Jumaat Penghulu Hari - Edisi 3
Seni Berniaga
Ibn Jawzi rahimahullah menyebut dalam kitab al-Adhkiya bahawa Yahya ibn Ja'far rahimahullah mengatakan dia pernah mendengar Imam Abu Hanifah rahimahullah bercerita seperti berikut:
"Suatu hari aku pergi kesebuah sumber air yang berada disebuah kampung pedalaman. Apabila sampai sahaja ditempat yang aku tujui itu, seorang Arab Badwi menghampiriku dengan membawa satu bekas air. Aku teringin hendak membeli air tersebut. Orang Arab Badwi itu hanya mahu menjual kepadaku dengan harga lima dirham. Akhirnya, akupun membeli bekas air tersebut dengan harga lima dirham."
Setelah menerima air tersebut, aku berkata kepada Arab Badwi itu, "wahai tuan, apakah engkau ingin roti?" "Jika engkau ada roti, berilah kepadaku!" ujarnya.
Maka aku pun memberinya sepotong roti tepung yang sudah disapu minyak. Orang Arab Badwi ini memakan roti itu dengan lahapnya. Setelah itu dia kehausan lalu berkata kepadaku, "berilah aku seteguk air."
"Boleh, tetapi engkau perlu membayar lima dirham," jawabku. "Ternyata Arab Badwi ini bersetuju dengan tawaranku dan aku memberinya seteguk air minum dengan harga lima dirham. Demikianlah, akhirnya aku dapat memiliki semula wang lima dirhamku dan juga satu bekas air yang hanya berkurang satu teguk sahaja" jelas Imam Abu Hanifah rahimahullah.
Nilai Murni: Bidang perniagaan memerlukan seni kemahiran yang tersendiri. Jadi, kepada diluar sana, jangan sekadar terjah sahaja, dalami ilmu dan sklii yang perlu. InsyaAllah anda untung dan maju.
[Sumber: Koleksi Kisah Ceria - Pengasuh Akhlak Mulia]
[Sumber: Koleksi Kisah Ceria - Pengasuh Akhlak Mulia]
Comments
APAN menambah : kenapa x reply terus kat comment ni?tu pun kalau ko nak reply la.aku tengok ko selalu reply komen kat shoutbox.sebab aku dan mungkin orang lain, subscribe follow up comment.tpi bila di-subscribe,tiada komen dari anda.hanya yg ada dari pengomen lain.huhu...
cuma ingin bertanya.kalau ko mmg x reply komen dlm ni, aku xyah la subscribe dah follow up komen pas ni.ok?
Apapun kita kena peka pada persekitaran kita, tahu ambil peluang. Macam perniagaan emas sekarang.
-wina1979-
http://www.iefwatsahaja.com
kena banyak bersabar & tau skil baru boleh berjaya..
tp cerita yang menarik .. trima kasih ..
Adab berniaga ni mcm2,, antara nya dilarang ambil untung lebih 20% .. tapi kebanyakan kita ambil untuk 300% dan kadangkala lebih .. salah siapa?
dah la amik untung lebih 300%, pastu jual barang ciplak lagi.. astaghfirullah .. dan sadisnya kita pun turut menyokong mereka.. huhu
________________________________
Toyota Vios Sempena Hari Raya Ini
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak ya sahabat blogger.
Jangan lupa untuk mengimarahkan surau dan masjid di kawasan anda!
eh..pasal name tuh...kekalkan jerlah...Yutaka...baru nampak rock siket..:)
jangan dikotori dan dinodai dengan tipu muslihat terutamanya dalam timbang dan sukat serta harga
dpt balik 5 dirham ..
best2 :D
bijak betul beliau ^^
yup, bru terbaca sekali lagi entri awk ni Lana ..
ni dah macam mengambil kesempatan jer ..
beli air,
bagi roti
jual air
rugi roti ..
ape skill? ni mcm sistem barter saje ..
Dari segi etika dia salah.
jujur dan amanah ~