RSS Feed

Jyoujo (Yoshi)

37

November 5, 2013 by

Refer pada profilenya, dia seorang artis, student dan seorang photographer juga.
Cantik pula saya tengok setiap foto yang diambilnya.
Jyoujo (Yoshi) ada selitkan cerita, apa yang difikir dan dirasa pada hampir setiap foto yang diambilnya.

Foto lain boleh dilihat di: JYOUJO.DEVIANTART.COM


Foto diatas paling menarik perhatian. Dari segi warnanya, dan juga tajuk yang Jyoujo bagi untuk foto ni, Barzakh. Dia ada tulis sedikit pemahamannya tentang maksud Barzakh, dan ada juga sesi balas komen dan perbincangan dengan komentar lain.


Teringat movie The Hunger Games dan The Storm Riders bila tengok foto ini. Foto diatas adalah Kompleks Istana Himeji. Kompleks istana yang terbesar dan paling banyak dilawati di Jepun. 


Ada quotes dalam coretannya. "...only in silence we will learn the things we don't know..". Apabila kita selalu bercakap dan buat benda yang kita tahu dan mahir saja, tanpa kita sedar, kita 'menghalang' diri sendiri dari belajar benda baru. Akhirnya, ilmu dan kemahiran kita, setakat itu saja.


Tajuk foto ini diambil dari sebuah novel yang menggunakan tajuk yang sama, ditulis oleh Paulo Coelho. Ada juga filem, menggunakan tajuk sama, diadaptasi dari novel tersebut. Dalam hidup, perasan tidak, kita tak pasti apa sebenarnya yang kita mahu. Tapi perkara yang kita tak mahu, yang itu kita cukup tahu.


Dewan Nan'endo ini sebahagian daripada kompleks Kofukuji Temple. Ia disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Dan Kofukuji Temple ini pula dalam kumpulan Historic Monument of Ancient Nara. Nara pernah menjadi ibu negara Jepun pada abad ke-8.

Inilah orangnya, Jyoujo. 

#All photos credit to Jyoujo.


37 comments »

Nong Andy said...

Comel pula org nya...

Nara? Akak x tahu... yg akak tahu pelakon korea nama jang nara je.. hehe..

amir zahari said...

Assalamualaikum..

Suka gambar lampu tu.. tak dinafikan jepun banyak tempat yg mempesonakan dgn iklim dia yg lain..

.......
Hehehe hari2 update nk capai 500 entry hujung tahun ni.. tp at least kena 5 entry sehari..

Hazmin Hamudin said...

Menarik gambar2 yang diambil oleh beliau. Letak pulak tajuk yang unik. Lagi menarik.

Azie Namico said...

salam lana,
serius memang cantik2 pic yang dia amek...semua smart shoot

Ayie Abas said...

assalamualaikum..
salam maal hijrah 1435H lana..:)

cantik2 gambar Jyoujo tu..lana..:)

ayie tertarik dgn tajuk pic pertama tu 'barzakh' tak sangka org jepun pun tahu bahasa arab dan barzakh tu kn..lana.

ini QiiNoY said...

Turut meramaikan..
Salam dan sukses :)

Azlan Strider said...

jeles btul tengok orang amik gambar lawa2 camtu..nak cuba tapi bakat tu takde..hehe

Regards,
-Strider-

Fana Aqim said...

wah..cantiklah gambar yg dia ambil :)

Chic Na said...

memang cantik & menarik.. japanese ke Jyoujo ni?

time kaceh lana.. jom sambung belajar sama2.. ;)

Chic Na said...

erkk.. lupa nak tanya.. header cikna in progress ke lana memang tak sempat buat dah? harap2 sempat.. huhuhu..

Tukang Karut said...

kat jepun kalau amik gambar memang cun...

KY Atie said...

tuannya secantik gambar yg di ambil heee

puteri kasih said...

cantiknya gambar-gambar yang dia ambil..memang berbakat :)

Wirda Amir said...

Salam lanaku...

Cantik2 picnya beserta tajuk yg tersendiri...tentunya mengikut kreativiti dan emosi dia sendirikan lana...

