6 bulan
Assalamualaikum.
Hampir 6 bulan lamanya tidak menulis apa-apa :)
Apa khabar agaknya blogger seangkatan sya, mudah2an sihat ya, hihi.
Apa khabar agaknya blogger seangkatan sya, mudah2an sihat ya, hihi.
6 bulan, bukan singkat bukan, banyak pengajaran tentang kehidupan saya dapat 6 bulan ni..
1. Never trust anyone. Kepercayaan tak boleh diberi 100% pada seseorang, kerana sifat manusia tu sendiri berubah2.
2. Belajar bermula dari bawah, bak kata Pn Ainon Mohd, berkuli. Belajarlah bersusah, kerana kesenangan hanya datang selepas kesusahan, itu memang janji Allah.
3. Saya melihat maksud berjaya dalam sudut yang berbeza. Bukannya 100% tentang wang, kerjaya, perkara2 yg kita boleh lihat scra luaran. Ia lebih kepada bagaimana kita mengawal keadaan, memanfaatkan masa, memotivasikan diri dan orang sekeliling kita.
4. Berkawan rapatlah dengan mereka yang positif, yang baik, yang selalu mengingatkan. Ini juga sebahagian dari pelaburan kehidupan.
5. Just show your trueself. Penilaian orang keatas keperibadian kita bergantung pada banyak faktor. Yang penting, kita jaga solat, jaga maruah diri, jaga kualiti kerja dan saling menghormati, insyaAllah life will be much more easier.
6. Melepaskan kemarahan itu perlu, tetapi jangan sesekali menyimpan dendam. Selalulah berusaha untuk 'mencuci' hati supaya tidak berwarna hitam.
Anda, 6 bulan yang telah berlalu, apa yang sudah berlaku, dapat sesuatu? :)
Anda, 6 bulan yang telah berlalu, apa yang sudah berlaku, dapat sesuatu? :)
Comments
Alhamdulillah, walaupun kita tak sedar masa berlalu, tapi kita dapat rasa diri makin matang, dan banyak benda yang kita belajar, and we need to learn more and more ^___^
nice sharing, lana ^^
*sori baru sempat singgah sini, huh...
mmg xboleh letak 100% kepercayaan kpd org tapi berbuat baiklah kpd semua org