RSS Feed

Destinasi: Machu Picchu

15

July 17, 2011 by

Machu Picchu, Peru antara tempat warisan yang sangat dikenali malah dikagumi diseluruh dunia lebih2 lagi dikalangan para arkeologi. Terletak dengan ketinggian 2,430 m di atas paras laut, ia juga dikenali sebagai salah satu peninggalan Empayar Inca yang amat menakjubkan. Kubu yang dibina mengelilingi bandar Machu Picchu ini terdiri dari potongan batu2 yang bercantum rapat antara satu sama lain. Uniknya, cantuman antara batu2 ini tidak melibatkan sebarang mortar/pelekat sebagaimana simen yang sering digunakan untuk melekat batu bata yang digunakan pada masa kini.



Memandangkan bangsa Inca tiada bahasa bertulis (tidak seperti bangsa Mesir dahulukala, yang memiliki sistem tulisan tersendiri), maka mereka juga tidak meninggalkan sebarang catatan tentang pembinaan Machu Picchu ini. Dan kerana itu, para pengkaji sehingga kini berdepan kesulitan untuk memahami tujuan pembinaan Machu Picchu ini dan bagaimana bangsa Inca menggunakannya sebelum ianya terbengkalai pada abad ke-16.



Pada tahun 1911, seorang profesor dari Yale bernama Hiram Bingham berjaya meletakkan namanya dalam sejarah sebagai seorang pengkaji/sarjana Barat pertama yang berjaya sampai ke Michu Picchu. Dengan ditemani seorang Peruvian (penduduk tempatan), mereka mendaki ke kawasan lereng gunung yang menempatkan bandar warisan ini.


Walaupun penduduk asal/ orang Asli dikawasan tersebut tahu kewujudan bandar ini, tetapi sayang sekali, pemerintah/penakluk Peru tidak tahu menahu langsung tentangnya menjadikan ia kekal terasing, terbiar daripada dunia luar berabad lamanya.

Situasi itu kini dilihat jauh berubah. Ia kini menjadi antara destinasi wajib dikunjungi di Peru.

Sumber: National Geographic.com, Imej dari Google.

- Maaf ya, kalau ada fakta/alihan bahasa yang tersilap, tolong bagitau lana -


15 comments »

Syuxer said...

menarik sekali fakta neh..:)..tq sharing

taliff said...

wowowowowowow...baru tahu yang benda ini ada kt dunia...tapi teknologi orang dulu memang amat mengagumkan, tetapi apa yang pelik nya, ilmu mereka yang dulu tidak dapat dimiliki orang sekarang.

Bayangkan mereka membuat emmpayar tersebut pada aras yang tinggi, macam mana batu2 itu dibawa? terfikir tidak?

hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock said...

jauh jln ...comel tempat nim :)

Terbelog said...

lawo tmpt
tp xde org :0

KeTaM_BaTu said...

wow.. menarik. walaupun tak pernah pegi sana, baca entri saja dah tau tempat ni sgt bes..

Miss Y and Her World said...

cantik gila tempat ni. boleh buat destinasi photoshoot untuk wedding. hehehe ;)

Tips : Melicin dan Menghaluskan Kulit
Kau Jantung Hati

wan_cikgumuzik said...

wwiiiiieeuuuuuu..!! tempat nih memang best..!!

tobat teringin nak pi.. thanks sbb bg info yang sangat menarik mcm nih...

keep it up..!!

Jasman said...

dah lama xbelaja subjek sejarah...hehe

ArulchelseA said...

wahhh bila la aku dpt g ni.. kih kih kih

APAN said...

tempat menarik...ade penah dengar pasal tempat ni sebelom ni.kalu dari bandar sana pun cam jauh je nak smpai sini ma.huhu..

peah @ peps said...

MasyaAllah cantiknya tempat ni...nak naik ni..mesti kena daki...thanks for the info lana...

Fly To London: The Departure and The Arrival

syaz@rozelt said...

ingat pikachu tadi..hii..comey je name tempat..

iPai said...

wah cam best je .. jom pergi ..

EXTREME HOLD said...

woowww...

ZouL said...

Oowh Machu Picchu ni ke.memang cantik permandangan nya.dikatakan juga ada jam matahari kat sana..tak sure la betol tak.sebab dulu ade member ZOuL buat presentation pasal tempat ni.

P/S : Ada typo kat situ..hehe.cuba cari perkataan apa yang tersalah taip..

Powered by Blogger.