RSS Feed

Seronoknya jadi warganegara Malaysia!

22

July 30, 2011 by

[Entry bukan bersifat kenegaraan atau patriotik]

Salam. Aku bersyukur..diberanakkan di Malaysia. Dibesarkan pula, dalam suasana Metropolitan Kuala Lumpur. Dalam sesak manusia di bandar, keseimbangan hidup tu dicapai, bila, aku ada kampung. Rasa tenang bila balik kesana. Ditambah dengan ada dua ibu..sorang ku panggil emak, sorang lagi ku panggil mama. Dua ayah..dengan panggilan yang sama, abah..itulah dia keluarga kandung dan keluarga angkatku.

Kemudian, bersekolah pula, disebuah sekolah yang majoritinya berbangsa kaum Cina dan India. Aku tetap rasa gembira, tiada apa yang digusar. Malah rasa seronok itu berganda, apabila berpeluang mengenali seterusnya menghormati kaum lain dibumi ini. 

Masuk pula U, aku jumpa ramai org Melayu..sedikit kesukaran buatku..kerana dalam otakku, sedikit sebanyak ada mindset, walaupun kami sebangsa, tapi mereka juga yang suka membuat binasa..tapi lama2, segalanya berubah, aku mula berfikir, setiap bangsa ada baik buruknya..jadi, pandang pada positifnya.

Yang bestnya, disana aku kenal pelbagai bangsaku yang datang dari pelbagai negeri, dari Utara ke Selatan, Timur ke Barat..hatta Sabah Sarawak..semua sempat aku kenali. Uniknya, mereka tak lokek bawa makanan tradisi. Apa lagi, pulunlah aku sepuas hati.. Al-maklum, kat KL cuma ada Pizza Hut, McD dan KFC.

Jadi...itulah...aku nak pi makan sat keropok lekor!!! muahahaahaha. Ya Allah, seronoknya aku lahir kat Malaysia ni, dapat jiran Terengganu, suh dia beli kopok losong. Tu dia..baru sampai kul 6 suku tadi. Bye!!

 - Mak aku tengah gorng tu, hahahaha



22 comments »

Liyana Aziz said...

bak sikit keropok lekor!

cucu umie said...

ayie pon bangga lahir di malysia..tapi ayie 3tahun bersekolah semua adlh melayu..hehe

penaberkala said...

owh, orang keyellll rupanya

betul tuh, masuk u kenal ramai kawan2 dari pelbagai negeri
time ni lah boleh kenal budaya masing2

nok kepok sikit

Nurasyiqin said...

muahhaha..rupanyer citer pasal kesukaan makan kopok lekor..=p
btw cikin polo blog nih yer??

Freaky said...

hahaha mai sket kopok lekor tuu

ZWAN SABRI said...

Tula.. kita semua beruntung jadi rakyat Malaysia..
Zwan pown rasa beruntung sebab dilahirkan di negeri Pulau Pinang di mana di sini kaum bukan melayu dan kaum melayu lebih kurang sama banyak.. kat sini kaya dengan pelbagai budaya dengan masakan.. untungnye dapat makan manyam2 jenis makanan kat Malaysia.. dapat makan capati, yong tou foo.. HAHA ;)

MySuaraBlog: Happy Birthday Mama

faridah nazurah said...

ohh makan kopok bukan nak ajak org. bak mai kopok sepinggan. febret tuh :P

ArulchelseA said...

aku banga anak nogogi.. kih kih kih

taliff said...

Nak buat resepi baru, Keropok Lekor Lapis Sarawak :)

hensem boy said...

abg nak kopk lekor ehehhe

bella luna said...

luna pun cam lana exceli,racist sket ngan malay even sendiri bangsa malay,.sbb dlu skolah ngn dak melayu,n dwrg ske je buli luna,.org maju sket mula la perli2,huhu,.tp tu zmn skul rendah2 lu,bile dah besar n matured,benda camtu dah krg,lebih2 lagi bile dah masuk u,semua dah besar pnjg n pandai fikir yg mane bgs n yg mane tak,huhu..hah,dah penat luna comment pnjg2,so lana kena belanja luna keropok lekor nie,hehe

Tukang Karut said...

ha pe lg! pos la sikit...

Seri said...

semoga situasi begini kekal untuk keharmonian negara malaysia..

Bob Merley said...

I <3 Malaysia!!!

h A n Y S said...

kopok losong sdap kan?!!! nasib baik jiran dpn umah org ganu..blh kalo dia balik kampong belikan..hehe

Fathiah Hamim said...

bila masuk U fa jadi blur sebab suma pakai tudung. hehe susah nak beza. =P

Green Apple said...

baru balik dr ghanu... beli kopok losong... tapi tak sempat nak goreng lagi... hehe

Jasman said...

Malaysia boleh...

iPai said...

ini membawa kejelesan ni .. tak aci ni ..

SoLy SoLicious said...

lana, nak kepok lekor, mai la umah sy.... ^_^
sy belanja...siyes ni tau...tp kena mai sini dlu la..heee

APAN said...

oh...so skang ni ko dok ngan keluarga angkat ke keluarga kandung ni?

alif haris said...

heheh memang bertuah kan duduk malaysia .. boleh mkn keopok lekor haha :D

Powered by Blogger.