Wahai wanita, yakinlah dengan kecantikanmu!

Walaupun aku perempuan, kadang2 aku langsung tak paham perempuan. Paham ke ayat aku ni? hahahahaha. Macamni, ambil contoh ini:
Katakan Siti (bukan nama sebenar) seorang pekerja baru di sebuah syarikat. Sebagai orang baru, sudah tentu dia menjadi perhatian ramai kakitangan lain disyarikat tersebut. Penampilannya, ringkas dan sederhana..tetap bergaya dan mengikut etika, kekal menutup aurat dan utuh menjaga adat.

Sudah pasti, pekerja lelaki..ada yang terpikat. Terpikat bukan kerana nak mengorat..tapi sekadar syok menyakat. Yang pekerja perempuan?? pandangan semacam..ibarat rasa diri terancam..Entah apa yang tidak tenteram. Bila Siti datang bekerja, pandangan mata berubah cara. Padahal, Siti bukanlah cantik mana, anda pula tiada kurangnya.

Wahai wanita..yakini, percaya dan hormati diri anda.
Itulah namanya kecantikan yang sebenar. 
Dengannya, walaupun yang datang itu muda dan dara,
Hatta yang guna collagen, suntik, bedah dan sebagainya,
Keyakinan tetap mengatasi segalanya.
Kerana sudah termaktub..rupa hanya sebentar cuma..kelak akan ditelan masa.

Sentiasa katakan pada diri
Anda bukan sahaja cantik, jelita malah seksi
Ditambah dengan ilmu, iman dan amal yang tinggi
Nescaya anda kelihatan hebat sekali!

Sekian..wahai wanita yang jelita..
Nah, panda nak bagi flying kiss sikit kat para wanita semua,hahahahaha
http://www.emocutez.com



Comments

arituarini said…
kata utk pmpuan tp bg link lak..kih kih kih.. de nmpk aku cam pmpuan ke..hehehehe
aizamia3 said…
kecantikan luar hanya sementara.. biarlah kecantikan tu seiring dengan kecantikan dalaman..
wan_cikgumuzik said…
owhh.. utk wanita kan...
Mish Eyryn said…
suke and stuju sngt2 =)
Unknown said…
hehe..yg penting kena canteq dalaman..rupa x canteq pon bleh nampak chanteq..hihi
cik beLLanan said…
waa. aku dpt flying kiss lah! hehe. betul2. yakinlah dan percayalah bahawasanya aku chantek! hahhaa *perasan jap ;p
Unknown said…
lelaki pun sama kut...
abghani said…
sebagai lelaki..aku suka lihat perempuan yg cantik.Cantik di dalam biasanya susah nak nampak...banyak yg plastik.
perempuan yg cantik luar dalam biasanya dapat lelaki yg baik juga.
wanzafirah said…
thanks 4 da flying kiss honey !
Wanie said…
sape cik siti tu? :D

tak suke laki yg suke dok menyakat ni..huhu..org yg suntik sume tu tak bersyukur dengan kecantikan diorang, nak lagi meletup..
Unknown said…
kecantikan dengan ilu lah yang di pandang tinggi! wah wanita ayuh bangkit!! jgn pndang kecantikan semata2..
iPai said…
wah ... ni kisah cik siti Lana ke ? heheh ..


biasa r tuh, perempuan2 ni, antara diorg sebulu atau tak sebulu .. so tengok laa cam ne ...


setiap kecantikan tuh berbeza2 kan .. ada yg suka, n ada je yg cantik2 tak suka .. haa gitu .. so tak perlu risau ..


(menyamar jadi perempuan komen kat sini, Lana bgtau macam tak kasi laki komen je)
Fathiah Hamim said…
saya dah lama yakin saya cantek. =DD
Unknown said…
lelaki macho macam bro..sampai si salwa nyanyi sebut nama bro hmmm..kembang hidung jap...:)
lana cantikkan?
NA said…
Bagusnya kalau wanita cantik luar dan dalam, lepas tu bijak dan berkeyakinan tinggi.

-wina1979-
penaberkala said…
lelaki ke, perempuan ke, sama je lana
yang penting, percaya dan yakin pada diri
usah dicemburui kelebihan orang, tp bersyukurlah dengan apa yang ada pada diri
sesungguhnya, setiap orang pasti ada kelebihan tersendiri
Muttallif said…
Flying Kiss untuk mereka semua...wahahaha...setuju sangat kata-kata lana
teha said…
kecantikan adalah milik setiap insan.. hee ~
Nur ziyana said…
jgn diubah kcntikan yg dimilki..hehhe
iPai said…
betul sgtlah tuh .. lelaki pon kena juga .. tp tak kisah sgt laa, perempuan memang sinonim dgn perhatian .. ops .. ehhehe .. no offense k n bukan nak mengejek ..
Noor H said…
wah..sy lbih yakin ngan diri sy rasanya..trima kasih..:)
NasQ said…
hoho... untuk perempuan jea kan...
Unknown said…
sy setuju!! \o/
lgpn cantik itu kn subjektif, mungkin kite rs kite tak cantik tp org lain tak rs cmtu ;)
Nan said…
waahhh~ best!!! suke bace nieyh!!
kotak bulat said…
relax je la.. bila kita rasa diri kita cntik, insyaallah orang lain akan lihat kita cntik jugak.. :)
Unknown said…
CANTIK tu subjektif lana.. kdang2 bagi kita orang tu lawa, tp ada gak org ckp xlawa. apa2 pun kita memang kena bersyukur dgn apa yg kita ada, tak kira cntik ke tak
Khaisya said…
kena jaga hati kita dulu..itu paling asas..
1 said…
hehe...btl tu..plg pntg yakin dengan diri sendiri..:)

Popular Posts