Review Buku - Atas Nama Cinta
[ Maaf, percubaan pertama review buku.. macam tak menjadi je, hahahaha]
Novel yang diadaptasi dari kisah benar ini ternyata berjaya diolah dengan baik oleh penulisnya, Isa Kamari. Kisah bermula apabila berlakunya pergolakan di sekitar Nusantara Melayu berpunca dari kebangkitan bangsa di nusantara yang sekian lama dijajah oleh penjajah Inggeris dan Belanda.
Dalam tempoh pergolakan tersebut, demi kesinambungan hidup anaknya, seorang ibu menyerahkan anaknya kepada ibu angkatnya. Dan dari situ, segalanya bermula. Watak utama ialah si anak dengan nama asalnya, Maria Hertogh, dibelai dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh ibu angkatnya yang bernama Aminah Mohamad. Sebelum ibu kandung menyerahkan Maria pada Aminah, terdapat perjanjian lisan antara si ibu dan Aminah.. "Saya akan mendidik Maria dengan agama Islam apabila dia tinggal bersama saya..puan bersetuju?"
Semenjak itu, Aminah bukan sahaja menjaga Maria dengan sempurna, malah mengajarnya tentang agama Islam, serta adat dan budaya Melayu itu juga. Malahan, nama Maria juga ditukar kepada Nadra bt Ma'arof..yang mana, menandakan keIslamannya. Maria juga berkahwin dengan seorang lelaki Melayu yang baik budinya, Mansoor Adabi. Dalam tempoh membesarkan Maria, seringkali Aminah berasa khuatir jika suatu hari kelak, ibu kandung Maria menuntut semula Maria darinya..biarpun dia sedar kedudukannya..tetapi untuk berpisah dari Maria, Aminah tidak tegar menghadapinya.
Maria@Nadra (berdiri sebelah kanan) bersama suaminya Mansoor Adabi dan ibu angkatnya, Aminah Mohamad.
Klimaks bermula apabila yang dkhuatiri Aminah benar2 terjadi. Yang malang sekali, tentulah Maria@Nadra. Ibu kandungnya menuntut semula Maria dari Aminah. Tuntutan yang dibuat, bukan sekadar anaknya Maria, malah ibu kandungnya menuntut pihak mahkamah supaya mengarahkan anaknya kembali kepada agama asalnya. Bukan itu sahaja, Maria terpaksa berpisah dengan suaminya serta diminta kembali kepada keluarga asalnya dan pulang semula ke tanah kelahirannya.
Kisahnya benar2 mendapat liputan meluas bangsa nusantara ketika itu..apatah lagi, mahkamah penjajah memandang enteng soal agama yang sedang dianuti oleh Maria.
Jadi, bagaimana kesudahannya kisah Maria Hertogh @ Nadra bt Ma'arof ini?
Sekian. Hak cipta terpelihara.. (poyo lak,ahahaha. ahh, yang penting mencuba!)
Comments
Rupanya buku ni pasal Natrah. Tapi baru tahu sebenarnya nama Nadra :)
*pe lagi bila nk blanje ni.. hehe..(puji tu ttp ikhlas ok kih kih kih)
'saya akan mendidik Maria dengan agama Islam apabila dia tinggal bersama saya..puan bersetuju?"
kisah natrah ni memang top satu masa dahulu...ibu natrah mendakwa natrah dikahwinkan sebelum cukup umurnya. dengan kisah ini kita boleh lihat bagaimana semangat dan kesepaduan orang islam pada masa itu yang kini kian pudar.
emm...nak search kt library la nnti~
1937-2009 panjang tebal ke buku dia hmnm
letak harga buku sekali pun ok gak..
ada konflik disitu...telah memisahkan mereka....
siap ade cd lagi..mesti mahal kan lana?
mungkin apa yang boleh tambah, masukkan sedikit emosi Lana pada satu section khas dalam entri ni .. part apa yg best, gaya penulisan lana suka ke, meleret ke tak, ada part yg lana nanges ke ..
tp overall, memang terbaik r .. Congrates Lana ...
saya sendiri tak pernah dgr kisah sebegini ..
Lana suka membaca biografi ke ?
good job lana :D
bgs review lana..sng difahami..sy suka sgt2..lana teuskan review buku k:)