Selepas PMR

Assalamualaikum.

Habis PMR, sementara tunggu masuk Tingkatan 4 itu, saya sempat bekerja part-time disebuah kilang buku.

Itu pekerjaan pertama saya. Penatnya..barulah saya tahu penat kerja itu macamana.
Tambah2 lagi, waktu itu baru masuk bulan puasa.

Kilang itu lebih kepada penerbitan. Antara yang diproducekan ialah buku latihan sekolah, katalog sales hypermarket, dan paling saya ingati, buku motivasi Berani Gagal yang dikarang oleh Billy Lim. 

Antara kerja yang saya buat disitu, buku latihan sekolah yang dah siap dipotong tu, saya kena lalukan ia disebuah mesin untuk di'stapler'kan ditengahnya. Takut sangat masa 1st time buat. Mesin tu pun, dah macam robot2 dalam Transformers je bunyinya (T__T).

Time lunch hour, makcik2 yang berbangsa Melayu, beragama Islam ni bantai makan. Tertanya saya, "tak puasa ke makcik2 ni? Takpa, bersangka baik. Maybe tengah 'cuti'". Aihh, lama bebenor 'cuti'nya makcik.

Habis kerja dalam pukul 7. Saya dan dua orang lagi rakan, berjalan kaki saja balik kerumah. On the way balik, singgah kedai mamak, berbuka puasa disitu. Itulah 1st makan maggi goreng mamak, sedap plak.

Dan, sampai dirumah, baru saya perasan tapak tangan bercalar balar. Baru saya tahu, kertas yang baru dipotong, sama tajamnya dengan pisau.

Tahun ini, PMR 'tiada' lagi. Diganti dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Cerita ini cerita 12 tahun lalu.
Cepatnya waktu. Pejam celik, ditahun baru ni pun dah seminggu berlalu ^_^

Comments

ewanthology said…
awalnya mula buat kerja part time, pandai lana cari duit poket sendiri :-)
Gee Lion said…
umur Lana 27 ea? hehe.. (=
Unknown said…
Salam lana....
dah rasa bekerja dah time tu...awalnya...bole pulak mereka terima...keje part time bole ya...
hehehe...kenapa lana x pakai sarung tangan....memang tak ada provide ker...
NasQ said…
aku kerja kilang biskut kat melaka...
||aLeaSaRa|| said…
assalamualaikum lana.wah pengalaman yang sangat menarik,tu.makcik2 tu uzur plus tak larat kot.tu yang lama 'bercuti' ngeee...

kak lea tak taulah nanti time anak bongsu form 3 lagi 8 tahun,ntah sistem peperiksaan baru apa pulak yang akan dia tempuhi
Unknown said…
itu lah kan.. cepat je masa berlalu.. sy dulu lepas pmr terus balik kampung. hehe.
Tinta Lana said…
@ewanthology

Waktu itu, lebih pda nak ikut kawan sbnrnya..sebab tahun hadapannya, saya dah berpindah ke putrajaya. Konon2, sblm nak pindah tu, nak luangkan lebih masa dgn mereka..ecehh,heh3
Tinta Lana said…
@Azie Namico

Wa'alaikumusalam. Aah,bila fikir balik, seawal usia tu diorg dah terima bekerja. Lana ingat lgi, ada dua budak Cina juga, lana dan kawan 3 org, total 5 org smuanya. Kami sama baya je.

Tak provide pun.. yg senior2 pun takda pakai sarung tgn.
Tinta Lana said…
@||aLeaSaRa||

Wa'alaikumusalam. hehehe, tapi makcik2 tu nampak lebih dari sihat kak..grrrrr,hehehe

Aah kak, masa akan dtg taktau macamana pula. Sblm PMR, kita ada SRP..eh ya ke SRP singkatannya, saya pun dah lupa..
Tinta Lana said…
@aisya

Eh, dulu duk asrama ke aisya?
APAN said…
kira start tahun ni xde dah la ye...jngn dok tukar plak pasni dah la...kesian ke budak2 sekolah ni dorang jadi bahan ujikaji.
bnyk kenangan tuh, terkenang gak kenangan keje pertama aku dulu. haha...blh wat entri gak ni kalau xde point sngt
Vee Sandi said…
blh lak dpt keje time bwh umur . masa mmg pantas berlalu . lebih pantas bila kita dok tunggu hari cuti ...
Anonymous said…
Komen akak kat sini tk lekat ke lana..?huhuhu...adoii...
Chic Na said…
rajinnya lana.. baru abis pmr dah keja.. tp best dapat pengalaman kan..
caliph shuriken said…
haa, penat kn keje.. so, bila dh dapat gaji jgn membazir suka2 hati, hikk...
BUNDA said…
Pengalaman tu namanya..lepas SPM kerja apa pulak?
Tinta Lana said…
@APAN

Aah..tak silap aku memang tahun 2013 last..

