Denggi lagi? Memang dah takdir atau sikap sambil lewa?
Duduk dikawasan berkepadatan tinggi ni, mengajar aku untuk bersikap neutral. Maksudku, dalam apa juga perkara/situasi, aku lebih suka menelitinya..dan seterusnya mengambil ikitibar buat diri aku sendiri. Aku tak suka sikap mencari kesilapan, kesalahan apatah lagi kelemahan orang lain. Kerana? mereka juga manusia..takda bezanya dengan diri kita ^__^
Ok, intro tah apa2 T__T
Pagi ni, sekali lagi, kawasan kejirananku ini digemparkan dengan kes denggi. Aku ingat lagi, dua tahun lepas, seorang pemuda, sama floor dengan aku, meninggal dunia selang beberapa hari gara2 denggi ni. Dan pagi ni, orang yang aku kenali, akak tu tinggal tingkat paling bawah sekali..pun jadi mangsa penyakit yang nampaknya macam tak berhenti2.
Aku tak pasti, mana silapnya. Pihak hospital boleh kata sering, selalu buat fogging..Advertisement tentang denggi pun, usah cakaplah..tiap floor ada iklan tu..siap tulis lagi:
Jumlah kes denggi blok XX: 2 kes
Tarikh: 1/3/2020 - 1/7/2021 (aku tipu ok,hek3)
Tapi..tiap tahun, confirm ada sekurang2nya seorang yang masuk wad..blok aku plak tu! hahahaha. Adoi, boleh plak gelak. hahaha. Sementara sihat, boleh la gelak kan T__T. Jagalah kebersihan persekitaran rumah anda, kadang2 kerana kesilapan anda, org lain yang menjadi mangsanya. Sekian..
Comments
tapi terbaca jugak ada fakta mengatakan nyamuk edis nihh hanya boleh terbang sampai tingkat 5 jerr. pastu dia dh tak larat dan disebabkan beban tarikan graviti bumi.. cikgu duduk kat tingkat 9...
tapi tataw laa kot2 dia rehat dulu kat tingkat 4 pastu sambung balik penerbangan dia,,, boleh sampai jugak kot..
tak pon dia boleh tumpang naik lif ngan kita..
haiisshhhh,,!! apa yg aku merepek nihh,,!!
semoga berhati2 yer..kita boleh mcegahnya..
check pasu2 bunga takut ada bertakung,saluran air ke..
apapun kena hati2..bahaya bila satu floor dah ada mati..isk isk..
denggi neh bukan boleh wat main2..kena antibodi yang lemah..lagi cepat mati huhu..
biarkan air bertakung sane sini .. longkang tersumbat .. hurmm memang mengundang denggi la tu
lana hati-hati k..