RSS Feed

Novel Saga Takluk Jagat

17

August 6, 2014 by

Dua tahun sya mencari novel terbitan PTS ini, Saga Takluk Jagat. Karya Zaki Zainol.

Pada yang meminati kisah2 bertemakan perjuangan dan pertempuran, boleh cuba dapatkan novel ini. Kalau boleh saya katakan, ia novel bertemakan aksi dan epik fantasi, cuma abaikan seketika covernya yang mungkin sedikit ke'komik'an.

Novel ini terbahagi kepada dua siri. Yang pertama, Bisikan Ariasha manakala Amukan Indera Bumi adalah siri yang kedua. Pada asalnya, novel ini diterbitkan sebuah untuk satu siri. Dan yang saya miliki ini, PTS telah gabungkan kedua-duanya menjadi satu.

Saga Takluk Jagat Pertama, Saga Takluk Jagat Kedua, Bisikan Ariasha, Amukan Indera Bumi, Zaki Zainol
Saga Takluk Jagat oleh Zaki Zainol

Kisah epik fantasi berunsurkan budaya Melayu ini agak menarik perhatian (saya). Zaki Zainol berusaha mengenengahkan unsur tersebut melalui babak pertempuran yang menggunakan ilmu persilatan, pantun Melayu, senjata Melayu seperti keris dan lembing, serta melalui penamaan watak2 utama seperti Bayu Adi Jata, Puteri Ariasha Cinta Castra dan Zilastra Dunia Kencana. Diselitkan juga unsur mistik, melalui kewujudan watak Sigorong dan Kaum Bunian.

Dari sudut aksi, agak menyeronokkan, cuma semasa saya membacanya, kepala saya mengembara mengingatkan babak aksi yang seringkali dapat dilihat dalam filem2 aksi Hong Kong. Terbang sana, lompat sini. Mujur sambil membaca saya tak melayang bawah katil sendiri.

Harga semasa RM35. Mungkin anda akan berhadapan dengan sedikit kesukaran untuk mencarinya dikedai2 buku. Boleh cuba membeli secara online. Sinopsis yang lebih menarik, boleh dibaca di: Seruling Senja.


17 comments »

AINA ZAIRULNIZAM said...

Vuahhh...nampak macam menarik, tapi aina tak minat membaca uhuhu.

Mai entry aina! :D
http://sirambotmaggi.blogspot.com/2014/08/pengkritik-biskut-raya-tak-tahu-malu.html

nurdani said...

saya kurang baca novel tapi tertarik kalau novel tu mampu buat saya masuk dalam cerita tu

BUNDA a.k.a KN said...

Lana peminat novel yer...samalah dengan anak bunda...bunda sendiri tak berapa minat membaca ni...

Hazmin Hamudin said...

Macam menarik je ni. Lama dah tak beli novel ni.

Tinta Lana said...

@AINA ZAIRULNIZAM

Agak tebal novelnya,hehe

Tinta Lana said...

@nurdani

Lana memilih jugak..tpi kdg2 tersilap pilih jugak bhn bacaan ni.

Yg ni kira memuaskan hati juga.

Tinta Lana said...

@BUNDA a.k.a KN

Bergantung pada genre nya bunda :)

Tinta Lana said...

@Hazmin Hamudin

Menarik bro..bagi sya la,hehe

Rai Ourkizuna said...

masa sekolah je rajin baca novel begini..sekarang dah susah.. sbb tak boleh nak concentrate.. :D

Aisya A. said...

macam best jeeeee...
tgk kt mphonline ade. hehe. try carik kt mph dulu, kalau dh penat cari online je la jawabnye. hehe

muja said...

yg mampu kubaca hanya review di blog lana.. ekekee

Hanisaleeya Haniswah said...

Kalau tak salah, sepatutnya ada buku ketiga. Tapi sampai sekarang tak dengar bunyi. Ni salah satu saga kegemaran saya.

Mohammad Lokman said...

Apa ending buku kedua..adakah masih tergantung?

Tinta Lana said...

@Mohammad Lokman

Buat masa ni, saya pun tidak tahu apa perkembangan seterusnya..

Farz Farha said...

beli di mana novel nie?? puas sy mencari.. semua kehabisan stok sbb Alaf21 dh ambil alif utk percetakn versi baru.. & dh keluar pon. tp sy nk versi lama under PTS.. plezz.. any info?

mrpolie said...

Pergh... nampak bombastiknye bahasa... tgk tajuk pon dah x faham...

Tinta Lana said...

@Farz Farha

Saya sendiri 'bertuah' dapat senaskhah di Pustaka Mukmin, di Putrajaya. Presint 15, kedainya menghadap Mydin.

Powered by Blogger.