RSS Feed

14 Orang

57

November 26, 2013 by

Saya masih ingat, pada usia yang sudah mencecah akil baligh, antara azam saya;

Mahukan zuriat yang ramai apabila berumahtangga, paling tidak mesti lebih dari dua.

Hehehe.


Kenapa perlu lebih dari dua?
Sebab saya dua beradik sahaja.
Bila seorang disini, dan seorang lagi disana..rasa blur saja.
Takda geng nak ajak main sama, nak gaduh dan nak bicara.

Macam ibunda, 14 orang adik beradiknya.
Orang dulu2, normal kan. Miskin harta tapi kaya keturunannya.
Musim cuti, apabila semua berkumpul dikampung, saya rasa seronok sangat tengok gelagat mereka.

Belum lagi dicampur suami/isteri dan anak masing2, riuh rendah gila.
Bercakap pun macam nak cari pasal, macam nak bergaduh saja bunyinya,hehe.

Alhamdulillah, Opah saya panjang umurnya.
Baru ini 'naik pangkat' menjadi moyang setelah dapat cicit pertama.


57 comments »

aizamia3 said...

seronok bila ada ramai adik-beradik sebab kita sama Lana.. hanya 2 beradik.. ;)
dan adakah dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha akan ada sorang lagi kawan.. hehehe..

aisya said...

Sy yg 3 org ni pun rasa sunyi je bila masing2 sambung belajar. Adik beradik mak pun tak ramai jd keluarga kecik je bila semua berkumpul. Tgk family2 besar mcm seronok je bila kumpul ramai2 kan. :-)

BUNDA a.k.a KN said...

assalam, memang betul orang dulu2 ramai anak dan panjang umur...

anak mereka ramai pun bolih dikatakan semua mernjadi...walaupun hanya kerja kampung...

nurdani said...

berirama sungguh entri Lana kali ni. hehe.

saya pun adik beradik sikit, tapi tunang adik beradiknya pun 14 orang. memang happening.

seronok tengok keluarga besar ni

the malay male said...

anak ramai, rezeki lebih... in sha Allah

baby comel said...

Lana, aima pun ramai adik beradik. Ada 10 org. Dulu bila kecik, rasa mcm ish giler ramai. Tapi bila dah besar2 ni rasa mcm xsangka ada 10 bila kumpul ramai2 ni. Rasa cam sikit je.

dan aima punya impian nk 7 0rg anak insyaAllah. Hahaha, banyak kan tu lana. Entah boleh ke tidak.

Haidil Salam said...

Untungnya kita berada di dalam keluarga yang besar... Riuh tetapi muafakat.

Wirda Amir said...

Salam lanaku...

Wahh...azam lana ni lain dari yg lain la...haha...betul tu,kalau setakat dua beradik tu memang sikit sgt lana..tp itu lah rezeki dn anugerah yg kedua ibuayah lana miliki..alhamdulillah...ada org tu,langsung tak dikurniakan zuriat...moga lana bertemu jodoh dan tertunai azam yg mulia tu...

Memang best kalau berkumpul ramai2,14 memang ramai tu lana...bestnya.....

Tahniah utk opah lana yg dh naik pangkat tu..kalau di perak di gelar moyang....

BungaTulip said...

betul Liana,
kalau ada rezeki saya pun nak anak ramai, meriah keluarga.

Super Girl said...

deeya 6 beradik . kecoh gak . mak deeya pesan , kalau boleh biar ada 4 org anak lelaki . nanti bila meninggal , anak-2 sendiri yang usung jenazah ke kubur . oke , part tuu sedih :'/

Nong Andy said...

Akak truma tgk anak sister akak yg over ramai.. tu yg satu jer sampai ke hari ini... kakakkaka...
Gitu boleh?


Nong andy

Arham Md Ali said...

Lana umur berapa tahun ye? Macam dekat Mesir ni ramai kawan yang kahwin awal.

Macam housemate am ada 6 orang termasuk am, 2 dah kahwin, sorang tu dah ada anak pun. Ni bulan 2 nanti sorang lagi akan kahwin.

