Wahai wanita, yakinlah dengan kecantikanmu!
Walaupun aku perempuan, kadang2 aku langsung tak paham perempuan. Paham ke ayat aku ni? hahahahaha. Macamni, ambil contoh ini:
Katakan Siti (bukan nama sebenar) seorang pekerja baru di sebuah syarikat. Sebagai orang baru, sudah tentu dia menjadi perhatian ramai kakitangan lain disyarikat tersebut. Penampilannya, ringkas dan sederhana..tetap bergaya dan mengikut etika, kekal menutup aurat dan utuh menjaga adat.
Sudah pasti, pekerja lelaki..ada yang terpikat. Terpikat bukan kerana nak mengorat..tapi sekadar syok menyakat. Yang pekerja perempuan?? pandangan semacam..ibarat rasa diri terancam..Entah apa yang tidak tenteram. Bila Siti datang bekerja, pandangan mata berubah cara. Padahal, Siti bukanlah cantik mana, anda pula tiada kurangnya.
Wahai wanita..yakini, percaya dan hormati diri anda.
Itulah namanya kecantikan yang sebenar.
Dengannya, walaupun yang datang itu muda dan dara,
Hatta yang guna collagen, suntik, bedah dan sebagainya,
Keyakinan tetap mengatasi segalanya.
Kerana sudah termaktub..rupa hanya sebentar cuma..kelak akan ditelan masa.
Sentiasa katakan pada diri
Anda bukan sahaja cantik, jelita malah seksi
Ditambah dengan ilmu, iman dan amal yang tinggi
Nescaya anda kelihatan hebat sekali!
Sekian..wahai wanita yang jelita..
Nah, panda nak bagi flying kiss sikit kat para wanita semua,hahahahaha
Comments
perempuan yg cantik luar dalam biasanya dapat lelaki yg baik juga.
tak suke laki yg suke dok menyakat ni..huhu..org yg suntik sume tu tak bersyukur dengan kecantikan diorang, nak lagi meletup..
biasa r tuh, perempuan2 ni, antara diorg sebulu atau tak sebulu .. so tengok laa cam ne ...
setiap kecantikan tuh berbeza2 kan .. ada yg suka, n ada je yg cantik2 tak suka .. haa gitu .. so tak perlu risau ..
(menyamar jadi perempuan komen kat sini, Lana bgtau macam tak kasi laki komen je)
lana cantikkan?
-wina1979-
yang penting, percaya dan yakin pada diri
usah dicemburui kelebihan orang, tp bersyukurlah dengan apa yang ada pada diri
sesungguhnya, setiap orang pasti ada kelebihan tersendiri
lgpn cantik itu kn subjektif, mungkin kite rs kite tak cantik tp org lain tak rs cmtu ;)