Seronoknya jadi warganegara Malaysia!
[Entry bukan bersifat kenegaraan atau patriotik]
Salam. Aku bersyukur..diberanakkan di Malaysia. Dibesarkan pula, dalam suasana Metropolitan Kuala Lumpur. Dalam sesak manusia di bandar, keseimbangan hidup tu dicapai, bila, aku ada kampung. Rasa tenang bila balik kesana. Ditambah dengan ada dua ibu..sorang ku panggil emak, sorang lagi ku panggil mama. Dua ayah..dengan panggilan yang sama, abah..itulah dia keluarga kandung dan keluarga angkatku.
Kemudian, bersekolah pula, disebuah sekolah yang majoritinya berbangsa kaum Cina dan India. Aku tetap rasa gembira, tiada apa yang digusar. Malah rasa seronok itu berganda, apabila berpeluang mengenali seterusnya menghormati kaum lain dibumi ini.
Masuk pula U, aku jumpa ramai org Melayu..sedikit kesukaran buatku..kerana dalam otakku, sedikit sebanyak ada mindset, walaupun kami sebangsa, tapi mereka juga yang suka membuat binasa..tapi lama2, segalanya berubah, aku mula berfikir, setiap bangsa ada baik buruknya..jadi, pandang pada positifnya.
Yang bestnya, disana aku kenal pelbagai bangsaku yang datang dari pelbagai negeri, dari Utara ke Selatan, Timur ke Barat..hatta Sabah Sarawak..semua sempat aku kenali. Uniknya, mereka tak lokek bawa makanan tradisi. Apa lagi, pulunlah aku sepuas hati.. Al-maklum, kat KL cuma ada Pizza Hut, McD dan KFC.
Jadi...itulah...aku nak pi makan sat keropok lekor!!! muahahaahaha. Ya Allah, seronoknya aku lahir kat Malaysia ni, dapat jiran Terengganu, suh dia beli kopok losong. Tu dia..baru sampai kul 6 suku tadi. Bye!!
- Mak aku tengah gorng tu, hahahaha -
Comments
betul tuh, masuk u kenal ramai kawan2 dari pelbagai negeri
time ni lah boleh kenal budaya masing2
nok kepok sikit
btw cikin polo blog nih yer??
Zwan pown rasa beruntung sebab dilahirkan di negeri Pulau Pinang di mana di sini kaum bukan melayu dan kaum melayu lebih kurang sama banyak.. kat sini kaya dengan pelbagai budaya dengan masakan.. untungnye dapat makan manyam2 jenis makanan kat Malaysia.. dapat makan capati, yong tou foo.. HAHA ;)
MySuaraBlog: Happy Birthday Mama
sy belanja...siyes ni tau...tp kena mai sini dlu la..heee