Tips memujuk abah ke hospital
Oh ya, lana bukan nak bagi tips..tapi lana nak minta tips dari korang,huhuhu. Kenapa susah nak memujuk orang tua kita supaya buat medical check up? especially yang bergelar bapa. Dan kalau diperluaskan skop ini, golongan lelaki sebenarnya memang keras hati kalau diminta buat pemeriksaan kesihatan.
Bulan 7 yang lepas, usianya sudah menjangkau 57 tahun. Alhamdulillah, secara luaran ayahanda kelihatan sihat. Dalaman? Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Saya berusaha memujuknya supaya membuat pemeriksaan kesihatan di klinik berhampiran.. yela, mencegah kan lebih baik dari mengubati. Tapi sehingga kini masih tidak berjaya.
Yang mampu lana buat sekarang? Mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat ayahanda tercinta..abah, kak long sayang sangat pada abah...
Comments
klu check tiba tiba ada penyakit dia akan rasa kecewa dan susah nk trima kenyataan.
gunakan kuasa sebagai kak long tu utk pujuk si ayah.anda mampu mengubahnya... :)
haha mesti comel kan?
Mana tahu satu hari terbuka hati abah Lana :)
-wina1979-
kalau ye, biasa je kot ..
tak tau laa.. pujuk dan terus pujuk je ..
maybe ayah taknak menyusahkan kite..
dia takut membebankan anak2nya..
teruskan usaha..
Kengkadang orang kategory abah ni kalau nak suh die pegi sendiri memang ke laut la (makan angin) takkan perginye, unless kita ada sama buat sekali dengan die..