyak hasil karya tempatan yang baik dan bermutu.

Anda peminat novel?? Share dengan saya tajuk novel dan penulis novel yang diminati :)

Karya ramlee awang murshid, Novel semangat hutan, trilogi tombiruo, semangat hutan ramlee awang murshid

Comments

Unknown said…
ada novel pei pan, igauan maut dgn anugerah pertama??? kalau boleh sy nak beli dari saudari....
Unknown said…
Tak pernah lagi baca novel karya Ramlee Awg Murshid ni.. hee
mama peminat novel, mama tak kisah penulis, tapi hanya berminat dengan novel keluaran karangkraf. satu almari mama penuh novel tau lana, siap ada yang jadi makanan anai-anai lagi.... hihi
Eiqa Almond said…
Kawan suka penulis tuu..
Tapi tapi kite paling suka penulis novel Anis Ayuni dengan Aisyah Sofea :D

Kalau pegi dekat rak novel mesti cari 2 penulis nie dulu.. hehee Tajuk buku ingat2x lupa banyak sgt baca novel dorang.
cik jari manis said…
wahhh...mmg novel hasil karya RAM the best! JM ada sebuah buku dia..tajuk nya ADAM (Aku Darah Anak Malaysia)^_^
Keri said…
Ramlee Awang Mursheed terbaik. cerita dia lain dr yg lain. cukup perasa dan bukan cerita kosong.
skarang ni mmng baca novel dia je. tp tak beli pun. pinjam org punye je . haha
CD said…
perghh!! kemain kau punya novel! aku dah pernah baca.. boleh tahan la.. aku suka hlovate.. novel terbaru tak sempat cekau lagi.. kalau english, aku suka bc citer2 vampire.. hehehe..
Tetamu Istimewa said…
Banyaknya novel RAM yang dimiliki. Saya pun ada juga kumpul dulu. Tapi, sekarang dah tak lagi.

Unknown said…
Wuu banyaknya!
Nanti akk share..Banyak sgt dah koleksi novel ni.Hehe
Unknown said…
weh...terbaek...aku tak baca lagi tombiruo terakhir,...tombiruo ngan semangat hutan aku da baca...
Chic Na said…
banyaknya koleksi novel lana..

psttt.. bila nak buat header? hikkk.. ;)
Cik Azz said…
Adoii.. Sakit tengkok dok teleng2.. huhuhu..

Akak cuma ada dua je novel RAM ni.. Dua2 tak habis baca lagi.. Akak gerun sikit nak baca bab2 thriller ni..

Akak baca novel tak pilih penulis.. Mana yang kena dengan jiwa, akak belasah je baca walaupun penulis tu masih baru..
Unknown said…
ramlee awang murshid??? ok2... cinta sang ratu... bagaikan puteri... ape lagi ya.. ADAM... banyak lagi la.. sy pun minat beliau ni.. tulisannya hebat!
Badrina Ibtisam said…
Yeay!!
Hehe.. lol tiba2 'yeay'..
Saya ni baca je novel apa2 pun, yg penting novel itu mmberi msg yg baik.
Ingat tak novel Velvet di Durham ? Hha I love it! Dah beli novel tu? Hihi.. ♡
Fais-SKA said…
hu3..nk kata minat novel..sy xbca pn novel..tp sy suka bca sinopsis dia je =) walaupun kakak dan adik bnyk kumpul..tp xpnh hbiskn pn 1 novel tu kak..hu3 sedey2..jnis suka bca buka jenis lain kot
caliph shuriken said…
wahh, pic ni kuar sini plak ^^

sy pun suka baca novel RAM.. setakat ni ada beli 2 novel beliau.. tu pun blom abis baca, hukk.. mmg plan nk tambah koleksi tapi risau klau x terbaca plak nanti ;p
aizamia3 said…
Sangat cemburu sbb akak tak cukup satu lagi novel koleksi beliau.. nak pergi karangkraf ntah bila sebab tu novel lama beliau... gggrrrr...
Annamariana1989 said…
anna suka baca novel cuma anna x kenal sangat penulis2 novel ni.. =,='
Yaya Mohd said…
salam..

yaya bukn peminat novel..tapi tau jgk Ramlee A.m. tu..hehe

tapi pernh jgk la mint novel time dolu2 tuu..suke bce dari novelis Sharifh Abu Slem tu.. ^,^
woohaaaa..

eden ade lagi yang tak baca...

boni kacak said…
betul tu..sekarang ni banyak novel yang bermutu dihasilkan kat malaysia ni :)
Cik Itah said…
sy suka angkara saka karya beliau :)
Unknown said…
terbaek..
shark x pnah bli..
tp mmg ramai rekemen..
nampk gaya kene jugak beli satu nnti.
Qeela said…
Niceeee, if unt novel melayu, Qeela pon minat dgn karya Ramlee Awang Murshid nh :D rasenye most novel melayu yg Qeela ade dr die jela kot, sbb lain2 sumenye English, hehe.
whitecappuccino said…
tak penah baca novel RAM tp ramai yg ckp novel dia best.aku suka novel siti rosmizah
Mieza S said…
RAMLEE AWANG MURSHID memenag tefbaik dari ladang.suka genre novel yang suka bertemakan triller. berbeza dari penuli penulis yang ada kat malaysia. cinta cinta cinta. membosankan dabel kuasa tiga. hahha
Unknown said…
HEM...salam awok. saya pun minat jugak dgn novel en.ramlee tuh. buat masa sekarang x dang lagi nak cari semua. tunggu dah habis blaja skit je lg.. :)
Khamsi Abdullah said…
Bekas makwe saya minat sungguh novel ni..!
Zawiah said…
dah lama x baca novel . klu baca nanti x leh nak berhenti lak ...
Dzureen Darwis said…
Last novel saya baca masa darjah enam, lepas tu cuma baca novel2 sastera dalam kelas je huhu
Tinta Lana said…
Faizul ~ Saya hanya ada novel pei pan saja..itupun satu tu je. Igauan Maut dah diterbitkan semula dengan cover baru. Dan tak silap saya, 24hb ni, ada jualan buku dlm kereta, di perpustakaan negara. Buku Igauan Maut ini boleh dapatkan disana. Faizul boleh refer fb RAMFC (Ramlee Awg Murshid Fan Club) untuk maklumat lanjut.

