RSS Feed

Keyboard Warrior Generation

18

November 13, 2014 by

Baru2 ini, saya mula mengambilalih tugas menemuduga pekerja baru.

Dan, mengingatkan kembali apa yang saya baca tentang generasi Y dan generasi Z, sememangnya ada benarnya. Melalui pemerhatian saya, terdapat jurang antara pekerja baru dari dua2 generasi.

Jurang yang saya maksudkan, paling ketara adalah dari segi: Ketahanan emosi.

Mereka yang dalam lingkungan generasi Z, dari segi akademi, kelayakan memang boleh dibanggakan. Tidak jauh beza dengan generasi Y.

Tapi apabila kita bercerita tentang semangat juang, kuat berusaha untuk mencapai sesuatu, rajin, tanggungjawab dan amanah dalam pekerjaan..generasi Z agak kurang.

Apabila diberi lebih cabaran, mereka tidak tahan.
Diberi kerja susah, muka punyala resah.
Ada sesetengah keadaan, mereka mudah merasa bosan.

Sudah tentulah, bukan semua seperti itu.

Pada adik2 yang baru memasuki alam pekerjaan, selamat datang. Jadilah 'pahlawan' sebenar didunia realiti, bukan sekadar 'pahlawan keyboard' didunia ciptaan sendiri.

Image by Dobbie03


18 comments »

Cik Azz said...

Assalamualaikum Lana.. Lama menghilang.. Busy menemuduga rupanya..

Sekarang ni zaman generasi Z ehh..? Akak ingatkan generasi Y lagi..

Akak ni generasi X.. Dah X-pired dah.. hehe... adehh...

Cik Pensil said...

^_^

terima kasih .

Azie Namico said...

salam lana...hi2
so anda generasi mana...he3
klu kita tengok dekat laman sosial mesti ramai pahlawan2 yg hebat2 yg memberikan pendapatkan...bila kita amati mereka2 ni muda2 lagi....tapi realitinya mereka mencipta dunia mereka sendiri...

yg paling best ramai pengikut pulak tu..he3

Jie said...

lamanya tak kemari. nice sharing. nak jadi pahlawan la lepas ni. hehe

aizamia3 said...

Generasi Z dah biasa dimanjakan.. ketahanan emosi kurang.. walau bukan semua..

Lama Lana menyepi.. kekangan kerja buat masa di sini semakin terhad.
apa2pun moga Lana kuat dan sihat selalu hendakNYA..

ewanthology said...

budak sekarang nak keje senang tapi gaji tinggi.

Arham Md Ali said...

Technically Lana yang mula start kerja sekarang ni still Generasi Y, am pun dalam kalangan generasi Y.

Banyak guideline, tapi am paling suka macamni. Dia ikut tahun yang kita lahir:

Lost generation (sebelum WW1)
Silent generation (diantara WW1 and WW2)
'The greatest' generation (WW2)
Baby boomers (awal 1940an-pertengahan 1950an)
Generation jones (pertengahan-1950an- pertengahan 1960an)
Generation X (akhir 1960an-akhir 1970an)
Generation Y / Milennials (1980-2000)
Generation Z/ Dotcoms (2001-sekarang)

Bab malas dan kurang kekuatan mental tu entahla, banyak faktor kan - mungkin sebab dunia teknologi sekarang buat ramai tertarik dengan idea individualism, nak kaya cepat dan jugak tak suka buat benda yang repetitive. Boleh buat social study benda ni.

Gee Lion said...

Saya setuju dgn pendapat Am di atas, saya pernah mengkaji tentang permasalah generasi dan guidelines dia masa di U dulu.. saya adalah generasi Y, anak buah saya kebanyakannya kini adalah generasi Z.. tak lama lagi akan muncul pula generasi Alpha..

Tapi entah kenapa daya juang generasi Y ni berbeza2.. hurmm.. entahlah.. kat sini pun ada sorang staff yang muda 4 tahun dari saya, pernah menangis2 pas tak tahan kena teruk dgn boss.. sanggup MC berhari2.. bukan saya tak pernah kena.. but maybe semua ni bergantung pada individu itu sendiri kot.. ;-)

amir zahari said...

tak sangka sy generasi Y.. tak semua seperti yg lana cakap, tapi kebanyakkannya memang mcmtu Lana.. Kerja nk mudah, bila bg arahan die kata kita marah dia.. lepas tu tembak kat facebook..

potia casadelarossa said...

as salam.. Lanaaaaaaaaaaa!!!!!! ada lagi.. lama menyepi hilang tak dapat di kesan.. :'(

Tukang Karut said...

mereka semua dibiasakan dengan hidup senang...

Embun Melati said...

Ramai yang tidak tahan dengan dugaan kerja sekarang. Namun ada yang memilih dugaan bekerja sendiri itu lebih selesa.

QasehnyaRania said...

dh biasa hidup senang..

Arham Md Ali said...

@Gee Lion

Mesti diorang pelik bila kita bercerita yang zaman kecik kita tak ada Facebook atau tablet atau smartphone. Mesti buat muka macam mak ayah kita bercerita pasal zaman membesar diorang dekat kita :D

caliph shuriken said...

alam pekerjaan banyak cabarannya.. kdg2 dh dapat keje yg kita impikan tapi x mampu bertahan lama.. mungkin tiba2 kita rasa x serasi dgn keje tu..

*sanah helwah, lana ^^

Riri Maysyuri said...

singgah sini sambil menyimak, lama tak singgah. salam sihat dan sukses selalu dari indonsia :)

Tinta Lana said...

@Arham Md Ali

Am..thank you share guideline. Agree, bnyk guideline sbnrnya.

Baru ni yana baca artikel dlm majalah Cosmopolitan, ttg ciri2 generasi Y. Lepas baca, lana rasa guideline yg lana baca kurg tepat.

Tinta Lana said...

@Gee Lion

Banyak faktor gee..tpi lana rasa, perkembangan teknologi salah satunya. Not try to blame the tech, tpi kita skrg terlalu bergntng pada teknologi. Jadi hidup pun serba mudah.

Bila sedikit susah, kebanyakan mudah hilg kawalan.

Powered by Blogger.