Pembelian Online

Setakat ini, baru dua kali saja saya berurusan dan buat pembelian dari individu yang saya kenal melalui online.

Pertama, dengan blogger Cik Na. Geram tengok coklat hasil tangannya.
Saya order untuk kawan saya, Fashihatul Mumtazah.

Kemudian, dengan saudara Attokz Dikulgai. Itu bukan nama sebenar, nama samarannya ya.
Saya mula kenal melalui fanpage RAM Books Club.
Jujurnya, diawal itu, rasa gusar juga. Takut diperdaya. Dan Attokz ini memahami nampaknya.
Dia bagi pilihan samada nak item dipos atau berjumpa dengannya.

Oh ya, dengan Attokz saya berjual beli buku baru dan terpakai. Jadi, kami berjumpa di Karnival Buku Alaf21. Dan sejak hari itu, saya minta dia pos laju saja setiap kali order.

Takut sebenarnya berurusan secara online. Lebih2 lagi yang melibatkan transaksi duit ni kan. Duit dah bagi, tapi itemnya tak sampai2 lagi. Ada pula kes, dah sampai, barang diidamkan dah hilang rupa.

Itulah risikonya, nak buat macamana.

Anda pernah buat pembelian secara online?
Ada pengalaman yang menyeronokkan? Ada yang terkesan? 

Comments

Unknown said…
akak x penah lagi beli on9 but my son did hu hu hu so far mmg sampai spt yg dijanjikan...
Mime MF said…
Yes aku memang suka beli online ni..senang & cepat...alhamdulillah setakat ni tak pernah kena tipu lagi..tp selalunya kiat kena bt research psl peniaga ni bila nk beli online...hehe
Fatindn_ said…
Saya pun baru dua kali beli online ni. and alhamdulillah semuanya takda hal apa-apa. selalunya sebelum saya bt pembelian online ni saya akan tengok dulu history2 urusan perniagaan tu dgn customer2 sebelum ni. Kalau oke then saya akan teruskan.
Unknown said…
jarang beli on9.. kalau beli on9 pun tengok dulu org nya mcm mana. huhu
Nong Andy said…
Serik..

Beli buku untuk shinta rm350. Kononnya hebat ada itu ini.. bila sampai.. semua tu borak kosong saja.. nak komplen pun tak guna benda dah beli. Duit dah masuk poket dia.. takan nak pulabgkan n minta wang balik.. tapi ia mmg langsung tak berbaloi untuk rm350 grrrrrr..

Ok. Moral of the story. Jgn percaya sangat iklan yg tooooo gud to b true tu... hahaha.
Vee said…
pengalaman pahit . product tu jadikan kulit muka akak merah dan mudah timbul jerawat serta berparut sampai sekarang . sebelum tu , kulit muka ni kebal jer . serik !

Rasanya akak faham yg lana maksudkan dgn status yg byk like dan komen menyokong . klu status tu salah , kita tanggung dosa org2 tu. klu status tu betul / baik , kita dpt byk pahala ...
Anonymous said…
salam lanaku..

akak ni manusia yg paling cerewet dlm membeli,kalau tk tgk barang...memang sori le...akak tak akan beli...gambarpun tak mau..nk tgk depan2 barangnya...hehehe...tp kalau free,akak amik je...
Unknown said…
salam lana :D
setakat nie kita beli online ok lana...x der masalah sebab dari sumber2 yang di percayai...ok lah...ahaks
caliph shuriken said…
yup, sy pnah beli scara on9.. alhamdulillah.. brg yg order tu sy trima.. baru2 ni beli al-quran digital ^^

klau org beli on9 dgn sy pun.. sy pastikan dia trima brg tu dlm keadaan elok.. slalu blogger momoy beli perfume dgn sy ^^
Teena Tna said…
Sekarang ni sebulan sekali saya akan beli barang secara online. Tak tahu kenapa, tapi rasa macam seronok pulak. Yg penting kena pandai2 pilih item yg kita nak beli sebab ada yg indah khabar daripada rupa.

Bunda_nora said…
assalam, bunda selalu juga beli online ni...Alhamdulillah setakat ni masih selamat... itu pun berhati2 juga , tengok barang apa dan semestinya yang popular dan dah diketahui umum...
Tinta Lana said…
@Nuzime Si Pari Pari Putih

Kak PPP.. i really miss ur writing..
Tinta Lana said…
@Mime MF

Aku mime, tengok item juga.. kalau pakaian, aku refer ke kedai. Dapat pegang materialnya camna,cuba kat badan..

Tapi ya lah..take time skit nak pi kedai bagai..

Kalau buku, hehe, mmg senang dan cepat >_<
CD said…
same to me.. baru2 ni, order baju blogging ngan abang apit.. takut jugak kalau diperdaya... harap2 xde apa.. huhu...
Tinta Lana said…
@ciksengeh :D

Alhamdulillah.. haa, itu cara yang lana gunakan juga, refer history urus niaga, dan kdg2 soal selidik dengan peniaga tu sndiri dan juga ex-customer.

Bila dah yakin betul, baru lana teruskan.