Tapi macam zaman dah lain la sebab sekarang suami isteri akan bekerjaya, jadi logikla dapat anak sikit sebab susah sebenarnya nak curi masa.

~ Cik Azz ~ said...

Zaman sekarang ni tak tau la sesuai ke tidak punya anak ramai macam tu..

Memang seronok punya ahli keluarga yang ramai.. Lagi seronok jika masing2 ringan tulang dan selalu bekerjasama..

Tapi jika semuanya dok buat hal masing2, leka usung ipad sana-sini, hmm.. agak2nya seronok tak..?

Teena Tna said...

Wah 14 orang? Saya pun teringin nak anak banyak, nak menambahkan umat Nabi Muhammad. Dan waktu cuti ni memang riuh rumah kan. Walaupun saya 4 beradik jer, tapi dah cukup untuk memeningkan mak ayah. Hehe

Mohamad Ismail Salimon said...

Allhmdllh.. Smga d mrhkn rzki

Tukang Karut said...

kena beli bas mini la kalau ada anak 14 orang...

Wirda Amir said...

Salam jumaat lanaku....

amir zahari said...

Lana paling kurang kena ada 15.. adik lana pulak 15.. baru meriah.. tersenyum mak..hehehe

Syuri said...

Good evening, please visit my blog or directly to https://play.google.com/store/apps/details?id=air.PuzzleBarbie and https://play.google.com/store/apps/details?id = air.KumpulanDongeng, there is a fairy child from indonesia and nice puzzle to educate and develop young wit, please try, hopefully useful and thanks

Tinta Lana said...

@aizamia3

Saya doakan yang tiga sekarang bertambah! hehehe

Tinta Lana said...

@aisya

Bukan mcm dah aisya.. memang seronok! hehe.

Dapat tgk mcm2 ragam, sebab ada banyak lapisan umur ^_^

Tinta Lana said...

@BUNDA a.k.a KN

Wa'alaikumusalam bunda.

Kan bunda? hehe.

Tinta Lana said...

@nurdani

Untungla,hahaha

#aha, mmg suka mengirama-iramakan entri,erkk,hehe

Tinta Lana said...

@the malay male

InsyaAllah..

Tinta Lana said...

@baby comel

7 org..kenapa tak genapkan 8, 10 terus ke,hahaha

Tinta Lana said...

@Haidil Salam

Ada untung ruginya..hehe

Tinta Lana said...

@Wirda Amir

Wa'alaikumusalam. Lain ek?hehehe. Tapi azam zaman hingusan tu kak wirda.. azam zaman penuh angan2..tpi realiti tak semudah itu,hahaha

Ya kak..dua memang sedikit..mmg terasa sunyinya kak bila slh seorg takda kat rumah..

Tinta Lana said...

@BungaTulip

Amin..mudah2an ada jalan kearah itu kan ^_^

Tinta Lana said...

@Super Girl

Aah, lana pernah baca tentang 4 org anak lelaki tu..setiap sorg pegang bucu keranda semasa usung ke kubur sana..

Memang sedih..tpi itu perkara baik bukan.. berbakti pda org tua, hingga akhir hayatnya..

Tinta Lana said...

@Nong Andy

hahaha, apa yg ko traumakan sangat tu kak,hehe

Tinta Lana said...

@Arham Md Ali

Genap 26 thn bernafas dah am.. ^_^

Peredaran zaman kan.. urmm..

Tinta Lana said...

@~ Cik Azz ~

Soalan last akak tu..jwpnnya, tak seronok..

Dlm hal ni, bukan kira ramai tak ramai..tpi bila dah berkumpul seisi keluarga tu, bila msing2 duk leka dgn gadget, huh..sakit mata menengoknya..lngsg tak nk bertegur sapa..huhu

Tinta Lana said...

@Teena Tna

4 itu dah kira ramai untuk zmn skrg ni teena..hehe

aah dik, mak akak 14 org adik beradiknya.. semua masih ada.. ^_^

Tinta Lana said...

@Mohamad Ismail Salimon

Amin..terima kasih Mohamad.. :)

Tinta Lana said...

@Tukang Karut

Ada jual ke weh?

Tinta Lana said...

@Wirda Amir

Wa'alaikumusalam kak wirda la wirda,hihihi :D

Tinta Lana said...

