RSS Feed

Naik muntah dengan sikap mudah melatah!

23

July 11, 2011 by

[Kesan sensitif entry ini terhadap individu adalah berbeza bergantung pada jumlah purata kentut anda]

Lupakan saja perkataan 'purata kentut' tu ya? T__T

Ok. Tahu apa itu melatah? Of course ramai tahu. Just wonder, Melayu dan melatah memang tak boleh dipisahkan ke?
Bagi lana, melatah ni juga merangkumi:
- sikap buat dulu, baru fikir -
- ikut budaya apa2, entah dari mana -
- orang lain buat, kita pun sibuk nak buat -
- tak ada identiti tersendiri -

1. Inggeris dok sebut Oh My God (OMG), kita pun nak sebut OMG jugak. Nak lain sikit? Oh Em Gi T__T. Walhal sebelum ni, elok je ada OME ~ Opocot Mak Engkau.

2. Bila sorang buat Wordless Wednesday, beribu plak buat Hari Rabu Kurang Berkata, Sunyi di Hari Rabu, Tiada Perkataan Hari Ini. Tu tak kira lagi yang Spontaneous Thursday. spontannyeerr!..T__T Buat bagi elok sikit la...Jumaat Penghulu Hari ke? apa salahnya kan? Tapi haram..sorang takda nak buat. Ikutttttttttt jela orang lain buat.

3. Video/gambar XXXXXX di post seorang, yang lain pun nak jugak ngepost nya. Pastu, tetiba jadi pakar pulak..buat ulasan sendiri, ceritera sendiri, hikayat sendiri.. walhal diri sendiri pun tak tahu asal usul video/gambar XXXXXX tu. Tahu tak, Biar tersalah ampun, dari tersalah hukum? (pinjam ayat novel). Ko propa sana sini pasal video tu, alih2..diri sendiri yang salah...ada kome nak gi minta maaf pada pihak2 yang kome dok ulas/ceritera/berhikayat tadi? Takdok aihh...

banyak lagi contoh, tapi..ala..korang pun lebih tahu dari lana kan.

Hah, habis dah baca? jangan nak melatah pulak yea? hahahahahahh

Copp!: Oh ya, pa sebenarnya maksud "damn" @ "damn it"? Bila guna Google Translate, ia beri makna berbeza.

sekian.


23 comments »

delarocha said...

waaa, marah sangat ni...

Freaky said...

uik sabo lana.. jangan marah2 sangat

emy|farid said...

eh eh sbr ye........

uLan said...

sekali sekala kita boleh la melatah kan.. tpi kalau dah terlebih lebih ngengade,saper pun muaL kan lana..

TYNTHA LANA said...

Ya Rabbi, lana tak marah la..mesti baca tak habis ni,hhahahaha

sergeant keroro said...

dem. demnit. tu bezanya. keh3

p/s : opocot alien keroro comel giler XD

iPai said...

opocot .. garang ye

Gelugoq said...

apacat

Fathiah Hamim said...

pasal isu xxx tuh setuju sangat. laju bebeno nak share bagai. tapi cuba orang cakap pasal israk mikraj, kerat mana share?

good one :)

Liyana Aziz said...

aiyak!!!! tergolong dalam WW... hahahahahahahaha... setepek kena... hukhukhukhuk

ZWAN SABRI said...

heran jugak sebab kat dunia ni, orang melayu jer yang melatah.. tapi sukala dengan latahan orang melayu yg awak bg tuu.. OME.. HAHA

MySuaraBlog: Lelaki, Jom Kita Bersosial

apik pehe said...

yakkk...tibe2 nak melatah..hahaha..

ozzy said...

Bangsa kita mmg suka mengikut..kita lebih bangga mengikut fesyen org lain, kata-kata bangsa lain & cara org lain tetapi bangsa lain mmg berat utk mengikut cara bangsa melayu contoh paling dekat cina x akan ikut org melayu cuma melayu yg ikut fesyen mrk contohnya rambut & pakaian, ayat ada 'ong',percaya no 8 & 14..itulah hakikat walau kita sering berkata 'Islam itu indah'..

ena meina said...

terase diri ku ini..hehe:)
nice entry.

cik najihah said...

opss marahnye ni..
hihi..beselah orang kite mudah sangat nak meniru

syiela said...

hehehhe.. teringat rupa org2 yg melatah :)

TYNTHA LANA said...

@Fathiah Hamim

Ya fathiah..tapi isunya disini..sikap suka melatah..jelas kelihatan..cuba anda lihat di fb, surtkhbr..dan plbgai medium elektronik lain..masing2 melatah dgn "cara" sendiri, hehehe

TYNTHA LANA said...

@ozzy

Encik ozzy, itu sudah pasti..malas jelas kelihatan bukan sikap tu memg ketara pada bangsa kita.

Mrs. Farhan said...

dushh, tersembam ke kerak bumi. hehhe. =P

taliff said...

Tak suka yang sangat suka mengikut membabi buta, kalau ikut yang betul oklah jugak...ini tidak...yang tak betul yang disuka nyerr....

APAN said...

haha...aku yg no 2 sis...xpe, aku sukarela mengaku ni...

nuyu said...

google translate mmg kadang2 x tpt taw.

lana dah bce ni?

http://randombynurul.blogspot.com/2011/06/go-to-google-translate.html

pasal google translate gak

:)

SoutulMujahid said...

jom2.. kita buat hari jumaat-sabtu. hahaha. semua hari ada. biar entry kat blog ni penuh dgn gambar je. x payah menulis dah wahai para blogger. agagagaga~

Powered by Blogger.