RSS Feed

Runyam

46

October 19, 2013 by

Ibunda selalu beritahu, hidup dizaman sekarang serba mudah.
Tidak seperti dizamannya, serba susah.
Dan selalunya, saya meningkah.

Zahirnya, memang kehidupan dizaman sekarang lebih senang berbanding dulu.

Gambar kereta klasik
Image by Quapouchy-moto

Kereta misalannya.
Dulu lambang kemegahan. Sekarang, ia sebahagian dari keperluan.
Memang senang ada kereta. Untuk gerak kesini kesana. Berlindung dari amukan cuaca.

Runyamnya, setiap minggu perlu diisi minyaknya.
Yang menempuh tol, habis duit untuk bayar tol saja.
Belum lagi dikira hantar kekedai untuk servis dan bayar cukai jalanraya.
Termasuk bayaran ansuran bulanan juga.

Itu baru kereta.
Belum lagi bicara soal rumah, pinjaman pendidikan, dan hutang lainnya.

*Runyam = Rumit


46 comments »

Cik Pensil said...

pensil pun lepas Spm kena sambung belajar bawak keta, ambik lesen. tak sukalah. agen keta tu garang. abang pun garang nak mengajar. asyik kena marah ja >_<"

haiyoo

kopi pasta said...

ingatkan rumyam tu adik-beradik 'tom-yam' tapi rupa2nya tidak. mhahaha :P

nak bagi hidup senang, makanya duit kena banyak dihabiskan~ garu2 kepala sampai botak dibuatnya.

Tetamu Istimewa said...

Satu kosa kata baru bagi saya.

Ya, ada bezanya. Namun ikut keadaan juga.

the malay male said...

zaman sekarang, senang tapi susah.

Teena Tna said...

First time dengar perkataan runyam. Macam saya yang belum ada gaji ni kurang tahu sangat bab2 macam ni.

Bila fikirkan balik, rasa macam 'dah dewasa rupanya aku ni'. Kalau dulu kecik2 boleh buat macam-macam hal, rasa nak buat, terus buat.

Tapi bila dah besar ni, kena fikir 2 3 kali sebelum buat keputusan. Kena jaga maruah diri, maruah keluarga. Komitmen pulak semakin banyak.

Hmm, kadang2 rasa nak pergi ke zaman kanak2.

Ayie Abas said...

assalamualaikum. :)

betul lana skrg kereta bukan lagi benda mewah..org kerja apapun mampu beli kereta klu dah betul2 berazam.

klu kat bandar2 besar mcm KL x ada kereta pun x terasa sgt sbb kemudahan penggangkutan awam pun dah maju...klu kat kg mmg masalah kena bergantung kpd bas..leceh tunggu bas

Wirda Amir said...

Assalamualaikum lanaku sayang...

Betul sgt setiap ayat2 lana tu....kerumitan hidup zaman ini boleh mempengaruhi minda dan emosi kita juga...kalau tiada tahap sabar yg tinggi,boleh hilang kewarasan diri....

Genre Dari Langit said...

Ok.. memang rumyam.

Kena selak dewan bahasa dan pustaka. Paling tidak google. Nasib baik ada lana.. hehehe..


♥nong andy♥

puteri kasih said...

kehidupan sekarang agak rumit, kehidupan dulu agak sukar...mungkin macam tu la kot :)

aisya said...

belajar benda baru hari ini.. runyam itu rumit..

tentang kereta memang pening kepala. lagi2 kalau kereta yg hampir 2 dekad mcm kereta sy.. T_T

Tukang Karut said...

ooo aku baru tau ada perkataan runyam!!!!

Khamsi Abdullah said...

Salam Lana..terima kasih sudi singgah blog saya yang sudah bersawang tu. Maaflah, saya sangat sibuk kebelakangan ni. Di kantor sibuk, balik rumah usai saja maghrib menghadap komputer riba lagi.

Betullah. Dulu seingat saya bila tiba saja hari raya, jika ada yang berkendara pulang ke kampung halaman, kiranya berada benarlah dia. Sekarang, satu rumah ada 3 4 buah mobilnya.

ANNA MARIANA said...

wah,perkongsian kata yang terbaru :)

Fais-SKA said...

salam kak..igtkn apelh runyam tu =) saya rsa khidupan dulu lebih harmoni dan ceria kot..walaupn xsng dan xmoden mcm skrg..tp sgt mnyenangkn..xrunyam mn pn..sy suka zaman 90an..jum bt mesin merentas masa..he3

Azlan Strider said...

wah..dapat belajar word baru..hehe..tapi betul kata ibu tu..tak perlu tgk jauh, kalau kita pergi 15 tahun sebelum nie pun dah nmpak perbezaan, dulu hp hanya sekadar kemahuan tapi sekarang ini ia ibarat keperluan..hehe

Regards,
-Strider-

aizamia3 said...

itu tak masuk lagi part anak2.. kesihatan.. masa depan.. ;)

Wirda Amir said...

Saja baca komen kat sini...hehe...salam senja..akak balik dulu ye....

