Tanya dan cadang

Kita rakyat Malaysia memang terkenal keprihatinannya, sampai terbawa kealam maya.

Contohnya, kita ke blog A, apabila ada yang kurang mengena pada pandangan mata,
laju saja kita mencadangkan pada tuannya, ubah begitu begini.
Untuk kebaikan, alasan popular yang selalu diberikan.

Tapi pendapat peribadi saya, elok juga sebelum mencadangkan itu ini,
bertanya dulu kepada empunya diri, 
kenapa dia memilih cara dan jalan ini.

Manusia normal, buat sesuatu mesti bersebab.

Dia buat mungkin kerana suka.
Atau kerana dah buntu tidak tahu nak buat bagaimana.
Atau, dia memang tak sedar, dan tidak tahu apa2 tentangnya.

Cadangan kita mungkin berbeza setelah mengetahui mana satu sebabnya antara tiga.

Gambar bunga matahari, kepentingan bertanya, tanya dulu sebelum mencadangkan
Have a great Sunday!
Image by Crossie (Uwe)

Comments

Cik Azz said…
Tapi kalau boleh, jangan la pasang lagu autoplay kat blog.. Terkial2 nak cari button pause.. huhuhu..

Lagi satu, tang salji2 dan daun2 gugur tu tak payah la letak.. Memang cantik tapi memberatkan loading.. Kesian la kat akak yang lain dah memang slow ni sampai adakalanya terus 'hang'.. adehhh

*Akak faham, new bloggers memang macam tu.. Sebab dulu akakpun macam tu jugak.. Semua benda nak letak.. kehkehkeh..
Nong Andy said…
Heheheh... ya. Memang betul.

Pernah ada yg tolong modify blog akak..
Tapi akak selesa berada di zone selesa hahah..
Tak suka perubahan? Mungkin..

Akak suka blog akak seadanya.. dan akak tak suka ke blog yg sarat dgn gadget yg 'bercinta'
Nak loading haha.. pernah ada yg tolong modify.. dan segan sekali sebab akak tak suka perubahan yg di buat.. jadi tak berani nak minta tolong org ubah.. sebab bila akak tak suka.. nanti kecik ati pula org yg tolong tu.

Blog lana sgt ringan dan mudah di buka. Akak suka .. hehehe
Bahulu Studio said…
yup..setiap kita ada pandangan masing2
As-salam
Unknown said…
dah nama pun cadangan tak semestinya dituruti. kalau nak dia ikut jugak tu bukan cadangan, arahan dah tu. hehe.
NasQ said…
boleh kau buat cadangan dulu kat blog aku?
Vee Zawiah said…
saya akan rasa krg selesa sbb mcm mempertikaikan hak saya ...
Anonymous said…
Salam lanaku...

Akak ni termasuk kategori yg memang tak tau tu...hahaha....blh bg cadangan tak lana....?
khairulsyarafi said…
sokong entri ini atas sebab alasan manusia... kadang-kadang mungkin ada manusia yang suka suka buat blog jadi depa buh lagu, mungkin depa berkenan. rambut sama hitam hati lain...ye ke idak :D
yong said…
hehe. kalau mahu bagi cadangan, biar berhemah ye dak?
Tinta Lana said…
@~ Cik Azz ~

hahaha, geli hati saya kak, hehe. Dulu kan, saya psg bunga dandelion, terbang sepoi2 kat belah kanan blog, adeh.. @_@
Tinta Lana said…
@Nong Andy

Gadget yang 'bercinta'.. macamana tu kak? tak faham,hihihi

Sebab org lain tak faham taste kita bukan? ^_^
Tinta Lana said…
@aisya

Arahan dan.. paksaan? ehehehe
Tinta Lana said…
@Tukang Karut

Aku segan la..lol, tetiba nak segan,hahaha
Tinta Lana said…
@Vee Zawiah

Ya kak vee..saya mengerti.
Tinta Lana said…
@Wirda Amir

Wa'alaikumusalam kak wirda..

Akak minta saya bagi cdgn? Cdgn apa kak..saya pun banyak juga kelemahannya..hehe ^_^
Tinta Lana said…
@Syarafi[skyforce331]

Tapi zmn skrg..rmbut pun dah macam2 kaler,ekekeke
Tinta Lana said…
@yong

Cara approach tu kan.. ada org bleh terima dgn mudah..ada org tak,ehehe

Pilih la jalan tgh, jln universal.. biar berhemah.
Aimacomel said…
Kalau tanya pasal blog, serius mmg aima failed. Jadi xreti nk komen or nk bg pandangan sgt utk mana2 blog.
caliph shuriken said…
paling stress klau singgah blog yg pasang lagu autoplay cmtu.. jenuh cari button pause kn, huh...
halu, salam kenal lana, blognya bagus.
APAN said…
good point...blh dijadi panduan ni
ary_lee said…
Rasanya Lana, kalau blog, tak boleh guna sistem TnC kot Lana. Sebabnya, once dah pergi kat entri tuh, memang dah tak da datang balik dah. Except if penulis blog tu buat entri baru dan menjawab soalan yang bertanya. Macam tu, mungkin lah boleh guna konsep TnC^^
Tinta Lana said…
@baby comel

Mana ada failed aima..itu, blog aima skrg,buktinya ^_^
Tinta Lana said…
@caliph shuriken

Saya depends pada lagu..lagu yg huru hara, mmg terkejut dibuatnya,hihihi
Tinta Lana said…
@APAN

Pergi mana2 pun boleh apply benda sama apan..
Tinta Lana said…
@ary_lee

Noted. Thanks ary for ur opinion ^^
Lynn Damya said…
okay, aku setuju sgt yg ini, sbb aku selalu mcm nak angin, bila tiba2 somebody yg xkenal sngt aku ni mcm mana orgnya, then dtg tiba2 suruh ubah itu dan ini, lg2 mngenai blog aku...uihhhhh suke hati aku lah kan, hahaha mcm kau ckp, aku buat bersebab, sbb aku suka..dan aku harap aku pon akan bertanya dulu before cadangkan sesuatu, so that aku leh jge hati org..hehe..nice entry lah lana....suke3 ! :D

Popular Posts