Aku ingat lagi, zaman sekolah dulu, aku batch pertama untuk matapelajaran EST. Tak sure lagi ada ke tidak EST skrg ni. Merasa juga jadi bahan ujikaji,ekekeke

Mahu tak banyak..walaupun keja tak sampai sebulan, duit masyukkk. Umur belasan tahun kan, dpt duit sendiri mmg best,ehehe
Tinta Lana said…
@Vee Sandi

10 tahun yang lalu, budak2 PMR masih diterima kalau kerja part time mcmni kak vee.

hahaha, yup, terlebih pantas dan sekejap bila cuti dah habis T__T
Tinta Lana said…
@Wirda Amir

Kesian akak.. aah kak wirda..tak dapat pun.. saya cek kat spammer pun takda (kdg2 komen terlepas ke spammer)

Tinta Lana said…
@Chic Na

hehe, rajin la sangat kan (-_-) Kejap je pun cikna..tak sampai sebulan,ekekeke
Tinta Lana said…
@sha my heart

Tq sha for dropping here..hehe :)
Tinta Lana said…
@caliph shuriken

Penaattttt T___T

Itula, ingat senang nak cari duit?? hihihi
Tinta Lana said…
@BUNDA

Terima kasih bunda..aah, pengalaman berharga,hehe.

Lepas SPM saya keja kat salah satu foodcourt parcel C, Putrajaya, hehe
Anonymous said…
mungkin masalah line akak ni lana...
Unknown said…
eh, tak lah..

balik kampung bapa.. selalunya hujung tahun mmg wajib balik kampung.. tp tahun tu tunggu sy habis pmr.. tu yg sy habis paper je bapa terus pecut balik kampung. hehe
Anonymous said…
akak nk jwb juga di sini,akak msh ingat jwpn akak lbhkurang mcm ni,,

Lana dan buku..,

boleh pulak bekerja di bawah umur..br 15 thn..

tentang makcik yg tk puasa tu,elok juga kita berbaik sangja,21 hari uzur syarie,selebihnya uzur hakiki...hehehe
Gee Lion said…
@Lana

yeay dah tahu.. boleh panggil kak Lana.. haha..

*main-main je :p
Fiza Aizzawa said…
tak ramai yg baru abis PMR nak keje sbbnye time tu boleh dikatakan waktu honeymoon.. nak duk umah tido, mkn, ngk tv.. hehe
QasehnyaRania said…
seawal usia 15 tahun lana dah timba pengalaman keja ye. ciksu msa lps spm baru boleh cari kja. tu pon kena ikut org yg dikenali oleh mak
CD said…
awal betul kerjanya ya.. mcm zizie, dah umo 20 baru merasa bekerja.. hihi.. kes xpuasa tu, kat tempat zizie kerja lg best.. dorg mkn dalam fitting room.. sebulan ABC agaknya..
Tinta Lana said…
@Gee Lion

hahaha, gee.. boleh je. Lana ok je ^_^
Tinta Lana said…
@Hafiza AizZawa

Teringin nak pegang duit sendiri time tu fiza,heh heh heh :D
Tinta Lana said…
@QasehnyaRania

Tapi sekejap je qaseh..tak sampai sebulan pun.

Selepas SPM pun saya kerja juga. :)
Tinta Lana said…
@Nurul Farahizzati

Cepat lambat bukan soal utama.. kenangan dengan pengalaman tu zie..hehe. Best sgt slps PMR tu, takut pun ada sbb rasa diri kerdil sgt time tu, suma org dewasa keliling kita,heh3
Aimacomel said…
Aduhaiii, muda2 dah kerja ye lana. PMR, dah lama sgt berlalu...
Lynn Damya said…
Salam....urghhhhhh !
aku ngeri dgr luka kerana terhiris dgn kertas...sakitt woooo~ pedihhh....uhuk2... (nangis)
admin said…
Salam, lana. Tiba tiba terasa rasa pedihnya terkena kertas tu. Mmg pedih. Gigih tu lana cari duit sendiri. Kagum.

Popular Posts