Azhafizah Md Nor said...

jangan difikirkan rumit itu,perlu berusaha mencari kesenangan disebalik kerumitan..usah mengeluh bak kata orang :)

Lynn Munir said...

Mari tambah perbendeharaan kata - RUNYAM - maksudnya rumit. Ingat itu murid-murid hehehe...
( Salam kenal admin )

Nuzime Si Pari Pari Putih said...

rindu lama gila x komen2 kat blog ni >..<

caliph shuriken said...

oic.. tu rupanya maksud runyam

slalu sy sebut complicated jaa, hikk...

Chic Na said...

runyam tu loghat ke lana?

Shida Radzuan said...

itu ke rumit hehee ok2 :)

Tinta Lana said...

@Cik Pensil

Elok belajar lepas SPM pensil.. takpalah kena marah, untuk kebaikan.

Sekarang mungkin pensil rasa kurg selesa asyik kena marah saja, tpi nanti, bbrpa thun mendatang, bila dah start kerja apa semua, pensil akan rasa beruntung sangat. :)

Tinta Lana said...

@kopi pasta

hahaha, aku pun baru nak kenal2 perkataan runyam ni.

Garu2 kepala sampai botak? Kalau yg ada rambut..yg memang dah botak? Tercabut kulit terus,huhu

Tinta Lana said...

@Tetamu Istimewa

Ya, kosa kata baru bagi saya juga :)

Tinta Lana said...

@the malay male

Kan? T__T

Tinta Lana said...

@Teena Tna

Sampai skrg pun, lana ada rasa mcmtu..rindu zaman kanak2. Tapi, hakikatnya, setiap saat menginjak usia.

Ya, semakin bertambah usia, semakin banyak komitmen dan tanggungjawab kita. Dan semua org melalui perkara sama teena.. jalan cerita je yg berbeza antara kita ^_^

Tinta Lana said...

@Ayie Abas

Wa'alaikumusalam ayie :)

Aah..kereta dah jadi sebahagian dari keperluan dah yie. Ha, lama kan kena tunggu bas biasanya? huhu.

Sekurg2nya, biar ada motor untuk memudahkan pergerakan..

Tinta Lana said...

@Wirda Amir

Wa'alaikumusalam kak wirda.

Iya kak. Sebab itulah skrg kes mencabut nyawa sendiri pun semakin ketara skrg ni. Kalau ikut kajian pun, antara puncanya, tekanan hidup dizaman kini.

Tinta Lana said...

@Genre Dari Langit

Kak, perkataan ni pun saya jumpa masa selak DBP online,hehhee.

Saya nak cari perkataan yang sama erti dengan rumit dan kompleks, in the end saya jumpa 'runyam' :)

Tinta Lana said...

@puteri kasih

Ya. Dulu sukar..tapi tak rumit..eh, berpusing2 je ayat,hehehe

Tinta Lana said...

@aisya

Kita yang belum sedekad ni pun, boleh tahan pening melayannya T___T

Tinta Lana said...

@Tukang Karut

hahaha

Tinta Lana said...

@Khamsi Abdullah

Wa'alaikumusalam. Sama2. Iya, kenderaan dah jadi satu keperluan, dan ia bukan lagi sesuatu yg perlu dihairankan.

Satu rumah, sampai 3-4 buah.

Tinta Lana said...

@ANNA MARIANA

Terima kasih anna singgah :)

Tinta Lana said...

@Fais-SKA

Wa'alaikumusalam. hehehe, ni mesti rajin nengok movie time travel. Urmm, akak rasa, khidupan dulu lebih santai dan tenang.. Allah, rasa nak balik kampung skrg jugak,huhu

Tinta Lana said...

@Azlan Strider

Aah, tengok saja perkembangan internet. Takda internet sama level mcm takda eletrik dgn air,hehee

Tinta Lana said...

@aizamia3

Yes! Banyak lagi perkara, rasa sebu mengenangkannya (-_-)

Tinta Lana said...

@Azhafizah Md Nor

Hehehe, bukan mengeluh. Memberitahu.

Tinta Lana said...

@Lynn Munir

Wa'alaikumusalam lynn. hehee, salam kenal.. terima kasih tinggalkan jejak disini :)

Tinta Lana said...

@Nuzime Si Pari Pari Putih

Hamboiii, kak zai mmg dah tak syg blog..huhu

Tinta Lana said...

@caliph shuriken

hahaha, asalnya nak ltk complicated tajuk entry ni, tpi asyik guna perkataan tu saja..

Tinta Lana said...

@Chic Na

Bukan. Memang ada dalam bahasa melayu kita :)

Tinta Lana said...

@Shida Radzuan

Ya..runyam tu rumit,ehehe

Lynn Damya said...

Runyam is rumit? bahasa apa kah itu, aku xpernah dgr :D haha..hmm..yup, semua benda yg dulunya lambang kemegahan dan kekayaan dah jd mcm suatu keperluan pd zaman sekarang ni, smpai kita terpaksa 'memaksa' diri untuk menjadi kaya juga bg memiliki segala keperluan itu..

Powered by Blogger.