Akak baru je kenal jyoujo ni di sini...di blog lana ni...hensem juga orgnya

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Suka sgt dgn gambar2 mcm nih. Org yg mengambil pun mesti gun ateknik hebat.

Apapun, mamat tuh mmg ensem.

~ Cik Azz ~ said...

Orang kita ke ni..?

Muka takde rupa orang Jepun punn... huhuhu...

Bila dah namanya berbakat, setiap sentuhan selalunya menjadi.. Lagi2 jika ada minat yang melebihi segalanya.. Memang ohsem la, kan... hehh..

Lynn Damya said...

Wah, nice photos ! aku lagi suka pic2 yg ade maksud mcm ni..mmg agak mendalam sikit bila artwork seiring dgn makna..atleast xlah artwork tu mcm merapu..hehe

Veronika Decides to die tu paling best tajuknya, dan Barzakh itu, adakah maksud dia tentang alam Barzakh mcm yg kita semua tahu tu?

caliph shuriken said...

wahh, semua pic artis ni high quality laa.. suka tgk artwork cmni ^^

last2 kuar jgak pic bf awk kn kn, hikk...

Tinta Lana said...

@Nong Andy

Saya pun baru tahu kak tentang Nara ni..hehehe.

Tinta Lana said...

@amir zahari

Wa'alaikumusalam.

Bila lana tgk foto2 dia, dapat rasa 'mood' nya..

#Good luck ya mir. InsyaAllah, kemahuan dah ada tu.. tinggal cari jalan n buat kan.. :)

Tinta Lana said...

@Hazmin Hamudin

Ya, tajuk pula sesuai dengan foto2nya.. :)

Tinta Lana said...

@Azie Namico

Wa'alaikumusalam azie. Cantik2 kan.. ^_^

Tinta Lana said...

@Ayie Abas

Wa'alaikumusalam. Terima kasih ayie.. itula, lana pun mula2 tu, terkejut juga dia namakan foto tu Barzakh.

Dekat link yg lana bagi, dia ada tulis pemahamannya tentang barzakh, stkt apa yg dia fahami.. :)

Tinta Lana said...

@ini QiiNoY

Thank you.. :)

Tinta Lana said...

@Azlan Strider

Bakat perlu ada kan..selain teknik yang betul,hehehe

Tinta Lana said...

@Fana Aqim

Lama tak nampak fana.. :)

Tinta Lana said...

@Chic Na

Half-japanese cikna.. :) InsyaAllah, nak sambung blaja lagi suatu hari nanti.. :)

#insyaAllah..lana sedang usahakan. :)

Tinta Lana said...

@Tukang Karut

Suasana nya tu kan..faktor cuaca juga.

Tinta Lana said...

@KY Atie

hahaha, saya pun rasa begitu. Manis orgnya ^_^

Tinta Lana said...

@puteri kasih

Agree. 1st time tgk foto2nya, memang cantik2 semua.. :)

Tinta Lana said...

@Wirda Amir

Wa'alaikumusalam. Aah kak..setiap gambar, ada cerita dan lontaran emosi..

Saya jumpa pagenya pun bila mencari gmbr yg sesuai untuk diletakkan dalam salah satu entry saya :)

Tinta Lana said...

@Mohd Ridzwan Abdullah

Saya pun wan, suka tgk gmbr2 mcmni. Ambil sendiri belum tentu menjadi,hehe

Tinta Lana said...

@~ Cik Azz ~

Memang ohsem dan hensem..erhh, hehehe

Dia half-japanese kak ^_^

Tinta Lana said...

@Lynn Damya

Aku teringat kat artwork kegelapan ko, bila ko sebut Veronica Decides To Die, hehe.

Ya.. aku suka artwork yang ada maksud juga..bukan sekadar cantik dimata :)

Tinta Lana said...

@caliph shuriken

Itulah..keluar jugak gmbrnya..eh, hahaha

Mime MF said...

sumpah cantik gambar2 dia..!! tajuk gambar pun unik2 je..;)

aisya said...

cantik-cantiklah gambar dia.. hehe

Powered by Blogger.