Tinta Lana said…
@aisya

Tapi2.. ada yang tak memunculkan diri,huhu..nak tgk acane aisya T__T
Tinta Lana said…
@Nong Andy

So, item tu dah sampai sebenarnya? Tapi indah khabar dari rupa ke kak?

RM350..buku pa tu kak..huhu..
Shahrul Yusof said…
Saya biasa buat pembelian online ni untuk membeli buku-buku. Untuk barangan lain, saya masih belum lagi berani untuk mencubanya.
Unknown said…
Selalu beli, sebab senang. Biasa beli dekat lowyat forum la. Dulu pernah kene bohong, ada RM950 jugak lesap - kisah ni dah 4 tahun lepas, tapi moral of the story google search dulu akaun bank in penjual tu dekat google sebelum buat bayaran.

Sebab biasa akaun-akaun bank orang yang menipu ni akan ada kes yang disharekan dekat mana-mana website.
FarhanahAdzlan said…
alhamdulillah setakat ni ok jee shopping online.sebelum online tu tengok betul2 insyaAllah semua ok :)
Cik Azz said…
Setakat ni beli novel, okay je.. Takde masalah.. Tapi beli dengan orang yang dah biasa la..

Lepas tu beli krim panas.. Okay jugak seller tu.. Cepat je barang sampai..

Cuma sekarang ni akak lebih suka beli novel baru sebab harga seken pun lebih kurang harga baru jugak.. Kecuali jika buku tu dah takde re-print..

Kawan Lana tu ada tak jual buku yang akak cari tu.. Buku Air Mata Kasih karya Syamimi Aminolah terbitan CESB.. Nak yang bahagian pertama..
Tinta Lana said…
@Vee

Produk kecantikan dan kesihatan, memang saya tak berani beli online kak vee..hehehe

Ya, itu salah satu yang saya maksudkan dalam komen itu.. Tq kak vee beri maklumbalas disini.. :)
Tinta Lana said…
@Wirda Amir

Wa'alaikumusalam. hehehe, saya pun mcmtula kak, lebih2 lagi bab pakaian. Cuma bila bab buku, untuk cari buku2 lama susah nak jumpa, jadi saya cuba beli scra online. Alamdulillah, setakat ini urusan jual beli berjalan baik.. :)
Tinta Lana said…
@Azie Namico

Wa'alaikumusalam.

Azie, tak tau napa, rasa nak tergelak je,ehehe. Azie dah biasa ya beli online.. ^_^
Tinta Lana said…
@caliph shuriken

Bagus awk, memang itu tanggungjawab penjual dan pembekal sbnrnya, memastikan barang yg diorder customer diterima dalam keadaan baik dan memuaskan.. ^^
Tinta Lana said…
@Teena Tna

Tang seronok tu, lana agree,hehe. Sebab sekali dah cuba, mesti ada berkali2 lepasnya,hehe
Tinta Lana said…
@BUNDA a.k.a KN

Wa'alaikumusalam.

Ya bunda, itu antara langkah/cara untuk mengelak dari diperdaya. Beli dari sumber yang produknya sudah diketahui umum.
Tinta Lana said…
@Nurul Farahizzati

InsyaAllah takda.. aku tengok ada yg dah sampai dah bajunya.. ^_^
Tinta Lana said…
@Sylarius Yusof

Kita serupa ^_^

Setakat ini pada buku dan coklat saja.
Tinta Lana said…
@Arham Md Ali

RM950? T___T

Thanks Am share pasal tips sebelum membeli tu, lana pun baru tahu ni.
Tinta Lana said…
@FarhanahAdzlan

Ya, jangan tergopoh membelinya kan hana :)
Tinta Lana said…
@~ Cik Azz ~

Saya cuba tanya dia ya kak. Biasanya kalau buku dah rare, dia akan cuba cari dulu.

Bila ada, dia akan bagitahu kat page dia, dan kita boleh reserved.

Apa2 saya akan bagitahu.
Lynn Damya said…
Wah, Attockz tu beli buku2 terpakai ke? tetiba aku rase mcm nak jual buku2 aku, eh tp mcm syg pula..nostalgia semua buku2 yg aku kumpul tu, uhuk2..

hmm, aku yg buat jualan secara on9 ni pon mmg serammm gak..haha..lg2 bila aku tersalah tulis alamat, tp tu belum berlaku lg lah..haha

beli on9 pulak? Hmm, aku byk kali nak bershopping baju & shoes secara online, tp aku risau..bukan sbb kena tipu, tp aku risau bila dpt barang and try, at last tak sesuai!
aku ni dh lah cerewet sikit :p wee~
Tinta Lana said…
@Lynn Damya

Membeli buku terpakai tu aku tak berapa sure, tapi menjual buku terpakai tu memang ya. Kalau buku..aku rasa elok simpan weh. Mana tahu, akan dtg jadi item yg rare dan org sanggup bayar lebih untuk cari n dapatkan. Tapi tgk juga jenis buku kan,hehe

Try la add dia untuk tanya lebih lanjut :)

aizamia3 said…
belum pernah lagi setakat ni.. belum bersedia untuk laburkan duit untuk beli barang secara online.. ;)

Popular Posts