Destinasi: Machu Picchu
Machu Picchu, Peru antara tempat warisan yang sangat dikenali malah dikagumi diseluruh dunia lebih2 lagi dikalangan para arkeologi. Terletak dengan ketinggian 2,430 m di atas paras laut, ia juga dikenali sebagai salah satu peninggalan Empayar Inca yang amat menakjubkan. Kubu yang dibina mengelilingi bandar Machu Picchu ini terdiri dari potongan batu2 yang bercantum rapat antara satu sama lain. Uniknya, cantuman antara batu2 ini tidak melibatkan sebarang mortar/pelekat sebagaimana simen yang sering digunakan untuk melekat batu bata yang digunakan pada masa kini.
Memandangkan bangsa Inca tiada bahasa bertulis (tidak seperti bangsa Mesir dahulukala, yang memiliki sistem tulisan tersendiri), maka mereka juga tidak meninggalkan sebarang catatan tentang pembinaan Machu Picchu ini. Dan kerana itu, para pengkaji sehingga kini berdepan kesulitan untuk memahami tujuan pembinaan Machu Picchu ini dan bagaimana bangsa Inca menggunakannya sebelum ianya terbengkalai pada abad ke-16.
Pada tahun 1911, seorang profesor dari Yale bernama Hiram Bingham berjaya meletakkan namanya dalam sejarah sebagai seorang pengkaji/sarjana Barat pertama yang berjaya sampai ke Michu Picchu. Dengan ditemani seorang Peruvian (penduduk tempatan), mereka mendaki ke kawasan lereng gunung yang menempatkan bandar warisan ini.
Walaupun penduduk asal/ orang Asli dikawasan tersebut tahu kewujudan bandar ini, tetapi sayang sekali, pemerintah/penakluk Peru tidak tahu menahu langsung tentangnya menjadikan ia kekal terasing, terbiar daripada dunia luar berabad lamanya.
Situasi itu kini dilihat jauh berubah. Ia kini menjadi antara destinasi wajib dikunjungi di Peru.
Sumber: National Geographic.com, Imej dari Google.
- Maaf ya, kalau ada fakta/alihan bahasa yang tersilap, tolong bagitau lana -
Comments
Bayangkan mereka membuat emmpayar tersebut pada aras yang tinggi, macam mana batu2 itu dibawa? terfikir tidak?
tp xde org :0
Tips : Melicin dan Menghaluskan Kulit
Kau Jantung Hati
tobat teringin nak pi.. thanks sbb bg info yang sangat menarik mcm nih...
keep it up..!!
Fly To London: The Departure and The Arrival
P/S : Ada typo kat situ..hehe.cuba cari perkataan apa yang tersalah taip..