Sally ~ Cuba la sally, dijamin berbaloi beli ^^

Hasniza ~ Ma sure org yg rajin membaca. Urm, sayang tu ma..smpai dimakan anai2, hehehe. Macam saya ma, tiap 3bulan skali, bersihkan rak buku..lap2 buku saya,hehehe
Tinta Lana said…
Eiqa ~ Ooo..kita selalu nampak novel2 diorg kat kedai buku. Aah..diorg punya karya pun banyak juga :)

CJM ~ Yang ADAM itu..tak silap lana, ada versi bahasa inggeris juga kan..dikeluarkan penerbit sama ^_^

Keri ~ Yup..agak berbeza dari kebanyakan penulis sediada.. ada trademark sendiri org kata.
Tinta Lana said…
Zati ~ Aku nak cuba baca karya hlovate plak pasni..yg tu pun dpt bnyk respon dari peminat novel tmptn kan.

TI ~ Sekarang helmi dah ada karya sendiri..hehe

Embun ~ Ok, saya tunggu,hehehe
Tinta Lana said…
Noh ~ Bacala.. ak dah baca tu, smpai berharap ada sambungannya lagi,mih mih mih :D

Cikna ~ Lupa nak gtau cikna..header punya order, terbuka..bila2 bleh tempah. Melainkan dinyatakan sebaliknya.

KakAzz ~ hik3, saya suka susun menegak :D Itu yang saya respek akak, semua jenis akak baca.. :)
Tinta Lana said…
Sam ~ Yeayyhhh! hehe, saya suka siri sunan..6 buah semuanya kan. ADAM pun suka juga. Jangan lupa dapatkan MAGIS bulan 10 nanti, weeee!

Badrina ~ lol,hehehe. Belum,hehehe.

SKA ~ Aah..ikut minat masing2 juga..takda minat susah gak fais.. akak pun mula2 bukan minat,hehe
Tinta Lana said…
Caliph ~ hehe, lama tu awak nak ngabiskannya. Takpa, pelan2 je la.

Aizamia ~ Novel apa yang tak cukup tu kak?

Anna ~ hoho, ingat tajuk novel n jalan citer je ya anna? :D
Tinta Lana said…
Yaya ~ Wa'alaikumusalam. Sharifah Abu Salem..famous gak tu..tak silap lana ada je novel2 dia diadaptasikan kedrama kan.

Yutaka ~ Wow,long time no see :D

Boni ~ Betul. Skrg ni dah ada banyak penerbit buku baru.
Tinta Lana said…
CikItah ~ Err..setahu lana..takda karyanya yang bertajuk angkara saka..

Shark ~ Takpun try pinjam sebuah n try baca dulu. Wlaupun ramai rekemen, lain org lain taste :)

Qeela ~ hehe, kita sama qeela ^^
Tinta Lana said…
WhiteC ~ Ya, siti rosmizah pun nama yg selalu saya dgr dari penggemar novel.

Mieza ~ kecik..tu betul2 bosan dah tu,hehehe, dah double, kuasa tiga plak,ekekeke

Nas ~ Wa'alaikumusalam. Tunggu habis blaja ek, :)
Tinta Lana said…
Khamsi ~ Bekas makwe? Khamsi?

Zawiah ~ Saya la tu (T__T)

Dzureen ~ Novel2 sastera..asalkan dlm genre novel.. ^_^
Unknown said…
takkan ada novelis terbaik mcm Tuan RAM.. hehehe.. oktober ni ada novel baru.. Tajuk Magis.. mcm best je.. Sunan pun ada..
NasQ said…
lama dah tinggalkan zaman novel ni...
Unknown said…
lana - dah cek kat fb tu tp cetakan iagauan maut dah tutup... sedih... buku RAM sentiasa dinanti2 nantikan oleh aku...
||aLeaSaRa|| said…
@Khamsi Abdullahsebab novel2 RAM ni semuanya misteri..adakah itu sebabnya si dia menjadi misteri juga khamsi ^^
||aLeaSaRa|| said…
kak lea baru je ada 3 novel RAM...jelesnya tengok koleksi lana.kalau semua tu ada depan mata kak lea..percayalah sebulan kak lea tak update blog huhuhu.....
Unknown said…
Hurmm..dah lma tak buat koleksi mcm nie...
ada juga membaca buku RAM...tapi dah lma...
yang baru...? tak der baca pun...tggu umah besar..ada space nak buat racking baru nk start balik kot...
Kat umah ayah..banyak dah kena geget ngan anai2...huhuu...
Cinta Zakirah said…
Saya pun suka karya RAM, ada buat koleksi juga, terkini berjudul magis.
Nuraishah said…
Salam sis. Kalau sis nak jual novel Pei Pan bagitahu saya ye. Sungguh-sungguh mencari pm saya ye. 0182169980 - siti
Anonymous said…
Salam sis kalau nak jual novel pei pan bagitahu ye. Sungguh- sungguh mencari. Kakau sis nak jual pm saya ye. 0182169980

Popular Posts