Jumaat Penghulu Hari - Edisi 3


Seni Berniaga

Ibn Jawzi rahimahullah menyebut dalam kitab al-Adhkiya bahawa Yahya ibn Ja'far rahimahullah mengatakan dia pernah mendengar Imam Abu Hanifah rahimahullah bercerita seperti berikut:

"Suatu hari aku pergi kesebuah sumber air yang berada disebuah kampung pedalaman. Apabila sampai sahaja ditempat yang aku tujui itu, seorang Arab Badwi menghampiriku dengan membawa satu bekas air. Aku teringin hendak membeli air tersebut. Orang Arab Badwi itu hanya mahu menjual kepadaku dengan harga lima dirham. Akhirnya, akupun membeli bekas air tersebut dengan harga lima dirham."

Setelah menerima air tersebut, aku berkata kepada Arab Badwi itu, "wahai tuan, apakah engkau ingin roti?" "Jika engkau ada roti, berilah kepadaku!" ujarnya.

Maka aku pun memberinya sepotong roti tepung yang sudah disapu minyak. Orang Arab Badwi ini memakan roti itu dengan lahapnya. Setelah itu dia kehausan lalu berkata kepadaku, "berilah aku seteguk air."

"Boleh, tetapi engkau perlu membayar lima dirham," jawabku. "Ternyata Arab Badwi ini bersetuju dengan tawaranku dan aku memberinya seteguk air minum dengan harga lima dirham. Demikianlah, akhirnya aku dapat memiliki semula wang lima dirhamku dan juga satu bekas air yang hanya berkurang satu teguk sahaja" jelas Imam Abu Hanifah rahimahullah.

Nilai Murni: Bidang perniagaan memerlukan seni kemahiran yang tersendiri. Jadi, kepada diluar sana, jangan sekadar terjah sahaja, dalami ilmu dan sklii yang perlu. InsyaAllah anda untung dan maju.
[Sumber: Koleksi Kisah Ceria - Pengasuh Akhlak Mulia]


Comments

APAN said…
mentang2 berniaga skang ni.haha...

APAN menambah : kenapa x reply terus kat comment ni?tu pun kalau ko nak reply la.aku tengok ko selalu reply komen kat shoutbox.sebab aku dan mungkin orang lain, subscribe follow up comment.tpi bila di-subscribe,tiada komen dari anda.hanya yg ada dari pengomen lain.huhu...

cuma ingin bertanya.kalau ko mmg x reply komen dlm ni, aku xyah la subscribe dah follow up komen pas ni.ok?
NA said…
Bijaknya Imam Abu Hanifah menawarkan roti kepada orang Arab Badwi. Beliau tahu yang orang Arab Badwi tu mesti akan kehausan selepas makan roti. Lepas tu dapat jual air seteguk 5 dirham.

Apapun kita kena peka pada persekitaran kita, tahu ambil peluang. Macam perniagaan emas sekarang.

-wina1979-
ewanthology said…
perlu jujur juga dalam meniaga
Unknown said…
yang penting meniaga dengan ikhlas dan jujur maka majulah perniagaan tu, tekun dan sabar...:)
Pia said…
"betul tu..akk ni kalau ilmu meniaga mmg kurang..nak ckp pun teragak-agak..tp kalau org jual brg akk sure beli sbb kesian ngan si penjual...kesian punya pasal kdg2 brg yg dibeli tu tk diguna pun.."
Fatin Ayuni said…
I like ur post..best dapt info ckit..
ifwat SAHAJA said…
hehe.. betul tu, nak meniaga kena ada ilmu la.. skil2.. lau tak, mmg bungkus la..


http://www.iefwatsahaja.com
Wanie said…
wanie failed bab niaga.huhu..
kena banyak bersabar & tau skil baru boleh berjaya..
kerisperak said…
cerita yg menarik..(^_^)
arituarini said…
tk ada ilmu lingkup bisnes.. kih kih kih..baik jd kuli je cam aku ni..duk keja mnyapu sampah di tempat keja lana.. kih kih kih..
iPai said…
wah menariknya .. ada simpan impian nak berniaga, tp tak tahu nak niaga apa ..

tp cerita yang menarik .. trima kasih ..
iPai said…
Buat Siti Liana, selamat menyambut ramadhan !!!
Fathiah Hamim said…
dulu family fa meniaga. =)
SITI ARFAH said…
Perkongsian menarik. :). Perlu ada strategi dlm prniagaan. Perlu bijak dan jujur.^^
abikwan said…
ikhwan pun suka kalau berbincang mengenai perniagaan, lebih2 lagi bahagian pemasaran sebab sekarang tahun akhir di UMK .. huhu, tah la dapat kerja apa nnt lepas grad..

Adab berniaga ni mcm2,, antara nya dilarang ambil untung lebih 20% .. tapi kebanyakan kita ambil untuk 300% dan kadangkala lebih .. salah siapa?

dah la amik untung lebih 300%, pastu jual barang ciplak lagi.. astaghfirullah .. dan sadisnya kita pun turut menyokong mereka.. huhu

________________________________

Toyota Vios Sempena Hari Raya Ini

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak ya sahabat blogger.

Jangan lupa untuk mengimarahkan surau dan masjid di kawasan anda!
Muttallif said…
Bagus betul ceritanya....buat taliff bersemangat nih! hahaha..betul perniagaan memerlukan seni
betul..seni bisnes nih memang perlu...silap gaya...memang takdpt untung lor...

eh..pasal name tuh...kekalkan jerlah...Yutaka...baru nampak rock siket..:)
Azim Aris said…
salam ramdan tinta..pose leklok tau :)
iPai said…
eh salah eh .. hahaha .. saje2 try2 .. kot2 tepat kan .. kan stylo ..
Anonymous said…
tapi dia da hrug iroti. saya rasa kos roti jauh lebih mahal dari kos air
penaberkala said…
tapi seni perniagaan itu mestilah suci
jangan dikotori dan dinodai dengan tipu muslihat terutamanya dalam timbang dan sukat serta harga
harrazdani said…
satu persepuluh sumber rezeki adalah dari sumber perniagaan...tetapi mengapa orang islam gagal dalam hal ini yer....?
1 said…
wah..best..mmg pandai lelaki tu..kalau mahu berniaga mesti pandai selok belok perniagaan:)
1 said…
wah..best..mmg pandai lelaki tu..kalau mahu berniaga mesti pandai selok belok perniagaan:)
Unknown said…
bijak lelaki tersebut..seteguk air utk 5 dirham..tapi agak mahal tu.dia beli baru 5 dirham untuk berteguk2..
Alif Haris said…
hehehe ..
dpt balik 5 dirham ..
best2 :D
bijak betul beliau ^^
Unknown said…
seronok jer bacer entry ni! good2 lana
Anonymous said…
Bagi saya itu tipu daya namanya. Menipu dalam perniagaan
abikwan said…
bila asrul dah berkata2 ..ade je point ko yer =)

yup, bru terbaca sekali lagi entri awk ni Lana ..

ni dah macam mengambil kesempatan jer ..

beli air,

bagi roti

jual air

rugi roti ..

ape skill? ni mcm sistem barter saje ..
Anonymous said…
Bukan menipu. Tapi berniaga guna helah.

Dari segi etika dia salah.
Student uniSZA said…
paling afdhol bagi para peniaga menjalan kan perniagaan mereka mengikut cara Nabi Muhammad SAW ....

jujur dan amanah ~

Popular Posts