Anak2 di abad 21..terabai?
Mak lana, seorang surirumah. Bagi mengisi masa lapang, antara kerja yang dilakukannya ialah jadi baby-sitter. Jauh disudut hati, kadangkala rasa kasihan pada anak2 kecil dirumah ini.
Seawal pagi, parents diorang dah hantar kerumah lana. Ada yang masih terlelap sewaktu dihantar dipintu pagar. Bangun dari tidur, muka pertama yang diorang nampak- Mak Idah (mak lana). Selepas tu, yang mana bersekolah, tadika..perlu segera dimandikan, disiapkan. Lana yang hantar..
Tamat sesi pembelajaran, lana yang ambil..kemudian, lana yang suapkan makan, lana juga yang tanya ada keja sekolah tak..ada katanya. Bila dia kuarkan alat tulis..aduhai..kesian..penselnya tumpul, pemadamnya lagi kecik dri duit 5 sen..belum tgk lagi "kesihatan" alat2 sekolah yang lain..
Sibuk sangatkah parents sekarang sehingga tiada masa nak peka dan ambil tahu hal anak2? Anda ada jawatan, pekerjaan serta gaji yang boleh dibanggakan.. tapi bila tiba hal kecil seperti ini...
Ambillah sedikit masa, sebelum anda sbg ibubapa lena, tanya apa yg anak2 anda lakukan sepanjang harinya, periksa apa lagi keperluannya.. tanya ada apa yang tak kena..atau berkongsi cerita tentang peristiwa yang buat dia begitu gembira..
Masih jelas dalam ingatan, abah akan tolong tajamkan pense & pensel warna dgn sharpener, bila pemadam dah berlubang/terbelah, cepat2 abah tukar baru. Paling seronok, semua buku teks abah sendiri yang balut dengan baiknya..siap tampal nama lana kat depan sekali. Seingat lana, zaman sekolah, tak pernah ada yang kurang..segalanya cukup...walaupun pendapatan abah sangat sederhana...
"Harta bukan segalanya..yang penting adalah jiwa..isilah ia dengan sesuatu yang memberi makna..bukan sekadar melepas batuk ditangga.."
Comments
masa dengan anak2 memang terhad tapi akak tak letak 100% di bahu pengasuh sebab itu anak2 akak.. selagi boleh akak akan bersama dengan anak2..
psstt: akak cemburu kalau dorang rapat dengan orang lain.. ;) dan kat rumah akak suka suapkan anak2 walaupun dorang dah besar..
Alhamdulillah akak..moga anak akak ingat pengorbanan ibu ayahnya..bukan pa akak..sepanjang tolong mak jadi baby-sitter ni kan, memang cukup seronok..ya la, sapa tak seronok ada anak2 kecil kan..ragam yang kdg2 mencuit hati..tapi tulah..ada parents yang ambil berat, tapi ada juga yang lepas tangan..
hahahahaha..
pulak dah apit ni,hahahaha. org suh amik iktibar, dia nak anak,heh, :p
Benar..buktinya sgt banyak depan mata lana..gara2 duniawi, si anak hanya sempat dibekalkan telur goreng setiap hari..
ingat lagi masa kecik dulu-dulu, ayah ikat kat bangku makan suruh buat matematik suruh buat bahasa inggeris dengan betul...perit oo dulu, tapi macam tu lah didikan ibubapa dulu. hasilnya macam nih lah...alhamdulillah...
fuh,sampai diikat ya?hehe. Lana tak sampai camtu, cuma masa nk siapkan homework, abh memg betul2 duk sblh, pantau. Suara abah tegas, tu pun da buat lana cukup cuak,hehehe.
Betul, hasilnya..Alhamdulillah.. :)
seronoklah lana layan budak2 kecik dekat umah tuu..hihi
kuasa pun seolah menjadi hartanya..
diorang busy cari rezeki..
tapi alhamdulillah.. tiap2 malam abah mesti ajak solat sama...
rindunya zaman dulu2~
sama..rindu sangat zaman diawal usia.. T__T
adeh, macam baca novel?heehehe. jangan sedih2 ya fara :)
heh,kak pia, takdala rajin mana..zaman sekolah dulu, tak suka sgt,hehehe. tpi bila da makin naik usia,baru bersungguh skit tolong mak, kui3 *_*
Anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang, asuhannya bermula dari rumah, ibubapa lah yang berperanan yg paling besar..
Tak risau ke, jika anak kita menerima didikan dari org lain? xada rasa cemburu ke jika kasih tu tumpah pd org lain?
Ish, nk komen panjang kan jadi entry plak kang...hehehehe panjang lg nih..= P