RSS Feed

Tips memujuk abah ke hospital

17

August 16, 2011 by


Oh ya, lana bukan nak bagi tips..tapi lana nak minta tips dari korang,huhuhu. Kenapa susah nak memujuk orang tua kita supaya buat medical check up? especially yang bergelar bapa. Dan kalau diperluaskan skop ini, golongan lelaki sebenarnya memang keras hati kalau diminta buat pemeriksaan kesihatan.

Bulan 7 yang lepas, usianya sudah menjangkau 57 tahun. Alhamdulillah, secara luaran ayahanda kelihatan sihat. Dalaman? Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Saya berusaha memujuknya supaya membuat pemeriksaan kesihatan di klinik berhampiran.. yela, mencegah kan lebih baik dari mengubati. Tapi sehingga kini masih tidak berjaya. 

Yang mampu lana buat sekarang? Mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat ayahanda tercinta..abah, kak long sayang sangat pada abah...



17 comments »

SoLy SoLicious said...

kebanyak mereka yg berusia mcm tu kan..ayah sy pun.. degil kemain lg tanak ke hospital..huhuhu

syaz@rozelt said...

guna la teknik saiko..kate la.."abah x kesian dekat along n sume ke..sume risau ngan kesihatan abah"..hehe..mesti cair punye..-sekadar cadangan,,hehe

taliff said...

faham maksud tersirat entri nie..Amin~~~

Bro ahmad said...

memang macam tu lana..mungkin dia tak nak susahkan anak cucu dia..orang tua ni nak perhatian lebih..lagi tua lagi sensitive,jadi anak cucu kena pandai ambil peranan..cari helah lain hmm

abghani said...

sebenarnya dia rasa sihat sebab tu tk nak gi check.
klu check tiba tiba ada penyakit dia akan rasa kecewa dan susah nk trima kenyataan.

ArulchelseA said...

biasa la tu org tua..klau boleh tk nak g hospital..

harrazdani said...

beli buku2 bercorak kesihatan padanya...lama2 dia akan rasa ingin tahu dan secara tak langsung dia yg ajak kita buat medical check up...

APAN said...

kak long rupanya... :)
gunakan kuasa sebagai kak long tu utk pujuk si ayah.anda mampu mengubahnya... :)

Cik Azizah said...

sebelum ni mmg langsung xg hospital cek ape2 ke..mmg takde makan ubat langsung? wah bagus lah sihat tu..

faridah nazurah said...

biasalah tu. abah sy pun susah nak dipujuk pergi klinik even dia demam. ala lana pujuk2 dia sampai cair, kalau leh nanges2 skit.

haha mesti comel kan?

Tukang Karut said...

hoho... ada cara nya kalau anak tu pandai...

NA said...

Pendapat Wina, nak pujuk. Setiap kali borak, masukkan unsur terangkan kepentingan membuat pemeriksaan kesihatan awal. Lagi suruh orang yang abah hormati untuk bincangkan hal ni.

Mana tahu satu hari terbuka hati abah Lana :)

-wina1979-

iPai said...

adakah alasannya bekerja ? ehehhe

kalau ye, biasa je kot ..

tak tau laa.. pujuk dan terus pujuk je ..

AiSyah haSanah said...

sabar erk...tu la dugaan jadi anak!!

maybe ayah taknak menyusahkan kite..

dia takut membebankan anak2nya..

teruskan usaha..

Fathiah Hamim said...

fa hanya mampu berdoa agar abah kak lana lembut hati dan sihat sejahtera.

Jasman said...

tp lana ayah aku ok je...tak yah disuruh dia g sendiri...mungkin sbb dh ada penyakit 3 berangkai tu kot...

kerisperak said...

Bawak ler die kuar jenjalan dulu.. makan-makan ke.. jgn bagitau tujuan asal nk suh die g buat medical checkup.. dah lepas jenjalan or makan2, terus je singgah klinik wat medical.. cakap.. bah, lana nak wat medical checkup jap, alang2 tu abah buat la sekali ye..

Kengkadang orang kategory abah ni kalau nak suh die pegi sendiri memang ke laut la (makan angin) takkan perginye, unless kita ada sama buat sekali dengan die..

Powered by Blogger.