Bawalah anak kecil anda ke taman permainan


Secoret pengalaman untuk dikongsi dgn pembaca budiman, sewaktu kecil, dihujung minggu, ayahanda sering membawa kami dua beradik ke Taman Tasik Titiwangsa. Apabila terlihat helmet kecil dikeluarkan olehnya, tahulah kami, ayahanda nak bawa kami kesana, ohh..riang tak terkata! 

Pendapat lana, membawa anak2 ketaman adalah antara langkah terbaik untuk ibubapa mengembangkan potensi fizikal, mental dan sosial secara seimbang antara ketiga2nya dalam diri seorang anak. 

Fizikal misalannya, bermain buaian, jongkat-jongket, papan gelongsor, berlari kesana sini. Itu saja sudah cukup membuatkan anak anda berpeluh2, kan sihat badan camni? Takdala duduk depan komputer berhari2.

Mental pula bagaimana? Anak2 akan didedahkan dengan persekitaran luar, lain dari apa yg dilaluinya bersama keluarga dirumah. Dia akan melihat pemandangan, perkara2 baru dan asing baginya. Bila dah asing, sifat ingin tahu pula meninggi. Saya pasti ibubapa bakal ditujah soalan bertubi2. Jadi, jawablah pertanyaan mereka secara kreatif dan kendiri. Kendiri? Mungkin anda boleh meninggalkan persoalan kecil untuk mereka fikir dan jwb sndiri. 

Sosial. Dalam sibuk bermain, pasti sedikit sebanyak mereka akan berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat, dari yg sebaya hingga ke warga tua. Ambil kesempatan ini, utk mendidik mereka berkenaan cara pergaulan, menghormati sesama insan, tatasusila serta berbudi bahasa.

- Sayangi anak, penuhkan mereka dengan ilmu didada, bukan di kertas peperiksaannya -


Comments

1 said…
Salam..setuju dgn lana..anak2 xboleh terkongkong di dalam rmh shj..kdg2 perlu didedahkan dgn pelbagai perkara cthnya pg taman permainan :)
ewanthology said…
masa bermain pun kanak2 boleh belajar sesuatu yang baru. minda mereka akan aktif
caliph shuriken said…
skali skala mmg patut apply pendekatan ni ^^
Cik Kay Jue said…
parents kena luangkan masa untuk anak2.. :)
Unknown said…
setuju...sangat. Cuma bila dah besar lain pula ceritanya, ada anak2 remaja yang lebih suka bersama kawan2 sahabatnya...kena pantau jg tu ya
anaeeim said…
Jazakallahu khair, masyaAllah, orang hebat ni, sehari 3 entri dipostkan. Short, but powerful! Pengalaman saya dengan adik saya, yang lebih suka duduk dalam rumah petang-petang. Main game, berbanding saya dulu yang pukul 5 mesti dah ada dekat padang, main bola, berkaki ayam. Terasa sedih bila tengok anak-anak sekarang lebih gemar berkepit dengan komputer/laptop. kanak-kanak sepatutnya keluar dari rumah untuk bermain, secara tak langsung belajar berkomunikasi pada usia yang awal.
Unknown said…
Yup,
Taman permainan penting sangat, kat Mesir ni sepanjang am duduk 4 tahun sini rasa ada satu je yg jumpa, tu pun kotor dan kecik sangat.
Budak-budak sini pun main bola dekat jalan raya sebab takde padang,tanah limited.

Last-last dah besar main bola power gila :P
Cikgu Ross said…
tersentuh bila membaca tulisan ni...memang kekadang kita alpa dan leka serta terpengaruh dengan persekitaran menyebabkan anak2 kita layan ikut pengaruh tadi..... terima kasih kerana menyedarkan .... diri saya terutamanya...
Unknown said…
abg suka bwk anak2 naik motor ronda taman
Lan Bingka said…
nanti saya ada anak, saya bawa la ke taman.. :)
APAN said…
sempat gak dibawa ke taman masa aku kecik2 dulu...
skang ni kalau ada ibubapa nak buat, kena jaga molek2 la anak2 tuh...jngan kerana 5 saat, menyesal x sudah :)

Popular Posts