Naik muntah dengan sikap mudah melatah!
[Kesan sensitif entry ini terhadap individu adalah berbeza bergantung pada jumlah purata kentut anda]
Lupakan saja perkataan 'purata kentut' tu ya? T__T
Ok. Tahu apa itu melatah? Of course ramai tahu. Just wonder, Melayu dan melatah memang tak boleh dipisahkan ke?
Bagi lana, melatah ni juga merangkumi:
- sikap buat dulu, baru fikir -
- ikut budaya apa2, entah dari mana -
- orang lain buat, kita pun sibuk nak buat -
- tak ada identiti tersendiri -
1. Inggeris dok sebut Oh My God (OMG), kita pun nak sebut OMG jugak. Nak lain sikit? Oh Em Gi T__T. Walhal sebelum ni, elok je ada OME ~ Opocot Mak Engkau.
2. Bila sorang buat Wordless Wednesday, beribu plak buat Hari Rabu Kurang Berkata, Sunyi di Hari Rabu, Tiada Perkataan Hari Ini. Tu tak kira lagi yang Spontaneous Thursday. spontannyeerr!..T__T Buat bagi elok sikit la...Jumaat Penghulu Hari ke? apa salahnya kan? Tapi haram..sorang takda nak buat. Ikutttttttttt jela orang lain buat.
3. Video/gambar XXXXXX di post seorang, yang lain pun nak jugak ngepost nya. Pastu, tetiba jadi pakar pulak..buat ulasan sendiri, ceritera sendiri, hikayat sendiri.. walhal diri sendiri pun tak tahu asal usul video/gambar XXXXXX tu. Tahu tak, Biar tersalah ampun, dari tersalah hukum? (pinjam ayat novel). Ko propa sana sini pasal video tu, alih2..diri sendiri yang salah...ada kome nak gi minta maaf pada pihak2 yang kome dok ulas/ceritera/berhikayat tadi? Takdok aihh...
banyak lagi contoh, tapi..ala..korang pun lebih tahu dari lana kan.
Hah, habis dah baca? jangan nak melatah pulak yea? hahahahahahh
Copp!: Oh ya, pa sebenarnya maksud "damn" @ "damn it"? Bila guna Google Translate, ia beri makna berbeza.
sekian.
Comments
p/s : opocot alien keroro comel giler XD
good one :)
MySuaraBlog: Lelaki, Jom Kita Bersosial
nice entry.
hihi..beselah orang kite mudah sangat nak meniru
Ya fathiah..tapi isunya disini..sikap suka melatah..jelas kelihatan..cuba anda lihat di fb, surtkhbr..dan plbgai medium elektronik lain..masing2 melatah dgn "cara" sendiri, hehehe
Encik ozzy, itu sudah pasti..malas jelas kelihatan bukan sikap tu memg ketara pada bangsa kita.
lana dah bce ni?
http://randombynurul.blogspot.com/2011/06/go-to-google-translate.html
pasal google translate gak
:)