RSS Feed

Panduan Menerbitkan Karya dan Novel Sendiri #2

25

December 23, 2013 by

Pada Part Pertama entri ini, saya kongsikan panduan ringkas bagaimana hendak menerbitkan karya/novel sendiri jika memilih untuk menghantarnya ke syarikat penerbitan.

Cara menerbitkan novel sendiri, hantar manuskrip novel, kaedah menerbitkan karya atau novel, cara menerbitkan buku

Dan pada Part Kedua ini pula, akan diterangkan secara ringkas jika anda memilih untuk menerbitkannya sendiri. Antara perkara asas yang perlu anda lakukan ialah:

1. WAJIB menaipkan semula manuskrip bertulisan tangan kedalam bentuk softcopy mengikut format normal. (Rujukan format ada di entri Part Pertama).

2. Kemudian, teruskan dengan proses membaca pruf dan suntingan. Seelok-eloknya, minta rakan baik untuk buat semakan.

3. Tukarkan fail softcopy tadi ke format PDF. Jika mempunyai kemahiran, boleh gunakan Adobe Pagemaker, dan settingkan offset disitu.

4. Sediakan juga cover buku dan aksesori lain yang dirasakan perlu untuk siapkan sesebuah buku.

5. Cari kilang percetakan mengikut kemampuan budget kos percetakan.

6. Apabila siap diterbitkan, bersedia untuk memasarkannya.

Terdapat pelbagai aspek lain lagi yang perlu diteliti. Apa yang dikongsikan di Part Pertama dan Kedua ini adalah perkara asas sahaja.

Untuk mendapat lebih maklumat, anda digalakkan mengikuti mana-mana kursus/bengkel penulisan yang diadakan oleh syarikat-syarikat penerbitan.

Perkara paling utama, TOLONG PINDAHKAN manuskrip hardcopy kedalam bentuk softcopy. Juga, Google dan cari maklumat tentang hakcipta karya dan harta Intelek.

Sumber:
Attokz Dikulgai, salah seorang penulis dalam Antologi Jiwa Kacau dan Fobia - Kumpulan Cerpen.


25 comments »

nurdani said...

oh macam tu rupanya cara nak terbitkan buku sendiri. saya pernah jugak tertanya dulu

Vee said...

ada panduan ni , mudahlah bagi mereka yang berhajat nak hasilkan novel .

Genre Dari Langit said...

Cerpen akak yg berlambak tu tak tau lah nak terbitkan ke.. nak jadi jeruk pekasam hihihi..


♥Nong Andy♥

Detective Fiqa said...

terbaikk :D

btw kite tak tau nak menulis novel =.=

Cik Pensil said...

akak ada cadanagn untuk terbitkan novel?

tgk sini http://cikpensil.blogspot.com/2013/12/lalang-bagi-pengajaran.html

Nurina Izzati said...

terima kasih atas perkongsian

aisya said...

siapa yg nak publish sendiri novel sgt berguna ni.. :)

Wirda Amir said...

Kalau kat minda akak ni,ada byk yg nak dicerita tp bila nak menulis...bahasa jd tunggang langgang,cerita yg best jd tak sedap langsung di baca,apalagi nak baca...bab mengarangpun akak dah fail..apalagi nak teruskan dgn tips yg di atas....hahaha.....

Tinta Lana said...

@Genre Dari Langit

Kak..cuba la kak, terbitkan sendiri ^_^

Tinta Lana said...

@nurdani

Apa lagi dani, silakan, hehe. Terbitkan buku cara2 melukis karikatur :D

Tinta Lana said...

@Vee

Semoga sedikit sebanyak memberi panduan pada yang memerlukan ^_^

Tinta Lana said...

@Detective Fiqa

haha, fiqa! errr, Kena gi kursus tu =.=

Tinta Lana said...

@Cik Pensil

Akak nak menulis cerita pa dik? T__T

Tinta Lana said...

@Nurina Izzati

Sama-sama ^^

Tinta Lana said...

@aisya

Silakan aisya,ehehe

Tinta Lana said...

@Wirda Amir

Tapi..kat blog akk..bahasa tak tunggang langgang pun akak..hahaha

Syafiqah Azmi said...

wah bagusnya entry ni..:)
part 1 dan 2 sangt membantu sebab ada plan nak publish novel gak..hoho

Mime MF said...

lana ada rncg nk keluarkan buku sndr ke? hehe tp bgs la..info ni..mn nk tau kan? hikss:P

Tinta Lana said...

@Syafiqah Azmi

Wow,bestnya,hehe. Ada banyak manuskrip ya fiqa, boleh la cuba hantar kat mana2 pnerbit buku. ^_^

Tinta Lana said...

@Mime MF

Rancang tu tak la mime..berangan tu ya,hahaha

Betul2, siapa tahu kan..tgk2 ko kuarkan novel sebijik, :D

QasehnyaRania said...

tak pernh terpikir. tp teringin juga. hihi
thanks share info ni bersama

caliph shuriken said...

yup, mmg byk proses kena amik tau.. alaaa, mcm proses nk submit buku report final project jgak kn, hikk...

Khamsi Abdullah said...

Entri yang boleh dirujuk oleh penulis indie. Bagus ni Lana. Saya bookmarked dan shared kat member yang ingin menulis :)

Missa said...

A'kum. tak perlu ada ISBN punya no ke? Kalau nak apply ISBN tu cam mana ye?

Tinta Lana said...

@Missa

Waalaikumusalam.

Perlu. Di Malaysia, ia diuruskan oleh PNM (Perpustakaan Negara Malaysia).

Boleh rujuk di website mereka.

Powered by Blogger.