Angkuh

Assalamualaikum.

Suatu petang, diantara dua manusia.
Seorang setia mendengar, "Sang Setia".
Seorang lagi bercerita, "Si Penglipur Lara".

Khusyuknya Si Penglipur Lara bercerita,
sehingga terjerumus dia ke satu sifat yang dibenci penciptanya.

Angkuh. Angkuh berkata-kata.
Berkata tentang keburukan, kelemahan, cubaan merendahkan.
Semuanya kearah keangkuhan.

Sang setia khusyuk mendengar.
Kadangkala terangguk kepala, kadangkala mengekeh ketawa.
Niatnya ingin menjaga hati dan perasaan penglipur lara.

Mungkin bercerita begitu, dapat memuaskan hati dan perasaan.
Tidak, ternyata bukan.

Tidak lama..Si Penglipur Lara bertanya pada Sang Setia,
"Bolehkah aku meminta pertolongan mu?"
Perlahan..Sang Setia tersenyum setuju.

Setinggi tinggi angkuhmu, dihujungnya bila kamu tidak mampu,
kamu tahu mencari aku.

Arrogant human, arrogant peacock, picture of arrogant people, manusia yang angkuh
From left to right. Image by: Daria, Delfinoui, Shaphan

Comments

NasQ said…
Angkuh mendongak langit tak sedar kaki di bumi...
Ini macam kisah benar dari si pencerita :)

Pengalaman... dan ada pengajaran.



P/s: cerpen doa. Memang kenal watak dalam cerita. Di ceritakan sendiri oleh watak utama. Cuma akak olah cerita itu menjadi cerpen.


Nong andy
ewanthology said…
sekadar angkuh berkata kata sahaja.
Unknown said…
kurang faham part yg last tu

"Setinggi tinggi angkuhmu, ... mencari aku."

ni ayat2 si setia ke? kalau ya, maknanya si lara tu ada mengutuk si setia la *dgn angkuh*

ada faham argument di sini? :P
Anonymous said…
Salam lanaku...

Bila ada kwn yg cerita tentang keburukan org lain,akak selalu pesan,dlm pada kita melihat kekurangan org lain,org yg lain pula sedang melihat kekurangan yg ada dlm diri kita,jd cerita tentang ketidaksempurnaan itu berhenti di situ....

Si setia melihat si penglipur lara sebagai seorg yg angkuh,dlm pd dia merasakan dirinya adalah seorg yg setia,si pemerhati pula mungkin beranggapan si setia sebenarnya seorg yg hipokrik atau bersifat munafik krn membiarkan si penglipur lara terus melalukan sesuatu yg menjadi kemarahan si pencipta hanya kerana ingin menjaga hatinya...dan pemerhati kepada si pemerhati pula,mungkin beranggapan dn berfikir yg si pemerhati sedang berburuk sangka kpd si setia...kesimpulannya...tiada manusia yg sempurna melainkan si Pencipta... :)
aizamia3 said…
Dia tetap memerlukan seseorang bila tak dapat nak lakukan sesuatu secara berseorangan..
Gee Lion said…
nampak dah permainan dia kat situ.. Erk..
Unknown said…
Elakkan lah jadi mcm Si Penglipur Lara tu.. (peringatan utk diri sendiri) huhu
caliph shuriken said…
yg pasti si penglipur lara tu x hazama kn, hikk...
ary_lee said…
Giler "Deep" entri ni. HahahaXD
shamyheart said…
tak guna angkuh tapi akhirnya cari kita juga kan? =)
Tinta Lana said…
@Tukang Karut

Kaki tetap berpijak di tanah.
Tinta Lana said…
@Genre Dari Langit

Terpulang pada pemahaman pembaca.. :)

P/S: Thank you kak.. susah hidupnya..
Tinta Lana said…
@ewanthology

Apalah ada dengan kata2, kalau perbuatan tak kemana..
Tinta Lana said…
@kopi pasta

hahaha, ko selalu buat aku tersenyum. Boleh jadi ayat si setia. Boleh jadi ayat sesiapa saja :p

Tinta Lana said…
@Wirda Amir

Wa'alaikumusalam.

Kesimpulan yang tepat kak.. kesempurnaan dalam pemahaman manusia, kita sendiri taktau sempurna tu apa dia.
Tinta Lana said…
@aizamia3

Begitulah kan.. berlagak dalam kata2, akhirnya yg dipandang hina itulah yg menolong dia akhirnya.
Tinta Lana said…
@caliph shuriken

hahaha, yg pasti memang bukan la,haha
Tinta Lana said…
@ary_lee

Eh, cetek je entri ni, belum deep lagi,hahaha
Tinta Lana said…
@sha my heart

Keangkuhan nya bukan pada manusia saja..tapi pada penciptanya juga sha..
Gee Lion said…
permainan psikologi.
orang-orang mcm penglipurlara tu tak nampak.
tapi kita boleh nampak.
especially kalau kita sang setia tersebut.
Aimacomel said…
Betul lah tu lana, setingga mana pun helang terbang, time nak makan dia kena jugak mendongak ke bawah. Hebat macamana pun kalau xde orang sekeliling, hurrm sendiri angkat bakul, sendiri bungkus. Mendabik dada, pasti takkan lama. Terima kasih lana utk ingatan ni
Lynn Damya said…
Hahaha, betul ! di akhir keangkuhan yg tak bertempat tu, masih juga perlu meminta bantuan...tak hebat mana pun, malah takde siapa yg hebat hingga mampu buat semuanya sendiri...:D
admin said…
Nice nicee. Realiti . Ada kedua dua manusia ni

Popular Posts