Tips Temuduga Kerja #1: Datang Sendiri
Assalamualaikum.
Tips yg dihighlightkan ini, sesuai bagi mereka yang pertama kali memohon pekerjaan. Dalam erti kata lain, untuk anda yang baru nak masuk alam pekerjaan.
Tips Temuduga yang pertama: DATANG SENDIRI, SEORANG DIRI.
Kita faham betapa berdebarnya bila melalui proses temuduga buat pertama kali. Dan biasanya, kita mungkin meminta keluarga terdekat, atau mungkin kenalan rapat untuk menemani kita, memberi sokongan dari segi semangat dan kata2.
Tiada yang salah tentangnya.
Tapi cukup sekadar menemani diluar premis pejabat/tempat kerja yang dipohon.
Apabila anda datang sendiri, ia memberikan satu gambaran kepada penemuduga, anda boleh berdikari. Berdikari antara salah satu kualiti diri yang majikan cari.
Anda bukan lagi bayi. Yang perlu selalu diperhati.
Jadi ciri berdikari itu sangat penting.
Jangan dibuat, anda yang mohon kerja, tapi ibu kesayangan yang banyak bertanya, 'berkerak' hati penemuduga.
Good Luck!
Comments
http://hcubeshop.blogspot.com/