Denggi lagi? Memang dah takdir atau sikap sambil lewa?

Duduk dikawasan berkepadatan tinggi ni, mengajar aku untuk bersikap neutral. Maksudku, dalam apa juga perkara/situasi, aku lebih suka menelitinya..dan seterusnya mengambil ikitibar buat diri aku sendiri. Aku tak suka sikap mencari kesilapan, kesalahan apatah lagi kelemahan orang lain. Kerana? mereka juga manusia..takda bezanya dengan diri kita ^__^

Ok, intro tah apa2 T__T

Pagi ni, sekali lagi, kawasan kejirananku ini digemparkan dengan kes denggi. Aku ingat lagi, dua tahun lepas, seorang pemuda, sama floor dengan aku, meninggal dunia selang beberapa hari gara2 denggi ni. Dan pagi ni, orang yang aku kenali, akak tu tinggal tingkat paling bawah sekali..pun jadi mangsa penyakit yang nampaknya macam tak berhenti2.

Aku tak pasti, mana silapnya. Pihak hospital boleh kata sering, selalu buat fogging..Advertisement tentang denggi pun, usah cakaplah..tiap floor ada iklan tu..siap tulis lagi:

Jumlah kes denggi blok XX: 2 kes
Tarikh: 1/3/2020 - 1/7/2021 (aku tipu ok,hek3)

Tapi..tiap tahun, confirm ada sekurang2nya seorang yang masuk wad..blok aku plak tu! hahahaha. Adoi, boleh plak gelak. hahaha. Sementara sihat, boleh la gelak kan T__T. Jagalah kebersihan persekitaran rumah anda, kadang2 kerana kesilapan anda, org lain yang menjadi mangsanya. Sekian..

Comments

Munn Jaafar said…
lana...cr la rumah lain...kekadang kita jga kbersihan beria2 tp org lain tak...takut kita yg terkena nnti..
arituarini said…
sikap smbil lewa..tp de org bela denggi ni.. kih kih kih..
harrazdani said…
kebersihan itu separuh daripada iman...islam menganjurkan kita menjaga kebersihan nak elak benda2 mcm ni lahhhh....tp apa yg berlaku sebaliknya...
NA said…
Kat kawasan saya ni pun kes denggi tinggi. Entah berapa kali pihak kesihatan datang buat wasap.
aizamia3 said…
pucuk pangkalnya sama-sama menjaga kebersihan.. bila segelintir yang endah tak endah itu yang terkena pada mereka yang berhampiran..
wan_cikgumuzik said…
hahahaha.. kat block cikgu 2 bulan sekali ada jerr yang kena.. lagi terrbaeekk..

tapi terbaca jugak ada fakta mengatakan nyamuk edis nihh hanya boleh terbang sampai tingkat 5 jerr. pastu dia dh tak larat dan disebabkan beban tarikan graviti bumi.. cikgu duduk kat tingkat 9...

tapi tataw laa kot2 dia rehat dulu kat tingkat 4 pastu sambung balik penerbangan dia,,, boleh sampai jugak kot..

tak pon dia boleh tumpang naik lif ngan kita..

haiisshhhh,,!! apa yg aku merepek nihh,,!!
Muttallif said…
bahaya tu....tingkatkan keselamatan dan jauhi dari pencemaran. tapi kalaulah minda tak berubah oleh semua orang, susah jugak...hati -hati ekkk...
Fathiah Hamim said…
orang ramai tak kesah. selagi tak kena kat batang idung sindri or family members selagi tuh tak reti nak be responsible.
Noor said…
hapuskan nyamuk di sekeliling anda.....elakkan diri dari terkena sengatan nyamuk yaknie jagalah kebersihan sekeliling rumah anda....huhuhu.....
Zul fattah said…
kawan saya mati sebab denggi..sedih do..
Unknown said…
jaga kebersihan rumah yer..pastikan xde tmpt bertakung. kalau boleh psg jaring keselamatan kat tingkap tu. pasang kelambu. dll..

semoga berhati2 yer..kita boleh mcegahnya..
Damn Nations said…
Jaga kebersihan.. sentiasa pakai ubat nyamuk & sama waktu dgnnya.. & BERDOA... selamat kot... Bahaya tu... gerun....
syuxer said…
lana tido pasni kena pasang ubat nyamuk dan tido dalam kelambu la pasni heheh...

check pasu2 bunga takut ada bertakung,saluran air ke..

apapun kena hati2..bahaya bila satu floor dah ada mati..isk isk..

denggi neh bukan boleh wat main2..kena antibodi yang lemah..lagi cepat mati huhu..
Alif Haris said…
tu la tak jaga kebersihan ..
biarkan air bertakung sane sini .. longkang tersumbat .. hurmm memang mengundang denggi la tu
Unknown said…
nyamuk ni sekarang dah macam kebal pulak..pasang ubat nyamuk pun dia tak takut aisssh
1 said…
kadang-kadang kt dah berusaha utk berhati-hati tp org lain pula yg akan membawa masalah kepada kita..

lana hati-hati k..

Popular Posts