@amir zahari

Lagi berkedut muka mak lana ada la,hahaha

Tinta Lana said...

@Syuri

Thanks syuri for sharing it.

caliph shuriken said...

wahh, 14 org.. cukup utk start satu team bola, hikk...

APAN said...

kira ko pun dtgnya dr ibu yg ramai kerabatnya, x mustahil ko mampu melakukannya nanti. lwn rekod nenek ko tu. terget sekurang-kurangnya 15 org sis. haha...

mcm aku, tinggal nenek belah mak aku sorang je..alhamdulillah...ramai dah cicit dia. x silap, cicit dia pun da ada anak sendiri kot

Cik Pensil said...

semoga berjaya! hikhik

Famliy pensil pun ramai tapi dah kalah dengan akak. hehe

ary_lee said...

Lana! Nak marathon di sini jap. Lama tak baca penulisan Lana^^

Macam ary, cuma 3beradik. Jadi, yang menjadi kerunsingan ary adalah, bila kami adik beradik bekerja jauh, siapa yang nak tengokkkan parents?

Tapi 14orang tu ramai sangat lah buat ary T_T

Azie Namico said...

salam lana....
wow ! kalu ada rezeki bole jer lana...insya allah...ahaks

Mime MF said...

macam mak aku 2 beradik..tp yg best kami sepupu rapat...nasib baik la cucu tokwan aku jd ramai walaupun anak dia 2 org je..hihi riuh tetap riuh bila berkumpul..syiok sgt..:)

Jajas said...

sy ada 4 adik beradik je...hehe

Liza Izara Fazriel Fahmi said...

saya pun nak ramai anak.. best ramai anak menghiburkan. adik beradik sy semua perempuan. 6 org hehehe

Tinta Lana said...

@caliph shuriken

hehehe

Tinta Lana said...

@APAN

15?? Menangis aku,hahaha

Eh, sama. Opah aku ni, belah mak. Dia sorg je yang tinggal. Haa, dah kategori moyang jugakla ya.

Tinta Lana said...

@Cik Pensil

Amin..hehehe

Ramai2, meriah kan dik ^_^

Tinta Lana said...

@ary_lee

Lana pun..runsing perkara yg sama..

Ramai kan?hehehe. Kitaorg dah tak boleh balik serentak, gilir2, sebab rumah opah tak muat dah nk tampung anak menantu n cucu,huhu

Tinta Lana said...

@Azie Namico

Wa'alaikumusalam.

Pa2 hal, azie dulu..hihihi :D

Tinta Lana said...

@Mime MF

Yg penting, ikatan kekeluargaan tu kan, :)

Tinta Lana said...

@Jajas

Lepas ni turn ko plak ya ^-^

Tinta Lana said...

@Liza Izara Fazriel Fahmi

hehe, betul2, rmai anak menghiburkan ^_^

Nong Andy said...

Lana... ramai memang best.. tapi kalau terlampau rapat.. tiada perancangan... kesian derang yang nda terjaga baik baik kebajikan zahir dan batin..akak punya sister ada ramai org. Rapat pula tu,. Pendapatan x seberapa.. bak kata org kais pagi mkn pagi.. kadang tu smpai susahkan org sekeliling.. tu yg buat akak truama tu. Hahaha..

Tapi kan lana... ko dah lama xde n3 baru :P

♥♥♥

Tinta Lana said...

@Nong Andy

Oh..ak lebih faham skrg kakak :) Iya, ada keadaan mcmtu. Tiada perancangan, terutama sekali dari sudut kewangan. Nak membesarkan anak, mana cukup stkt bagi kasih syg saja..realiti tak seindah fantasi,amboi ayat,hahaha. Lebih2 lagi dizaman skrg ni kan kak..semua pakai duit T___T

Entry barunya ada kakak..nun didalam draft,hehe.

Lynn Damya said...

Alhamdulillah, nenek ak pon dh naik pangkat lah klw mcm tu, haha :D..dan paling aku setuju, ialah bab bercakap mcm nak gaduh tu, hahaha serius mmg mcm nak bgaduh je bunyinya, hahaha

Powered by Blogger.